Dua hari ni aku berkelana pergi menuntut ilmu (walaupun tak sampai ke negara China) atau dalam erti kata lain menghadiri kursus mengenai 5S. Aku tau dah banyak sangat pejabat2 lain yang dah lama mendapat sijil malah dah beberapa kali pun membaharui sijil 5S tu. Pejabat aku baru nak mendapatkannya dalam tahun ni dan targetnya dalam bulan Mei atau Jun.
Sebagai seorang yang telah diarahkan untuk menghadiri kursus dan seterusnya menjadi orang yang bertanggungjawab menjaga kawasan sekitar ni, terpaksalah aku pergi ke Langkawi (Langkawi lah sangat) untuk kursus ni.
Mula2 dengar pasal pejabat aku nak buat program 5S ni pada penghujung tahun lepas aku dah jadi macam risau dan tertekan. Yelah, mana tak risaunya sebab nanti aku yang nak kena uruskan kawasan aku ni. Kalau takat jadi orang awam yang buatkan semua ni je aku tak kisah, ni nak kena pikir, pantau, urus dan buat apa2 yang patut kat kawasan aku ni. Ni yang aku tak gemar ni. Aku bukan suka sangat bab2 gini. Tapi apokan daya, hadap sajalah kan. Saya yang menurut perintah.
Lagi satu benda yang buatkan aku seram dan risau ialah bila sering mendengar/membaca/melihat ketensionan kawan2 yang dah lama buat program ni. Kesemuanya merungut, takde sorang pun yang gumbira melompat2 dapat buat 5S ni. Malah ada yang sampai berkampung di pejabat hingga ke dinihari bersengkang mata untuk menjayakan menda alah ni. Kiranya gambaran2 yang sering aku terima tu takde satu pun yang menggembirakan la. Macam pertambahan kerja lagi lah gitu. Aaaa... ni yang aku tak suka ni huhuhuuu.
Tapi... bila aku mengikuti kursus secara intensif selama 2 hari yang dianjurkan oleh pihak MPC, aku rasa aku bolehla menarik nafas lega. Kiranya tidaklah seteruk yang aku bayangkan selama ni. Yelah, dok bayangkan kena buat label semua benda, kena parking semua barang/peralatan dan lagi teruk konsep2 5S yang sering aku tengok membuatkan ruang pejabat bertukar seolah2 menjadi tadika. Menurut penceramah tu, itu semua adalah sekadar additional method saja. Apa yang paling penting ialah kebersihan, kekemasan dan kemudahcapaian. Beliau pun tak berkenan sangat dengan setengah-setengah pejabat yang telah merubah konsep pejabat yang sepatutnya berimej korporat dan eksklusif menjadi seolah2 sebuah tadika tu. Agak lega di situ. Sebabnya aku jenis orang yang tak suka benda2 yang fancy2 mahupun serabut nih. Aku sukakan suasana yang minimalis dan eksklusif. Less is more kata orang. Kalau boleh pokok2 pon aku taknak ada dalam pejabat. Serabut mata memandang. Tapi tu lah, bak kata penceramah tu, orang kita ni memang suka sangat dengan hiasan2 macam tu.
Sekarang mata aku dah terbuka dan aku rasa aku boleh terima konsep 5S ni berbanding dari dulu yang mana aku rasa macam menyusahkan saja. Tu lah orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal pon tak semestinya bercinta kan? Kan? Kan?
So semua, doakan aku berjaya dalam misi menjayakan menda alah 5S nih yer. Jangan sampai aku jadi Serabut, Serabai, Songeh, Semak dan Selerak sampai nak Senyum pon tak boleh pasni dah le.
p/s: yihaaa... ada berita gumbira yang dah lama aku tunggu2. Akhirnya kini menjadi kenyataan. Rasa macam nak buat kenduri plak thehehee