Monday, January 16, 2012

Lapan... Lapan Lagi

Adoiii... sejak akhir2 ni memang malas tahap dewa le nak update blog. Ntah kenapa, tapi yang pasti sebab utama ialah MALAS.

Mood update datang selepas mengadap rancangan Kafe Sukan yang membawakan Dato' Lee Chong Wei, superhero saya sebagai tetamu jemputan. Maklumler mood menang Korean Open mengalahkan Lin Dan dan menang Malaysian Open buat kali ke lapan masih membara kan.

Tahun ni Malaysian Open aku pergi dua kali. Yang pertama tu macam biasala, aku mesti pilih pergi waktu suku akhir, sebab time ni ramai lagi pemain utama dunia masih ada. Kalau pi time semi final atau final memang rugi je lah, sebab tinggal berapa kerat je yang masih bermain.

Perjalanan nak ke Bukit Jalil sangat mencabar keimanan sungguh sebab jalan jem ya ampunnn. Dari office nak balik ke rumah pun jem, apatah lagi kat area Cyberjaya. Nak2 pula bila hujan menggila punye lebat. Tu pun aku tetap beranikan diri pecut di MEX tu. Memang terasa le kelicinan jalan sampai kereta aku pun mengiring ke kiri la akibat air yang banyak di atas jalan. Sampai kat Bukit Jalil pun seksa gila sementara nak boleh masuk ke kawasan parking. Standard la kan, time2 orang balik keje plus hujan lebat. Sah2 le jem. Akhirnyaa... jam 7 lebih baru terpacak dalam stadium.

Kali ni tiket untuk seat premium siap ada seat number lagi. So, memang takleh nak sesuka hati dok kat mana2 tempat le. Sementara tunggu game masing2 ralit dok tengok pekerja Yonex dok repair raket. Barula aku tau cemana diorang buat logo Yonex kat tali raket tu. Lagi syok sebab ramai player yang datang hantar raket kat situ. Rexy dengan Taupik memang lepak kat situ jer. Lain2 yang datang memunculkan diri kat situ termasukla Wong Choon Han, Rashid Sidek, Jeremy Gan dan Chan Peng Soon. Puasle skodeng. Dan tak terkecuali, Dato' pun memunculkan diri kat situ dengan berbaju merah. Pewwwitttttt...

Masing2 khusyuk tengok K-Pop vs J-Pop untuk acara beregu lelaki

Ntah apa yang Rexy cakap kat Dato', sampai macam tu sekali

Bila Dato' pandang je, penyakit gigil aku pun muncul le

Bila game Dato start di court 1 (court tv), mata memang le tengok kat sana sebab dia lawan dengan Taupik Hidayat. Tapi dalam masa yang sama mata tengok juga court 2 (Woon Khe Wei/Vivian Hoo) dan juga di court 3 betul2 kat depan aku ada Oppa (Lee Yong Dae). Sudahnya memang tak fokus langsung tengok game sebab mata sangat tamak, nak tengok semua.

Hari Ahad rezeki turun dari langit sebab dapat tiket free untuk final. Thank you to my friend for the tickets. Berkobar2 pukul 10.45 pagi aku dah terpacak kat stadium nak amik tiket daripada Secretariat Team Malaysia seperti yang dijanjikan walaupun game start pukul 1 tengah hari.

Walaupun game final tidak semencabar lawan Chen Long di separuh akhir, tapi stadium tetap penuh dengan peminat/penyokong yang berdiri teguh di belakang Dato' yang akan menentang Kenichi Tago. Auntie kat sebelah aku beria cakap Cina dengan aku. Ntah apa yang dia cakap aku pun tak pasti, tapi aku buat2 paham je la sambil angguk2 dengan muka konpiden. Terus aku feeling2 macam bercakap dengan mak mentua plak hehhe. Azrul Rajalawak pun ada gak kat area aku duduk tu tapi kejap je la dia lepak situ. Amik gambar dan terus blah. Waktu suku akhir pun ada juga ternampak dia kat luar stadium.

Habis je game terus Dato' gi kat family dia dan dukung baby (anak abang beliau). Time ni nampak Dato' sangat sweet jer muhahahha. Dan tak sangka Dato' ni pandai juga buat lawak (Kafe Sukan).

Keluar dari stadium nampak orang beratur kat booth Astro Arena. Tup2 dengar pengumuman siapa nak jumpa Dato' sila beratur untuk sesi autograph selama 10 minit. Dah tu... ingat aku tunggu saja? Harusla aku pun cuba nasib beratur jugak thehehehe...

Aku tengah mengadap Dato' yang sedang sign autograph kat notebook aku. Mujur adik aku yang amik gambar ni, kalau aku yang amik konpem gigil

Sementara tunggu tu staf Astro ada le hulurkan beberapa cenderahati dari Astro Arena seperti beg, pen, mouse pad, topi, notebook dan juga gambar Dato' sebagai duta Astro Arena.

Autograph Dato' Lee Chong Wei