Monday, November 28, 2011

Ada Untukmu

Malaysia menang ibu segala pingat emas seterusnya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos pada tahun 2009 dalam tempoh 2 jam yang penuh dengan emosi bagi rakyat Malaysia dan Indonesia.

Sekembalinya dari Jakarta, Malaysia tewas 2 kali di Bukit Jalil kepada Syria dan Bahrain. Kekalahan di tangan Bahrain menyentap hati rakyat Malaysia di saat kemenangan hampir pasti diperolehi.

Dato' Lee Chong Wei tewas 2 kali berturut2 pada peringkat separuh akhir di tangan musuh tradisinya Lin Dan. Harap2 ini bukanlah petanda pingat emas Olimpik 2012 makin jauh digenggaman.

Pasukan hoki kebangsaan sedang berentap di Johannesburg Afrika Selatan untuk kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 FIH dengan harapan untuk menduduki tempat kelima keseluruhan daripada 8 pasukan yang disertai oleh gergasi-gergasi hoki dunia.

Dalam seminggu ni itulah 3 antara perkembangan dunia sukan yang aku ikuti. Tapi antara kesemua di atas, perlawanan akhir Sukan Sea lah yang paling dramatik. Mana taknya, 1Malaysia jadi tak keruan pada malam tu dari sepak mula hinggalah detik lagu Negaraku selamat dinyanyikan.

Pada hari berkenaan, balik keje je terus mengadap tv. Mula2 mengadap pertandingan merebut pingat gangsa antara Myanmar dan Vietnam. Bermula pukul 8 malam masing2 dah mengambil tempat kat depan tv. Ni adalah pertandingan yang sangat mengerikan, mendebarkan, menakutkan dan seribu satu lagi perasaan yang dilalui hingga ada ketika rasa macam nak tutup tv je.

Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia yang menonon bola merasai seperti apa yang aku rasa. Nak2 pula bila perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan dan seterusnya berakhir dengan sepakan penalti. Penalti pulak, bukanlah senang. Sepakan yang terakhir barulah dapat mengesahkan kemenangan milik Malaysia. Tu pun bola yang disepak oleh orang kampung saya tetap jugak menimbulkan getaran sebelum secara romantiknya meleleh masuk ke dalam gawang lalu memecahkan teriakan kegembiraan seluruh rakyat Malaysia.

Di mana2 saja boleh kedengaran sorakan dan teriakan bila tamatnya sepakan penalti terakhir tu. Housemate aku siap ajak aku menjerit berjemaah lagi untuk melepaskan segala rasa yang terpendam menonton perlawanan sehinggakan kitorang jadi sakit kepala lah. Bila dah jerit tu barulah rasa lega sikit. Tadinya nak bernafas pun tersekat2. Dah habis game barulah aku sedar bahawa sejak kembalinya dari office setitik air pun tak masuk dalam perut aku. Punyelah tengok bola kan, sampai terlupa nak makan. Tapi rasanya kalau ada makanan kat depan mata pun tak sanggup nak makan. Kang tak pasal2 je mati tercekik makanan.

Habis je game, kedengaran letupan2 mercun di kawasan rumah aku meraikan kemenangan. Ntah mana diorang dapat stok mercun pun tak tau le. Mungkin baki mercun raya Deepavali lepas kot. Elok habis je letupan mercun, terus kedengaran bunyi siren ambulans di kawasan rumah aku. Kitorang suspek mesti ada orang yang sakit jantung akibat tengok bola la nih. Yelah, kalau betul pun memang tak hairan, sebab game tadi memang boleh buat orang terkena serangan jantung. Esoknya baru dapat tau, jiran kat fasa depan blok rumah aku terkena stroke selepas menonton bola.

Seronok punye pasal malam tu terus tak boleh tido. Pukul 2.3o pagi barulah aku dengan housemate tido. Rasanya ramai jugak rakyat Malaysia menitiskan airmata kegembiraan dan terharu tatkala berkumandangnya lagu Negaraku di Gelora Bung Karno.

Bagi perlawanan menentang Syria selang sehari kemudiannya, boleh dikatakan hampir separuh rakyat Malaysia menonton dengan kurang perasaan. Tak terkecuali aku dan housemate. Sebabnya, selain dari pemain yang masih kepenatan, rakyat Malaysia pun baru nak recover dari kepenatan menanti 120 minit tu. Pengulas di tv pun mengulas dengan mendatar je. Penangan di Jakarta baru nak hilang.

Game menentang Bahrain aku tonton di Bukit Jalil. Sampai2 di sana, hujan rintik2. So, lepak2 la kat bawah khemah tempat orang meniaga makanan sambil makan roti untuk mengisi perut. Waktu lepak kat sini sempat nampak Zarina AF yang turut sama menonton bola. Beliau datang bersama boyfriend rasanya, sebab jalan pegang tangan je.

Puas lepak2, tunggu kawan aku lagi 2 orang sebab nak amik tiket. Waktu tengah tunggu ni lah tetiba nampak si Kecik (Wan Zaharulnizam) melintas kat depan mata. Kecik tak dapat bermain sebab masih dibelenggu kecederaan hamstring sewaktu di Jakarta. Beliau diiringi 5 - 6 orang kawan/saudara mara jalan2 kat depan stadium tu. Disebabkan kawan/saudara beliau tu mengelilingi beliau sewaktu berjalan, maka orang pun tak perasan. Kalau tak, confirm dah kena serbu dengan peminat. Aku memang tak serbu, sebab aku tergamam beliau tiba-tiba muncul kat depan mata huahauaua.

Kat dalam stadium hari ni aku perasan ramai betul remaja sekolah baik lelaki mahupun perempuan. Ni aku syak mesti sebab semua tengah demam dengan Nazmi Faiz lah ni. Yang perempuan mesti bercita2 nak menjadi girlfriend Nazmi, yang lelaki pulak nak jadi sehebat Nazmi. Ni aku syak je lah sementelah si Nazmi sedang menjadi fenomena sekarang ni, betul ke tak aku tak tau. Tapi yang pasti aku sangat rasa nak lempang kakak yang dok kat belakang aku nih. Menjerit tak tentu hala. Kak, walaupun stadium tu memang tempat orang menjerit, tapi sila lakukan jeritan dengan penuh berhemah dan tidak memalukan diri sendiri serta mendatangkan kejengkelan kepada orang lain. Lagipun sangatlah huduh kalau perempuan yang dewasa berkelakuan seperti itu. Habis semua orang kat depan pusing ke belakang nak tengok perempuan gila mana yang jerit tu. Tak cool ok.

Sampai kat rumah dah pukul 12 lebih. Mata sah2 la tak boleh tido. Makanya haruslah diisi dengan aktiviti yang berfaedah iaitu makan nasi sambil menonton siaran tertunda hoki dari Afrika Selatan yang melibatkan pasukan Malaysia menentang Jepun. Memang sengaja taknak tahu keputusan game ni yang disiarkan secara langsung di Astro Sport, kang tak suspens.


Walaupun ketinggalan 0 - 2 di tangan Jepun, Malaysia berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengikat keputusan seri 2 - 2 terhadap pasukan ke 15 dunia ni. Malaysia berada di ranking ke-14. Lega sebab diorang tidak mudah mengaku kalah walaupun ketinggalan. Semoga Tengku Ahmad Tajuddin dan rakan2 dapat menepati sasaran di tempat ke-5 dan ke atas.

Apa pun keputusan terhadap perlawanan2 yang dipertandingkan dalam acara bola sepak, badminton mahupun hoki, diharapkan semua pihak mengkaji dan memahami situasi yang dihadapi/dilalui sebelum sewenang-wenangnya menyalahkan pihak yang lain. Nak kritik boleh, tapi bukannya dengan maki hamun yang menghilangkan nilai2 peribadi dan budi pekerti. Sesungguhnya kemenangan dan kejayaan adalah impian setiap insan.

Monday, November 21, 2011

Jangan Gentar

Hari ni hari penentuan yang dinanti2kan oleh seluruh rakyat Malaysia. Dan juga Indonesia pastinya. Semua orang dah tak sabar2 nak tunggu detik 8 malam nak menyaksikan pertarungan untuk kali kedua antara Garuda dan Harimau Muda.

Since gold medal from football is a mother of all gold medals, semua orang akan beri tumpuan lebih pada sukan ni. Ada yang anggap tak menang juara keseluruhan pun takpe, asalkan menang pingat emas bola. Tak bererti menang 100 pingat emas tapi tak dapat emas dalam bola. Semoga segala kejian, cacian dan provokasi yang dilakukan oleh rakyat Indonesia dapat diharungi dengan tabah oleh pasukan Harimau Muda khususnya dan seluruh atlet Malaysia di sana amnya.

Tanpa kelibat Izzaq dan Kecik yang confirm tak dapat bermain akibat cedera, adik Awa, Irfan dan Fandi yang masih dalam keadaan 50 - 50, harap2 pemain lain mampu bermain dengan baik hari ni. Mana le tau kot2 hari ni Thamil Arasu plak yang menjadi hero kan. Yelah, sebelum ni sume orang kutuk/maki Izzaq, tup2 beliau jaringkan gol kemenangan menentang Thailand. Kutuk/maki Fakri, beliau yang berjaya membawa Malaysia ke pentas akhir. Sekarang ni orang kutuk Thamil, harap2 beliau membuat kesinambungan seperti Izzaq dan Fakri.

Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, semoga orang kampung saya Badd dan rakan2 mampu mengulangi kejayaan tahun 2009 dan harap2 kejayaan menewaskan Indonesia pada peringkat kumpulan hari tu menjadi pembakar semangat diorang.

Indonesia vs Malaysia
Indonesia Bisa vs Malaysia Boleh
Garuda di dadaku vs Tanah tumpahnya darahku
Garuda vs Barakuda... oppsss Harimau Muda


Tuesday, November 15, 2011

London Day 1

Sampai pukul 5 pagi tu, hari dah terang. Memandangkan hari masih awal, nak pergi ke hostel pon sah2 takleh nak check in lagi. So, melepak la dulu kat stesen bas tu. Tapi yang tak tahannya, sejuk gilak. Nak menanti ke pukul 7 tu punyelah seksa. Nak tido pon takleh lena sebab menahan sejuk.

Bila kedai dah dibuka jam 7 pagi barulah rasa lega sikit. Dapatlah memanaskan badan minum kopi/coklat panas sambil makan puff. Pukul 8 kitorang start jalan mencari hostel. Hujan pun dah renyai2 sikit dah huhuuuhuuu. Alhamdulillah, kali ni sampai ke hostel tak sesat.

Lepas tinggalkan barang di hostel, kitorang keluar merayap sebab tak boleh nak masuk bilik lagi. Jalan2 untuk menuju ke Buckingham Palace sebab nak tengok pertukaran shif bagi pengawal istana pada jam 11 pagi karang. Sempatla mencuci2 mata menengok pelbagai cenderamata sempena perkahwinan diraja William dan Kate sebulan yang lalu yang dijual. Tengok je la, haram tak beli pon.

Buckingham Palace

Memandangkan kitorang sampai awal, so pergi merayap2 la dulu kat area depan Buckingham. Lepak2 dekat memorial peringatan Puteri Diana. Dalam jam 10 dah tercongok kat pagar istana dah sebab orang dah makin membanjiri. Kang kalo lambat, kena dok belakang tak napok plak barisan tentera tu. So, merasala aku berjaya memasukkan kepala ke dalam istana huahauauaua.

Changing guard ceremony

Dari Buckingham kitorang teruskan perjalanan merayap ke destinasi2 utama pelancongan yang berdekatan seperti Guardhouse (tempat amik gambar dengan tentera berkuda tu), Big Ben, Parliament House, London Eye, Hyde Park, St James Park dan tak lupa juga tempat William dan Kate bernikah iaitu Wesminster Abbey. Ramai siut orang beratur masuk dalam tu. Disebabkan dah penat + mengantuk, kitorang tak masuk pun, just bergambar je lah.

Menjelang petang kitorang pun balik ke hostel. Sebelum tu sempat singgah lunch + dinner kat restoran berhampiran dengan stesen bas. Makan burger yang maha besar di restoran Lebanon. Time berjalan kaki nak balik tu kalau boleh aku nak berjalan sambil tidur je.

Sampai je kat hostel, aku terus terjun atas katil, konon nak rehatkan badan dalam sejam dua sebelum mandi. Tup2, bukan takat sejam je aku tertidur, tapi sampai ke pagi esok baru aku terbangun. Kiranya aku start tido dari jam 6 petang hingga 7 pagi esok baru aku sedar diri. So, kesimpulannya genaplah 2 hari aku tak mandi heheeheheheh.

Sunday, November 13, 2011

United and Rising, Yahoo

Secara rasminya Sukan Sea 2011 di Jakarta dan Palembang telah pun dibuka pada Jumaat lalu. Kalau Olimpik 2008 dirasmikan pada 8.8.08, Sukan Sea 2011 pun taknak kalah, dirasmikan pada 11.11.11.

Modo dan Modi, biawak komodo sebagai maskot Sukan Sea Jakarta - Palembang

Majlis pembukaan kali ni bagi pandangan dan citarasa aku termasuk dalam kategori so, so je lah. Mungkin pandangan aku ni agak tidak adil sebab aku terbayang2 kehebatan upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing, Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia Guangzhou yang berada dalam kelas yang lain. Tapi pandangan aku ni berasaskan kepada minat dan kesukaan aku lah. Aku tak berapa suka dengan persembahan yang terlalu tradisional dan penuh dengan kesenian sangat. Sebab bagi aku kalau terlalu tradisional dan seni seperti yang dipersembahkan dalam pembukaan di Palembang, aku jadi boring. Aku lebih minat dengan acara/persembahan yang bersifat moden dan futuristik, baru nampak menarik dan tidak meleret. Even aku lagi suka tengok acara yang dipersembahkan pada sambutan hari kemerdekaan berbanding di Palembang Jumaat lepas.

Dua benda yang aku suka pada upacara tersebut ialah perarakan kereta berhias yang mempamerkan ciri2 pengenalan kepada negara2 ASEAN yang bertanding dan juga pakaian kontinjen Malaysia. Kereta berhias yang mengiringi perarakan masuk setiap kontinjen ni kira antara perkara baru yang diperkenalkan. Setakat ni rasanya aku tak pernah tengok lagi negara lain buat. Syabas!

Sebelum upacara bermula, seperti biasa aku akan berdebar2 dan tak sabar nak tunggu untuk melihat pakaian yang akan dipakai oleh para atlet dan pegawai Malaysia. Aku kan tak suka kalau diorang berarak memakai pakaian ala2 nak pergi pejabat tu. Risau juga aku kot2 diorang akan pakai kemeja kuning yang diorang pakai sewaktu berlepas dengan suit, tapi nasib baik tidak. Akhirnya aku tersenyum gembira tengok diorang segak bergaya memakai pakaian kebangsaan yang cantik corak samping dan selendangnya.

Dengan bermulanya Sukan Sea yang berslogan United & Rising ni, terpaksalah ucapkan selamat tinggal kepada rancangan2 lain yang ditayangkan di tv sebab tumpuan kitorang memang kat Astro Arena je lah bermula jam 9.30 pagi.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea ialah pada tahun 2001. Kenangan semasa Sukan Sea Kuala Lumpur ini ialah aku menjadi salah seorang daripada 1,377,698 orang rakyat Malaysia yang terlibat dalam acara Larian Obor Sukan Sea. Phewww... kiranya kalau aku tak lari time tu, hanya 1,377,697 orang jelah pelari yang dicatatkan dalam Malaysia Boof of Record sebagai acara larian obor yang paling lama dikendalikan iaitu 6 bulan.

Tahun 2001 tak banyak lagi office di Putrajaya ni. Kalau tak silap hanya ada Parcel A, B dan C sahaja. So, setiap jabatan akan berlari 1 kilometer membawa obor tersebut yang berakhir di Sekolah Presint 8. Office aku kena lari start dari bulatan sebelum traffic light Parcel E hinggalah ke Jambatan Seri Perdana tu.

Yang jadi tukang pegang obor bagi office aku ialah bos nombor dua. Beliau ni memangla dah tua tapi rajin bersukan terutama badminton, so memang fit. Stamina pun banyak. Setelah office sebelumnya menyerahkan obor di tangan beliau untuk kitorang lari beramai2, terus dia lari laju2, tinggal kitorang kat belakang. Huahauauaau... mana tak laju, kitorang yang lain sume lari terhegeh2. Bila dah sedar beliau dah tinggalkan kitorang jauh kat belakang barulah beliau memperlahankan langkah. Rasa nak tercabut nyawa aku lari time tu walaupun hanya setakat 1 kilometer saja, tapi rasa macam sengsara sungguh nak habiskan.

Waktu tu, ada la juga pelawaan untuk menjadi sukarelawan Sukan Sea, tapi aku tak join pun. Kawan aku ada le yang join, kena bertugas untuk acara bola jaring. Kalau sekarang ni jadi sukarelawan konpem aku pilih untuk bertugas di kolam renang hehehehehe. Haippp... aku bukan nak cuci mata le, (tapi kalau ada chance apa salahnya) aku nak menonton salah seorang atlet kegemaran aku iaitu Daniel Bego berenang. Sayangnya di Palembang kali ni beliau terpaksa tarik diri akibat kecederaan. Maka tak dapatlah beliau mempertahankan 5 pingat emas dan anugerah atlet terbaik Sukan Sea Laos 2009. Lagipun kalau kat kolam renang boleh juga menonton Bryan Nickson Lomas yang comel itteww terjun.

Yahoo... Malaysia berjaya menjadi juara sulung hoki Piala Sultan Johor. Comel gile bila tengok adik2 ni slide selepas memenangi perlawanan akhir di masa tambahan. Siap buat sujud syukur lagik. Tahniah. Anugerah penjaring terbanyak, penjaga gol terbaik, pemain terbaik perlawanan akhir dan pemain terbaik keseluruhan semuanya dimenangi oleh Malaysia. Cuma fairplay je jatuh kat New Zealand. Semalam terpaksa tukar2 rancangan antara hoki dan AIM ke-18.

Kalau dalam skuad kebangsaan aku suka Tengku Ahmad Tajuddin, bagi skuad Projek 2013 ni aku suka tengok Mohd Syamim Mohd Yusof. Lagak dan gaya beliau sangat garang dan sombong sekali sama ada di dalam mahupun di luar padang. Aku memang selalu tertarik kalau tengok orang yang gayanya macam sombong/kerek tapi hensem. Rasa macam mahal gitu. Hari tu waktu jumpa di Bukit Jalil pun aku mesti nak pandang setiap kali beliau melintas kat tepi/depan aku. Sebab rasa macam sesuatu yang menarik di sebalik wajah beliau yang nampak garang itu. Semoga beliau menjadi pemain hoki yang berjaya selepas ni.

Syamim yang angkat tangan tu. Kat google tak banyak lagi gambar beliau, tunggu 2 - 3 tahun lagi bila popular konpem penuh gambar.

Thursday, November 10, 2011

Adik-adikku Dua Satu, Dua Satu

Semalam dua pasukan adik2 berjuang di dua tempat yang berbeza. Adik2 di sini bukanlah golongan "adik2" tu, tapi maksudnya adik dalam erti kata dari segi umur lah. Yelah, mereka semua berusia 23 dan ke bawah. So, adik lah kan sebab aku umur 25 (muntahhhhhh).

Yang pertama melibatkan perlawanan kedua pasukan Harimau Muda di Gelora Bung Karno menentang pasukan Anak Gajah. Separuh masa pertama aku mengadap live streaming tv Indonesia je lah sebab bos aku ada meeting sampai pukul 5.40 petang. Sempat juga aku pesan kepada Hasbullah Awang dan Fina Nasrom suruh update keputusan kot2 aku takde peluang nak tengok. Mujur ada live streaming. Walaupun 20 minit pertama tu asyik buffer je, tapi boleh la tengok daripada takde langsung. Gol yang dijaringkan oleh orang kampung saya si Kapten, Baddrol Bakhtiar pun tersekat2 je. Sedar2 dah gol. Pengulas siaran ni pulak bukannya mengulas tapi bersembang. Mendatar je, takde excitement langsung. Paling tak boleh blah time diorang cakap Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gawang Malaysia mempunyai darah keturunan Jepang kerana raut wajah beliau mirip sekali dengan orang Jepang. Ewahhh... suka suki kau je kan kata Apek keturunan Jepun.

Sampai di rumah ngam2 separuh masa kedua. Khusyuk mengadap sambil hati berdebar bercampur geram apabila adik saya Syahrul Azwari sekali lagi mengulangi aksi2 seperti yang aku tonton waktu lawan Nepal di Stadium MBPJ hari tu. Banyak peluang terhidang depan mata tapi tak dapat jugak beliau jaringkan gol. Pehhhh... nasib baik kau hensem, nak marah lebih2 pun tak sampai hati heheheh. Lagipun darah muda, mungkin gemuruh depan tiang gol tu tak boleh dikawal lagi gamaknya. Harap2 lepas ni Ong Kim Swee ikat beliau di tiang gol supaya tidak nervous lagi :)

Kemain lagi adik Syahrul Azwari melompat sakan. Pasni sila sepak bola masuk dalam gol okeh. Kalau tak, kakak tak maafkan kau walaupun kau mintak maaf kat FB.

Akhirnya si Izzaq Faris Ramlan yang selalu menjadi cacian dan kejian umat manusia di Malaysia ni tiba2 bertukar menjadi hero menjaringkan gol kemenangan. Yeahhh... tak kisahla walaupun beza 1 jaringan je, janji menang.

Pukul 8 malam terus sambung mengadap hoki Piala Sultan Johor plak antara Malaysia lawan Pakistan. Diorang ni main laju semacam mengalahkan skuad senior plak aku tengoknya. Tu pun dengan ketiadaan Faizal Saari dan Firhan Ashaari yang terikat dengan pasukan kebangsaan yang bersiap sedia nak ke Afrika. Kalau si Faizal main konpem lagi laju, tak sempat nak tengok sedar2 dah sampai ke tiang gol.

Punyelah laju diorang main sampai mulut kitorang pon sama laju jugak terjerit2 dalam debar. Time Pakistan sampai ke tiang gol nak score pon jerit sebab debar, time Malaysia nak score pon jerit2 dan debar. Apahal ntah. Patutnya kalau Malaysia score takdela debar kan, tapi terlebih debar plak. Mengong sungguh. Harap2 jiran sebelah tak fikir yang kitorang dah jadi orang gila terjerit2.

Santeklah corak jersi hoki kali ni, I loikeee. Nak2 pula bila sleeveless, boleh le tengok lengan adik2 ni yang berketul2 disirami oleh peluh. Aummmm...

Kedua2 perlawanan di atas berkesudahan dengan kemenangan 2 gol berbalas 1. Macam berjanji pulak. Kalaulah Sukan Sea ada hoki, konpem pingat emas asyik dapat kat Malaysia je. Tapi apakan daya, negara2 Asean ni takde yang minat sangat main hoki. Harapan kepada kedua2 pasukan bola sepak dan hoki berjaya masuk ke perlawanan akhir. Goooo Tigers.

p/s: Disebabkan kedua2 game semalam menang, terus aku tak boleh lena sebab kegembiraan. Hoiii... belum masuk final lagi lah, sila jangan over sangat.