Monday, December 12, 2011

London Day 3

Pagi ni breakfast yang disediakan di hostel iaitu roti. Dah nama pun pi London, harusla itu sajian breakfast diorang setiap hari. Hostel sediakan roti dengan pelbagai perisa jem, butter dan coklat. Nasi lemak, roti canai, teh tarik sila jangan bermimpi lah. Breakfast sambil menyaksikan acara tennis Wimbledon Championship yang sedang berlangsung di London. Semua mata penghuni pun terpaku di kaca tv, nak2 kalau Andy Murray yang lawan, 1London tu tak kelip mata menyokong hero mereka.

Destinasi pertama hari ni ialah nak melawat stadium. Kat London ni ada 3 pasukan yang popular untuk BPL iaitu Arsenal, Chelsea dan Spurs (Tottenham Hotspur). Tapi pasukan Spurs sah2 la tolak tepi awal2 sebab aku tak kenal pun pemain Spurs. Lagipun kat Malaysia ni Arsenal dan Chelsea lagi popular. So, agak berbelah bagi nak pegi stadium mana satu antara dua tu. Kalau ikut hati, macam nak pergi Chelsea sebab aku lebih suka Chelsea berbanding Arsenal. Tapi memandangkan Emirates Stadium lebih dekat dan stadium dia pun lagi baru dari Stamford Bridge, kitorang pun zasss terjah ke Stadium Emirates menaiki tube yang kitorang amik per day ticket (GBP4 kalau tak silap, maklumlah dah lama, hilang ingatan plak). So, dalam sehari tu keluar masuk tube 800 kali pun takpe, within zone yang berkenaan lah.

Keluar je dari stesen tube Arsenal, terus rasa teruja. Stadium ni terletak dekat je dengan kawasan perumahan, agak sunyi lah. Tapi kalau hari ada game, penuhla manusia kat situ. Mujurnya penyokong di sana tak guna airhorn/wisel/vuvuzela je. Kalau tak, confirm orang2 yang duk di kawasan perumahan tu tak tenteramla jawabnya.

Tiket berharga GBP17.50 untuk masuk ke stadium dan muzium. Lepas amik tiket kitorang lepak2 dan posing2 sambil makan dulu kat luar stadium sementara tunggu giliran untuk masuk. Sejuk nak mampus dok kat luar ni, jenuh berjalan merata nak ilangkan sejuk. Tapi aku tengok Mat2 Salleh ada yang selamba je pakai seluar pendek, sedangkan aku kalau boleh nak bawak selimut terus.

Mula2 kitorang dibawa melawat ke tempat duduk penonton, lepas tu turun ke bawah untuk melalui terowong tempat pemain keluar dan merasa tempat duduk para pemain plak. Sempatla duduk kat kerusi yang selalu diduduki oleh Arsene Wenger. Sudah tentu kalau menonton bola di stadium kat sana dapat tengok pemain dengan lebih dekat berbanding di Malaysia sebab itu adalah stadium khas untuk perlawanan bola sepak. Kat Malaysia semua stadium adalah multipurpose, ada trek olahraga lagi, sebab tu sedikit jauh dengan penonton. Bayangkan kalau stadium kat Malaysia ni takde trek, harus le para pemain tu kena lempar botol, baling mercun segala. Elok juga ada trek tu, selamat sikit.

Dari padang kitorang masuk ke dalam bilik persalinan dan diberi penerangan tentang apa yang dibuat oleh pemain sewaktu sebelum game bermula dan sewaktu rehat separuh masa. Semua pun tergedik2 bergambar dengan baju player, harusla tak terkecuali aku kan. Dari awal aku terjah dulu baju Van Persi dengan Fabregas. Waktu tu Fabregas masih main dengan Arsenal. Sebulan kemudian barulah beliau berpindah ke Barcelona.

Dari Arsenal kitorang kembali ke pusat bandar untuk ke Harrods. Ramai jugakla manusia yang ada kat sini. Harrods, waktu bilanya yang takde manusia kan? Umpama Sogo lah, nak2 bila sale. Kebetulan waktu kitorang pergi tu dah start Summer Sale. Kitorang pegi Harrods tu bukanla nak shopping sangat, tapi lebih kepada nak melawat memorial peringatan yang dibina untuk Arwah Dodi AlFayed dengan Lady Diana.


Lepas dah pusing cari memorial ni, barulah kitorang start jelajah jamu2 mata tengok apa yang ada di Harrods tu. Mak oiii!!! Berbinau biji mata den tengok diorang jual perfume main longgok2 gitu je. Semua designer perfume ada kat situ dan harganya semurah GBP15 - GBP30 (RM75 - RM150) je. Adoiii... time ni rasa nak hangkut je semua yang ada. Itu harga bagi designer perfume, manakala bagi perfume keluaran sana (yang tak popular dan dieksport ke Malaysia) boleh dapat dalam GBP5 - GBP10 je untuk 100ml. Pitammm... Tu belum tengok barangan2 lain lagi. Tapi macam handbag semua tu aku jeling2 je, takdela tengok sangat sebab bukan hajat hati nak beli pun. So, rembat perfume sajalah. Sekarang aku faham kenapa orang Malaysia sangat gila pergi shopping di London terutama Christmas Sale.


Keluar dari Harrods kitorang naik turun tube melawat tempat2 tumpuan pelancong yang lain. Paling best lepak kat Tower Bridge sambil makan kacang salut dengan madu. Bau dia memang tak boleh tahan. Dari jauh bau dah mengundang lelehan air liur. Analoginya macam kita lalu sebelah kedai Famous Amos di bulan puasa le. Lepak2 kat sini sambil hirup angin menengok kapal yang lalu lalang. Kebetulan pula masa tu diorang angkat bridge tu untuk bagi laluan kepada kapal.

Ramai orang confuse mengatakan Tower Bridge ni adalah London Bridge. Sebenarnya London Bridge kat tempat lain dan London Brige biasa je, taklah secantik Tower Bridge ni yang lebih popular. Mungkin London Bridge ni popular sebab kita selalu nyanyi lagu London Bridge is falling down, falling down kot.

Ni barulah London Bridge


Antara tempat-tempat lain yang dilawati hari ni ialah Royal Albert Hall, Oxfort Street, Marble Arch, St Paul Chatedral. Jalan, naik turun tube sampai lenguh kaki lah. Tapi sangat puas.

Royal Albert Hall

Marble Arch