Monday, December 5, 2011

Terperangkap


Selama aku duduk di rumah atas langit (apartment) dan bekerja di pejabat yang menggunakan lif, tak pernah lagila aku terperangkap dalam lif. Setakat lif rosak dan terpaksa menapak panjat tangga tu biasalah. Penah dengar cerita kawan aku je yang beliau penah terperangkap dalam lif sampai bomba datang selamatkan. Tapi hari ni aku yang kena.

Pukul 7.20 aku keluar rumah, tekan lif. Aku tengok lif bergerak punyelah slow. Lif yang lagi satu plak tak gerak2 dari tingkat 9. Lama la jugak aku tunggu barulah lif tiba. Lepas aku masuk, ada lagi sorang kakak masuk dan seorang budak dalam lingkungan 8 tahun masuk. Bila budak tu masuk je, lif taknak tutup. Aku dan kakak tu tekan2 butang kat pintu dan tarik2 pintu lif tu, barulah lif tertutup.

Dah lif tertutup tu, tup2 langsung tak bergerak. Kitorang pun tekan2 butang dan tolak2 pintu, tapi haram tak terbukak. Then kakak tu terus telefon bomba. Lepas telefon bomba beliau telefon suami beliau nak bagitau yang beliau terperangkap. Tup2 suami beliau pun sama terperangkap dalam lif juga. Lif yang lagi satu yang kebetulan jugak terberhenti di tingkat 9. Kira sebelah menyebelah la nih. Terus aku terpikir, ada apa dengan tingkat 9? Kalau hantu mesti kat tingkat 13 kan.

Berdiri dalam lif tu 20 minit la jugak sebelum 4 orang abang bomba berjaya membuka pintu. Nasib baiklah dalam lif tu dapat line hp, bolehla jugak call bomba minta bantuan dan boleh la jugak aku layan SMS hilangkan boring dan melupakan lenguh di kaki. Mujur line 3G tak clear je, kalo tak confirm aku update status terus kat FB dalam lif heheheeh. Dan lebih bernasib baik lagi kitorang hanya bertiga je dalam lif, so takdela sesak dan berebut2 nak bernafas.

Bila pintu lif berjaya dibuka, kakak dari lif sebelah dah cakap beliau pening dan sesak napas sikit. Yelah, diorang dalam tu ada 5 orang, so panas dan susah skit la nak dapat udara kan. Bila lif tu dah ok, masing2 pun takut nak masuk untuk turun ke bawah, takut terperangkap lagi. Tapi memandangkan tak sanggup nak turun tangga dari tingkat 9 di pagi hari ni (takut berpeluh ketiak dan cair mekap), masuk la jugak kan. Tu pun siap ajak abang bomba tu temankan sekali hahaahaha. Yelah, atleast kalau terperangkap lagi, dah tak payah call bomba lagi kan.

Keluar je laju2 merempit pergi ke office namun malangnya tetap juga punch card aku merah, (8.01 minit). Sekianlah pengalaman saya terperangkap dalam lif untuk hari ini.