Hari terakhir di bumi Eropah dimulakan dengan breakfast dan check-out dari hostel. Tapi beg kitorang tinggal kat hostel tu le sebab nak pegi merayap dulu sebelum ke airport. Hujan kembali menyimbah Kota London pada hari ni yang membantutkan sikit aktiviti merayap.
Sekali lagi kitorang ke Buckingham Palace hari ni sebab nak jumpa kawan kepada kawan aku di Paris tu yang kirim barang kepada beliau yang tinggal di London. Sebelum jumpa kitorang lepak dulu mengadap pertukaran pengawal istana sekali lagi. Kali ni kitorang amik port kat depan pintu istana pulak berbanding sebelum ni iaitu di pagar istana. Walaupun hujan renyai2 namun manusia tetap tidak berganjak. Memandangkan muka Melayu yang pakai tudung takdela ramai benor (ke kitorang berdua je?), maka senang le mamat tu nak cari kitorang walaupun dikelilingi ribuan pengunjung di depan istana ni.
Habis acara kitorang merayap untuk mencari souvenir untuk dibawa pulang ke Malaysia. Merayap sana sini dalam hujan dan kesejukan sehingga mendapat semua barang yang dihajati.
Jam 5 petang kitorang naik bas dari Victoria Coach Station untuk ke Stansted Airport. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam. Dalam bas ni siap ada wifi lagi. Sempat layan dalam 10 minit jer, pastu aku dah hanyut dibuai mimpi.
Perjalanan balik jam 10 malam. Flight tak penuh hari ni, so merasala masing2 amik sorang 3 seat untuk berbaring selama 13 jam sebelum mendarat di bumi Malaysia. Dengan itu tamatlah sudah perjalanan ke bumi Eropah selama 8 hari 6 malam. Phewww... dah nak habis tahun baru habis cerita. Better late than never katanya.