Secara rasminya Sukan Sea 2011 di Jakarta dan Palembang telah pun dibuka pada Jumaat lalu. Kalau Olimpik 2008 dirasmikan pada 8.8.08, Sukan Sea 2011 pun taknak kalah, dirasmikan pada 11.11.11.

Majlis pembukaan kali ni bagi pandangan dan citarasa aku termasuk dalam kategori so, so je lah. Mungkin pandangan aku ni agak tidak adil sebab aku terbayang2 kehebatan upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing, Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia Guangzhou yang berada dalam kelas yang lain. Tapi pandangan aku ni berasaskan kepada minat dan kesukaan aku lah. Aku tak berapa suka dengan persembahan yang terlalu tradisional dan penuh dengan kesenian sangat. Sebab bagi aku kalau terlalu tradisional dan seni seperti yang dipersembahkan dalam pembukaan di Palembang, aku jadi boring. Aku lebih minat dengan acara/persembahan yang bersifat moden dan futuristik, baru nampak menarik dan tidak meleret. Even aku lagi suka tengok acara yang dipersembahkan pada sambutan hari kemerdekaan berbanding di Palembang Jumaat lepas.
Dua benda yang aku suka pada upacara tersebut ialah perarakan kereta berhias yang mempamerkan ciri2 pengenalan kepada negara2 ASEAN yang bertanding dan juga pakaian kontinjen Malaysia. Kereta berhias yang mengiringi perarakan masuk setiap kontinjen ni kira antara perkara baru yang diperkenalkan. Setakat ni rasanya aku tak pernah tengok lagi negara lain buat. Syabas!
Sebelum upacara bermula, seperti biasa aku akan berdebar2 dan tak sabar nak tunggu untuk melihat pakaian yang akan dipakai oleh para atlet dan pegawai Malaysia. Aku kan tak suka kalau diorang berarak memakai pakaian ala2 nak pergi pejabat tu. Risau juga aku kot2 diorang akan pakai kemeja kuning yang diorang pakai sewaktu berlepas dengan suit, tapi nasib baik tidak. Akhirnya aku tersenyum gembira tengok diorang segak bergaya memakai pakaian kebangsaan yang cantik corak samping dan selendangnya.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea ialah pada tahun 2001. Kenangan semasa Sukan Sea Kuala Lumpur ini ialah aku menjadi salah seorang daripada 1,377,698 orang rakyat Malaysia yang terlibat dalam acara Larian Obor Sukan Sea. Phewww... kiranya kalau aku tak lari time tu, hanya 1,377,697 orang jelah pelari yang dicatatkan dalam Malaysia Boof of Record sebagai acara larian obor yang paling lama dikendalikan iaitu 6 bulan.
Tahun 2001 tak banyak lagi office di Putrajaya ni. Kalau tak silap hanya ada Parcel A, B dan C sahaja. So, setiap jabatan akan berlari 1 kilometer membawa obor tersebut yang berakhir di Sekolah Presint 8. Office aku kena lari start dari bulatan sebelum traffic light Parcel E hinggalah ke Jambatan Seri Perdana tu.
Yang jadi tukang pegang obor bagi office aku ialah bos nombor dua. Beliau ni memangla dah tua tapi rajin bersukan terutama badminton, so memang fit. Stamina pun banyak. Setelah office sebelumnya menyerahkan obor di tangan beliau untuk kitorang lari beramai2, terus dia lari laju2, tinggal kitorang kat belakang. Huahauauaau... mana tak laju, kitorang yang lain sume lari terhegeh2. Bila dah sedar beliau dah tinggalkan kitorang jauh kat belakang barulah beliau memperlahankan langkah. Rasa nak tercabut nyawa aku lari time tu walaupun hanya setakat 1 kilometer saja, tapi rasa macam sengsara sungguh nak habiskan.
Waktu tu, ada la juga pelawaan untuk menjadi sukarelawan Sukan Sea, tapi aku tak join pun. Kawan aku ada le yang join, kena bertugas untuk acara bola jaring. Kalau sekarang ni jadi sukarelawan konpem aku pilih untuk bertugas di kolam renang hehehehehe. Haippp... aku bukan nak cuci mata le, (tapi kalau ada chance apa salahnya) aku nak menonton salah seorang atlet kegemaran aku iaitu Daniel Bego berenang. Sayangnya di Palembang kali ni beliau terpaksa tarik diri akibat kecederaan. Maka tak dapatlah beliau mempertahankan 5 pingat emas dan anugerah atlet terbaik Sukan Sea Laos 2009. Lagipun kalau kat kolam renang boleh juga menonton Bryan Nickson Lomas yang comel itteww terjun.


