Monday, February 21, 2011

Aktiviti Bersosial

Setelah gagal dengan 2 rancangan terdahulu, hari Sabtu lepas barulah rancangan menjadi kenyataan. Rancangan yang dirancang (yelah dah nama pun rancangan, mestilah dirancang kan? Kalau tak bukan rancangan namanya) ialah untuk sesi berkaraoke dan menonton wayang secara back to back.

Aku ni seperti yang diketahui ramai, bukanlah kaki karaoke. Bukan sebab aku tak reti lagu, Insyaallah, banyak lagu yang aku reti nyanyi. Tapi sebab aku sedar diri yang suara aku memang tak sedap langsung kalo nyanyi. Walaupun hampir kesemua orang yang rajin pegi karaoke tu memang nyanyi tak sedap, tapi aku rasa aku nyanyi lagi tak sedap. Takat nyanyi kat dapur atau nyanyi dalam kereta boleh la. Kalau nyanyi koir tu lain kira, aku just miming je huahuauaua. So, pemergian aku ni bukanlah sebab nak melalak sangat, tapi saja nak menghabiskan masa dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa.

Kitorang berempat termasuk seorang anak kawan aku menghabiskan masa selama 2 jam di pusat karaoke Alamanda tu. Apakejadah nama dia pon aku tak tau. Kawan aku yang dua orang tu je kaki nyanyi. Lepas dia, dia ni, pastu pusing dia tu, pastu dia ni balik. Tak kisahla, aku bukan nak nyanyi pon, setakat 2 lagu je aku nyanyi. Aku dengan sorang lagi kawan banyak habiskan masa dengan melantak makanan je kat dalam tu.

Selesai melalak sampai rabak tekak masing2, kitorang teruskan dengan menonton wayang plak. Filem pilihan haruslah filem Melayu kan. Habis kalau aku yang pilih, tak mungkin aku pilih filem Green Hornet, mesti pilih filem Melayu. Kitorang menonton filem hantu yang bertajuk Sini Ada Hantu.

Walaupun aku tak sedar sangat kewujudan filem ni, tapi banyak review yang aku baca kata filem ni best. Termasuklah review daripada kawan2 yang berbangsa Cina. Tu pasal aku nak pi tengok betul ke best.



Dalam cerita ni ada 3 kisah hantu iaitu hantu pokok pisang, hantu kubur dan hantu asrama. Mula2 agak sedikit laid back la, tapi lama2 syok jugak tengok. Bolehla layan. Paling aku suka lakonan Baki Zainal yang sangat2 spontan dan bersahaja. Nak2 pula dipasangkan dengan Alvin Wong. Best gak la. Seterusnya, korang tengok le sendiri.

Hari ni ada lagi aktiviti sosial. Tadi kawan aku ajak pegi jadi pom pom girl untuk pertandingan bola sepak persahabatan office aku dengan office mana ntah. Tapi takpelah, aku nak jadi pom pom girl untuk Mohd. Arif Latif malam ni dalam pertandingan akhir Kejohanan Badminton Sirkit Akhir Grand Prix Kebangsaan yang akan menentang Dato' Lee Chong Wei. Hoh??? Terkejut kenapa aku tak sokong Dato'? Harap maklum, sokongan aku pada Dato' tak pernah pudar.
Hari ni memang aku sengaja pilih untuk sokong Arif sebab dah memang tau dah Dato' yang akan menang. Sokongan ni diberi untuk menambahkan semangat Arif memberikan tentangan yang hebat kepada Dato'. Nak2 pulak semalam beliau telah berjaya mengalahkan Tan Chun Seang, pemain dari skuad elit. Kira satu perkembangan yang bagus la bagi kerjaya Arif. Mana la tau lepas ni kot2 beliau akan berpindah daripada skuad pelapis kepada skuad elit memandangkan skuad elit telah kekurangan seorang pemain sejak Hafiz Hashim meninggalkan BAM. Lagipun pemain seangkatan beliau iaitu Chen Long dari China dah pun menempatkan diri dalam skuad utama negara tersebut, seharusnya Arif pun seiringan lah kan.

Selamat berjaya Arif. Tahniah Dato'. (Tahniah siap2, sebab confirm dia menang) heheeheh.