Awal tahun lepas kita dikejutkan dengan pemergian arwah Faizal Yusop, awal tahun ni pula sekali lagi artis muda kita dijemput Ilahi iaitu Izwan Pilus. Yang ni memang betul2 aku terkejut.
Tatkala terima SMS dari kawan aku yang juga merupakan rakan seUUM dengan si Izwan ni mengatakan beliau telah kembali ke Rahmatullah, aku ingatkan kawan aku buat lawak. Yelah, mentang2 aku ni kiranya salah seorang yang minat dengan arwah, mungkin kawan aku saja nak usik la kan. Tapi bila pikir balik, kalau nak usik pun mana lojik dia buat lawak pasal mati kan. So, terjojol la biji mata aku bila pandang SMS di kala senja tu. Hati tetap juga berharap kawan aku hanya buat lawak saja walaupun aku yakin 95% dia takkan buat lawak benda2 mcm ni. So, nak puaskan juga hati aku terus laju2 on internet dan memang terbukti arwah telah meninggalkan dunia yang fana ini.
Terdiam seketika akibat terkejut dan rasa tidak percaya. Tapi lama-kelamaan boleh terima bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.
Tak lama kemudian ternampak status ex-housemate aku tulis pasal pemergian Izwan. Terus kitorang terkenang kisah lama, waktu mula2 kitorang suka/minat kat Izwan Pilus ni. Yer, tak dinafikan nama Izwan Pilus bukanlah besar dalam dunia hiburan tanah air, tapi kitorang minat beliau sejak beliau mula2 menyertai Bintang RTM tahun 2004 kalo tak silap le. Waktu dalam semua peserta nampak si Izwan ni comel dan kiut je. Tu pasal beria2 kitorang sokong beliau dan tak sabar2 tunggu depan tv nak tengok Izwan ni. Walaupun nyanyian beliau dalam program tersebut tidaklah sehebat top 3, tapi tak dinafikan Izwan ramai peminat hingga berjaya ke peringkat akhir hasil undian para peminat. Time tu beliau dah terkeluar, tapi ada 1 kategori undian peminat dan beliau berjaya untuk kategori itu masuk ke akhir.
Tahun berikutnya, ditakdirkan rezeki beliau murah, terus jadi pengacara Bintang RTM. Nampaknya kitorang masih lagi dapat menatap Izwan Pilus di kaca tv setiap minggu. Dan sekali lagi ditakdirkan, rupa2nya seorang kawan aku mengenali Izwan Pilus ketika sama2 menuntut di UUM dulu. Lagi best kawan aku siap bagi nombor telefon Izwan Pilus plak tu. Pernah sekali, waktu sedang on air, aku dengan housemate aku saja gatal tangan SMS Izwan, time tu kitorang dok gelakkan fesyen rambut beliau heheheeh. Ada juga dia reply SMS tu :D.
Tahun yang sama juga aku dengan officemate aku pergi ke Angkasapuri untuk gantikan bos aku menghadiri majlis jamuan hari raya Kementerian Penerangan kat sana. Ramai artis yang hadir serta buat show dalam majlis tersebut. Rezeki datang buat aku sebab sempat jumpa Izwan dan sempat jugalah bergambar dengan beliau. Aku juga sempat bagitau yang aku kenal kawan beliau kat UUM tu, tapi Izwan ni ingatkan aku ni adik kepada kawan aku tu hehehehe.
Kali terakhir tengok Izwan secara live ialah pada malam tahun baru 2012 di Putrajaya. Waktu tu beliau menyanyi dalam Konsert KLFM sempena tahun baru. Itu adalah yang pertama dan terakhir menatap dan mendengar beliau menyanyi untuk tahun 2012. Semoga roh Izwan Pilus tenang menghadap Ilahi dan dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Bak tajuk lagu beliau, Indah Lelapku.
Al-Fatihah