Malaysia menang ibu segala pingat emas seterusnya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos pada tahun 2009 dalam tempoh 2 jam yang penuh dengan emosi bagi rakyat Malaysia dan Indonesia.
Sekembalinya dari Jakarta, Malaysia tewas 2 kali di Bukit Jalil kepada Syria dan Bahrain. Kekalahan di tangan Bahrain menyentap hati rakyat Malaysia di saat kemenangan hampir pasti diperolehi.
Dato' Lee Chong Wei tewas 2 kali berturut2 pada peringkat separuh akhir di tangan musuh tradisinya Lin Dan. Harap2 ini bukanlah petanda pingat emas Olimpik 2012 makin jauh digenggaman.
Pasukan hoki kebangsaan sedang berentap di Johannesburg Afrika Selatan untuk kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 FIH dengan harapan untuk menduduki tempat kelima keseluruhan daripada 8 pasukan yang disertai oleh gergasi-gergasi hoki dunia.
Dalam seminggu ni itulah 3 antara perkembangan dunia sukan yang aku ikuti. Tapi antara kesemua di atas, perlawanan akhir Sukan Sea lah yang paling dramatik. Mana taknya, 1Malaysia jadi tak keruan pada malam tu dari sepak mula hinggalah detik lagu Negaraku selamat dinyanyikan.
Pada hari berkenaan, balik keje je terus mengadap tv. Mula2 mengadap pertandingan merebut pingat gangsa antara Myanmar dan Vietnam. Bermula pukul 8 malam masing2 dah mengambil tempat kat depan tv. Ni adalah pertandingan yang sangat mengerikan, mendebarkan, menakutkan dan seribu satu lagi perasaan yang dilalui hingga ada ketika rasa macam nak tutup tv je.
Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia yang menonon bola merasai seperti apa yang aku rasa. Nak2 pula bila perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan dan seterusnya berakhir dengan sepakan penalti. Penalti pulak, bukanlah senang. Sepakan yang terakhir barulah dapat mengesahkan kemenangan milik Malaysia. Tu pun bola yang disepak oleh orang kampung saya tetap jugak menimbulkan getaran sebelum secara romantiknya meleleh masuk ke dalam gawang lalu memecahkan teriakan kegembiraan seluruh rakyat Malaysia.
Di mana2 saja boleh kedengaran sorakan dan teriakan bila tamatnya sepakan penalti terakhir tu. Housemate aku siap ajak aku menjerit berjemaah lagi untuk melepaskan segala rasa yang terpendam menonton perlawanan sehinggakan kitorang jadi sakit kepala lah. Bila dah jerit tu barulah rasa lega sikit. Tadinya nak bernafas pun tersekat2. Dah habis game barulah aku sedar bahawa sejak kembalinya dari office setitik air pun tak masuk dalam perut aku. Punyelah tengok bola kan, sampai terlupa nak makan. Tapi rasanya kalau ada makanan kat depan mata pun tak sanggup nak makan. Kang tak pasal2 je mati tercekik makanan.
Habis je game, kedengaran letupan2 mercun di kawasan rumah aku meraikan kemenangan. Ntah mana diorang dapat stok mercun pun tak tau le. Mungkin baki mercun raya Deepavali lepas kot. Elok habis je letupan mercun, terus kedengaran bunyi siren ambulans di kawasan rumah aku. Kitorang suspek mesti ada orang yang sakit jantung akibat tengok bola la nih. Yelah, kalau betul pun memang tak hairan, sebab game tadi memang boleh buat orang terkena serangan jantung. Esoknya baru dapat tau, jiran kat fasa depan blok rumah aku terkena stroke selepas menonton bola.
Seronok punye pasal malam tu terus tak boleh tido. Pukul 2.3o pagi barulah aku dengan housemate tido. Rasanya ramai jugak rakyat Malaysia menitiskan airmata kegembiraan dan terharu tatkala berkumandangnya lagu Negaraku di Gelora Bung Karno.
Bagi perlawanan menentang Syria selang sehari kemudiannya, boleh dikatakan hampir separuh rakyat Malaysia menonton dengan kurang perasaan. Tak terkecuali aku dan housemate. Sebabnya, selain dari pemain yang masih kepenatan, rakyat Malaysia pun baru nak recover dari kepenatan menanti 120 minit tu. Pengulas di tv pun mengulas dengan mendatar je. Penangan di Jakarta baru nak hilang.
Game menentang Bahrain aku tonton di Bukit Jalil. Sampai2 di sana, hujan rintik2. So, lepak2 la kat bawah khemah tempat orang meniaga makanan sambil makan roti untuk mengisi perut. Waktu lepak kat sini sempat nampak Zarina AF yang turut sama menonton bola. Beliau datang bersama boyfriend rasanya, sebab jalan pegang tangan je.
Puas lepak2, tunggu kawan aku lagi 2 orang sebab nak amik tiket. Waktu tengah tunggu ni lah tetiba nampak si Kecik (Wan Zaharulnizam) melintas kat depan mata. Kecik tak dapat bermain sebab masih dibelenggu kecederaan hamstring sewaktu di Jakarta. Beliau diiringi 5 - 6 orang kawan/saudara mara jalan2 kat depan stadium tu. Disebabkan kawan/saudara beliau tu mengelilingi beliau sewaktu berjalan, maka orang pun tak perasan. Kalau tak, confirm dah kena serbu dengan peminat. Aku memang tak serbu, sebab aku tergamam beliau tiba-tiba muncul kat depan mata huahauaua.
Kat dalam stadium hari ni aku perasan ramai betul remaja sekolah baik lelaki mahupun perempuan. Ni aku syak mesti sebab semua tengah demam dengan Nazmi Faiz lah ni. Yang perempuan mesti bercita2 nak menjadi girlfriend Nazmi, yang lelaki pulak nak jadi sehebat Nazmi. Ni aku syak je lah sementelah si Nazmi sedang menjadi fenomena sekarang ni, betul ke tak aku tak tau. Tapi yang pasti aku sangat rasa nak lempang kakak yang dok kat belakang aku nih. Menjerit tak tentu hala. Kak, walaupun stadium tu memang tempat orang menjerit, tapi sila lakukan jeritan dengan penuh berhemah dan tidak memalukan diri sendiri serta mendatangkan kejengkelan kepada orang lain. Lagipun sangatlah huduh kalau perempuan yang dewasa berkelakuan seperti itu. Habis semua orang kat depan pusing ke belakang nak tengok perempuan gila mana yang jerit tu. Tak cool ok.
Kat dalam stadium hari ni aku perasan ramai betul remaja sekolah baik lelaki mahupun perempuan. Ni aku syak mesti sebab semua tengah demam dengan Nazmi Faiz lah ni. Yang perempuan mesti bercita2 nak menjadi girlfriend Nazmi, yang lelaki pulak nak jadi sehebat Nazmi. Ni aku syak je lah sementelah si Nazmi sedang menjadi fenomena sekarang ni, betul ke tak aku tak tau. Tapi yang pasti aku sangat rasa nak lempang kakak yang dok kat belakang aku nih. Menjerit tak tentu hala. Kak, walaupun stadium tu memang tempat orang menjerit, tapi sila lakukan jeritan dengan penuh berhemah dan tidak memalukan diri sendiri serta mendatangkan kejengkelan kepada orang lain. Lagipun sangatlah huduh kalau perempuan yang dewasa berkelakuan seperti itu. Habis semua orang kat depan pusing ke belakang nak tengok perempuan gila mana yang jerit tu. Tak cool ok.
Sampai kat rumah dah pukul 12 lebih. Mata sah2 la tak boleh tido. Makanya haruslah diisi dengan aktiviti yang berfaedah iaitu makan nasi sambil menonton siaran tertunda hoki dari Afrika Selatan yang melibatkan pasukan Malaysia menentang Jepun. Memang sengaja taknak tahu keputusan game ni yang disiarkan secara langsung di Astro Sport, kang tak suspens.
Walaupun ketinggalan 0 - 2 di tangan Jepun, Malaysia berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengikat keputusan seri 2 - 2 terhadap pasukan ke 15 dunia ni. Malaysia berada di ranking ke-14. Lega sebab diorang tidak mudah mengaku kalah walaupun ketinggalan. Semoga Tengku Ahmad Tajuddin dan rakan2 dapat menepati sasaran di tempat ke-5 dan ke atas.
Apa pun keputusan terhadap perlawanan2 yang dipertandingkan dalam acara bola sepak, badminton mahupun hoki, diharapkan semua pihak mengkaji dan memahami situasi yang dihadapi/dilalui sebelum sewenang-wenangnya menyalahkan pihak yang lain. Nak kritik boleh, tapi bukannya dengan maki hamun yang menghilangkan nilai2 peribadi dan budi pekerti. Sesungguhnya kemenangan dan kejayaan adalah impian setiap insan.