Sunday, July 31, 2011

Harimau Mati Meninggalkan Belang

Cerita pasal bola lagi. Semua pon tau, kita ketinggalan agregat 4-6 untuk menafikan kemaraan ke peringkat kumpulan bagi kelayakan Zon Asia untuk Piala Dunia 2014 di Brazil. Kesedihan dan kekecewaan seluruh rakyat Malaysia masih dirasai. Apakan daya, segala2nya sudah berakhir. Terpaksalah terima hakikat walaupun tak rela huhuhuuu.

2 hari sebelum game, dah stress sebab tiket habis. Tension aku takut tak tercapai pulak kaki aku untuk berada dalam stadium untuk kesekian kalinya. Dok di office pon tak tenteram. Apatah lagi bila hp berbunyi, suspen jer nak dengar/baca apa berita terkini yang disampaikan. Alhamdulillah, akhirnya apa yang dihajati berada di tangan. Moral of the story, tak rugi berskandal dengan orang2 yang berkenaan supaya senang nak dapat tiket huahuahua. To one of my friend, sorry yerrr... I tak duduk sebelah Safiq Rahim pun hari tu di stadium. :D

Hari kejadian, mood nak buat keje memang takde la. Nak2 plak bos pun takde kan. Tup2, dalam pukul 3.30, muncul bos aku dengan senyum sengih. Tokojut den. Sebabnya ikut perancangan awal memang beliau tak masuk office hari ni. So, senangla sikit aku nak cabut sharp on time. Tapi mujurlah, bos aku seorang yang sangat memahami, penyayang dan handsome. Ehhh... Sebelum masuk ke bilik dia dah pesan kat aku siap2. "Nanti BukanDatin balik je terus, takyah tunggu saya. Kang lambat nak pegi tengok bola." Ailebiu bosssss...

Sampai kat stadium manusia dah ramai dah. Keriuhan dah kedengaran di sana sini. Hari ni warna biru dan kuning je memenuhi stadium. Warna merah ada seco'et jer. Dah macam perlawanan antara pasukan biru dan pasukan kuning pulak. Kitorang pegi hari ni berbekalkan bendera sorang satu. Maklumla, di musim2 merdeka ni, banyak bendera yang dipasang di office kan. Opppsssss... I tak curi bendera office okeh.

Seperti yang dirancangkan, kitorang amik port kat penjuru stadium walaupun hari ni Safiq Rahim tak ada untuk membuat sepakan penjuru. Tapi dapatlah tengok adik Muslim yang berambut baru dari dekat waktu warm up huahauauaua. Tu tujuan asal. Oh, bukan adik Muslim sorang lah, tapi semua harimau yang ada. Ishhh bias pulak.

Tak tenang betul Adik Muslim (28) dan Rizal Fahmi warm up. Sambil lari2, sambil tengok kawan2 berjuang. Time ni Aidil keluar balut lutut beliau. Dengarnya lutut beliau meletop. Serammm uolsss.
Macam2 sepanduk yang boleh dibaca hari ni. Paling nak tergelak ada satu sepanduk tu tertulis "Made in Muo (Muar). Mak, I'm on tv" heheheheeh. Nak jugekkkk tu.

Pelbagai sepanduk dan lautan manusia

Waktu tengah lepak2, tetiba ada seorang perempuan datang kat kitorang. Beliau kata beliau nak tumpang duduk tengok bola dengan kitorang sebab tak ada kawan. Then dia ajak kitorang bergambar. Elok habis je bergambar beliau blah. Aikkkk... tadi kata nak dok bersama2 dengan kitorang. Ceh, kalo takat nak bergambar masuk dalam FB cakap je lah. Kitorang tadak hal punye. Tetiba plak rasa macam artis ahaks.

Bila tengok bola secara live di stadium, part yang paling aku suka tengok ialah waktu para pemain training. Nampak cumel jer aksi2 diorang melompat2, meliuk lentuk badan. Slurrrppp... Eh silap. Terlajak pulak.

Aksi sesi latihanWaktu buat ombak, sampai je kat area penyokong Singapore, terus diorang kena booo. 800 kali buat ombak pun, 8 kali lah diorang kena boooo. Dah le seco'et je warna merah kat situ. Bila diorang gol dan bersorak2 sebab menang pun haram tak dengar sorakan diorang. Lagu2 patriotik pun banyak juga dipasangkan. Mentang2lah dah nak merdeka ni kan. Terus aku rasa macam tengah nak sambut sambutan Hari Kebangsaan pulak. Iskkk... ngapela diorang tak bawa Faizal Tahir nyanyi lagu Gemuruh dalam stadium tu? Beliau dah siap offer diri dah nak nyanyi. Biasanya lagu Gemuruh dengan lagu Standing in the Eyes of the World sering dipasangkan dalam stadium, tapi hari tu aku tak dengar plak. Tak tau lah diorang dah pasang sebelum aku masuk kut.

Hampir perlawanan bermula, sebelah kitorang diduduki oleh beberapa orang lelaki. Mula2 diorang cakap Siam. So, kitorang assume memang diorang ni orang Siam lah kan. Siam dengan Melayu pun muka lebih kurang jer. Tak lama lepas tu diorang cakap Indonesia plak. Aikkkk... Mesti bukan Siam nih. Lama2 barulah diorang cakap bahasa Melayu. Loghat Utara pulak tu. Mesti orang kampung aku nih.

Bila dah sembang2 memang tak syak lagi, diorang ni orang Pendang, Kedah. Patutla pandai cakap Siam. Yang bestnya, setiap kali salah sorang dari diorang keluar beli makanan, kitorang pun dapat bahagian sekali huahauauaua. Merasalah mula2 air sarsi, kemudian kuaci dan last sekali air botol pulak. Pergkhhh... dapat tengok bola sambil makan secara percuma la nampaknya hari ni. Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Insyaallah makanan tu tidak dijampi pun, sebab sampai hari ni takde plak aku terbayang2 muka diorang ahakssss.

Suasana 85,000 manusia dalam stadium sungguh meriah. Sampai satu tahap berdiri bulu roma aku dan hampir menitiskan air mata. Menyanyi lagu Negaraku beramai2 dengan penuh semangat. Menurut salah seorang kawan lelaki aku yang boleh tahan brutal jugak, yang kini makin popular di media, beliau pun mengalirkan air mata tanpa disedari tatkala menyanyikan lagu kebangsaan. Kan aku pernah kata dulu, kadang2 benda yang kita tengok simple macam ni pun kita tak sangka kita boleh mengalirkan airmata. Semuanya mungkin kerana semangat.

Bila Safee Sali menjaringkan gol yang dinanti2kan, bergema satu stadium. Gumbira melompat2 tak terkata. Namun malangnya saat Singapore menyamakan kedudukan, seolah2 satu stadium terpaku. Diam membisu. Huwaaaa... sungguh tak best perasaan waktu tu.

Tamat perlawanan, penonton masih ramai yang setia menunggu. Luckily takde la pulak aku dengar diorang mencemuh atau memaki hamun para pemain yang dah mencuba sedaya upaya tu. Tak tau la kat tempat lain, tapi kat area aku memang takdela. Cumanya yang dikesali, ada jugak manusia2 yang tak bertamadun terlepas masuk dalam stadium. Manusia2 yang masih lagi membaling botol air ke dalam padang. Nak2 orang di tingkat atas. Mujur lah tak kena kepala kitorang kat bawah ni. Kalau tak, bengong sampai tahun 2014 terkena botol. Begitu juga yang masih lagi gatal tangan nak main laser. Sungguh bodoh manusia2 itu.

Lepas tengok beberapa pemain Malaysia termasuk K-pop Amirulhadi yang tak berbaju (auuuuummmmmm...) mengelilingi padang mengucapkan terima kasih kepada para penyokong, kitorang pun nak gerak balik la. Sambil2 tu amik la sekeping dua gambar. Tup2 ada la pulak orang datang minta nak bergambar dengan aku. Pergkhhh...tetiba aku terasa macam bini pemain bola plak huwahauahaah. Setarap Posh Beckham nih ahakss.... (matilah perasan nak mampos). Eh, Apek dah putus tunang kan? Opssss...

Sampai di rumah jam 12.15 malam. Mood nak tido terus hilang serta merta. Last2 dah jam 2.30 pagi barulah dapat tido. Siap mimpi orang kampung aku si Baddrol Bakhtiar plak tu. Ni mesti gara2 tengok beliau warm up dengan Fakri Saarani tadi lah ni. Tengah sedap2 tido, hujan turun dengan lebatnya. Memang best gila lah. Namun malangnya time tu dah jam 6.00 pagi. Huhuhuuu... terpaksalah bangun tido dengan kecewanya.

Semua dah berakhir. Namun bulan September nanti, geng anak2 ghimau yang kini berada di Slovakia pula akan meneruskan perjuangan untuk mara ke Sukan Olimpik. Insyaallah, lagi 3 kali aku akan kembali ke Bukit Jalil. Adik Muslim dan adik Syahrul Azwari, kita jumpa nanti okeh.



Tuesday, July 26, 2011

3 in 1

Ingat Milo dan syampu je ada 3 in 1? Entry aku pon ada gak ler. Cerita aku bukan pasal makan, bukan pasal minum. Tapi cerita pasal 3 gergasi Inggeris datang ke Malaysia. Bukan gergasi yang besar gile2 buleh pijak orang tu. Tapi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris lah.

Seperti dimaklumkan sebelum ni, ketiga2 perlawanan tu semuanya aku pergi. Pemergian aku sudah semestinya menyokong Harimau Malaya. Pakai baju kuning dan biru walaupun ditenggelami oleh warna merah Arsenal/Liverpool dan biru Chelsea.

Arsenal vs Malaysia

Sebaik je jam di punch card berbunyi, terus bergegas ke aras 1 tukar baju. Tapi aku takat tukar pakai inner je, then cover dengan kot. Yelah, segan pulak nak keluar dari office ke kereta sambil pakai jersi bola. Kang nampak macam over plak heheeheh. Disebabkan rasa macam dah agak terlambat nak kejar ERL pukul 5.35, maka aku lari laju2 masuk dalam kereta. Kasut dan beg pun aku tukar dan simpan dalam kereta jer untuk jimat masa.

Bila dah keluar dari pagar kompleks office aku ni, terus terpikir macam mana nak pakai baju. Remember, aku hanya pakai inner saja ni. Kot dah aku bukak dah. Mula2 ingat nak pakai baju sewaktu parking kereta je nanti, tapi rasa macam tak sempat pulak karang. So, nak tak nak waktu tengah drive aku tawakkal je lah pakai baju. Nak pakai waktu kereta berhenti di traffic light segan plak sebab orang kiri kanan sah akan nampak punye aku terkial2 tukar baju, tu pasal aku main belasah pakai waktu kereta tengah meluncur laju. Kira boleh jadi macam gaban gak le, tukar baju dalam masa kurang dari 15 saat. Bezanya gaban tukar dalam 2 saat, aku lebih sikit la.

Sampai kat ERL rasa macam semua mata tengok kat aku je. Eh ke aku je yang perasan gitu? Aku rasa betulla orang tengok aku sebab aku sorang je pakai baju bola. Dah jumpa kawan aku, kira ok la skit. Takdela segan sorang2. Bila turun ke bawah untuk naik train tu, barulah nampak ramai orang yang pakai jersi Arsenal dan Malaysia.

Kat Stesen Tasik Selatan orang makin ramai berpakaian merah (terutamanya) dan biru/kuning menandakan semuanya hendak menuju ke Stadium Emirates. Err I mean Stadium Bukit Jalil. Sampai kat stadium, terus tawaf satu stadium mencari gate. Padahal gate yang sepatutnya aku masuk tu betul2 di sebelah kanan, tapi kitorang menuju ke sebelah kiri. Sudahnya memang kena pusing satu stadium lah kan. Tak pasal2 exercise plak di petang hari.

Waktu pusing2 stadium tu memang penuhla orang dok menjual barangan2 sukan untuk menyokong kedua2 pasukan. Yang nak tergelak tu, ada seorang brader ni, dia jual mafla. Sambil kitorang jalan, dia cakap "Dik, beli la mafla ni... RM10 je. Kalau adik pakai ni, mesti Rajagobal cari adik". Hahaahah... ada ke patut. Rajagobal nak buat hape. Kalau aku pakai mafla tu si Safiq ke, adik Muslim ke or even artis K-pop Amirulhadi ke yang cari aku ok jugak. Sah2 aku beli 18 helai mafla ko tu bang oi.

Waktu sampai ke pintu VIP, ada le segerombolan manusia yang menongkah arus. Kiranya berjalan menentang arus dengan kitorang le. Aku tengok2 gitu je la. Bila sampai dekat rupa2nya salah seorang tu ialah Azfendy anak kepada Dato' Azzuddin, Setiausaha FAM, yang juga merupakan bekas pemain bola sepak, bekas tunang kepada Halimah Jongang dan kini merupakan suami kepada penyanyi Deja Moss. Bila dah lepas, kawan aku cakap Deja Moss pon ada tadi. Haikk??? Ngape aku tak perasan Deja Moss langsung nih? Errkk... nampak sangat aku hanya terpandang kaum Adam je huahauaua. Padahal beliau berjalan sebelah Azfendy je. Cisss.

Masuk dalam stadium, amik port baeeek punye, betul2 kat penjuru stadium. Senang sikit nak jerit kalau Safiq Rahim amik corner kick kat situ kan heheheeh. Kiri kanan kitorang geng negro ntah dari mana ntah. Belasah je lah. Sebelum tu, kitorang masuk dengan segerombolan Mat Salleh yang pakai jersi Malaysia. So, kitorang pon tumpang glemer gak le tiap kali orang sorak2 kat diorang sebab pakai baju Malaysia huahauauaua. Rugi time diorang bergambar tu tak pi menyelit sekali. Kalau tak, harus muka aku kuar semua paper.



Safiq ready nak buat sepakan penjuru

Duduk kat area ni, dekat sikit la tengok pasukan Malaysia training. Boleh la nampak diorang dok terlentang tertonggeng exercise. Waktu diorang warm up untuk pertukaran pon senang sikit nak tengok giliran sapa masuk lepas ni sebab diorang warm up kat hujung gol.


Harimau sedang exercise tertonggeng terbalik. Auuuummm... nyam nyam.



Adik Muslim sedang warm up untuk masuk menggantikan Aidil yang cedera


Suasana macam biasalah, nama pon stadium kan. What do you expect. Takkanlah sunyi macam kat dalam library plak kan. Yang nyata lautan merah menenggelamkan kuning/biru lah. Tapi dalam stadium kalau pasukan Malaysia dapat bola pon orang tetap sokong la jugak. Cuma yang dikesali adalah waktu kes orang booo kat suami Rita Rudaini tu je lah. Motif nak booo beliau? Ada yang kata booo tu datangnya dari penyokong Arsenal Indonesia dan Singapore. Tapi rasanya kat area aku duduk pon ada jugak orang booo. Eeee tak baeeekkk punyerrr. Oh ya... Dato' Sheila Majid pon turut turun padang tengok bola jugak malam tu.


Liverpool vs Malaysia


Memandangkan game hari ni bermula 5.45 petang dan tiket semua sold out, so pukul 2 petang dah keluar rumah. Kang kalau kelaur lambat2 harus tak dapat seat yang best pulak, maklumla peminat Liverpool ramai gile kat Malaysia ni. Nak2 pulak 1st time datang Malaysia kan. Naik ERL dan LRT memang boleh dibilang je lah penonton yang pakai baju Malaysia. Yang lain semua merahhh. Yelah, Malaysia main away kat Anfield, tu pasal sikit je hehehehe.



Lautan merah


Kat LRT Tasik Selatan memang sampai ke Singapura le barisan yang beratur nak beli tiket. Phewww... Cepat2 lari masuk ke dalam. Kali ni masuk ke gate yang lain pulak. Tak payah tawaf sebab dah hafal siap2 kedudukan warna gate. Tiket yang aku dapat untuk ketiga2 game semua dari arah yang lain2. Tapi kitorang tetap amik seat kat penjuru sebab nak tengok Safiq lagi huahuauauau.


Tiap kali lagu YNWA dipasang, semua orang nyanyi kuat2. Fuhh kagum aku dengan diorang ni. Memang betul2 peminat fanatiklah. Dibandingkan dengan Arsenal, penyokong Liverpool lebih fanatik kot. Kadang2 nampak macam over pon ada. Entahla, itu semua aku takmo komen. Suka hati korang la. Bila nak cari tempat duduk je, ada le brader2 tu cakap "beri laluan, beri laluan... Malaysia nak lalu nih". Sebabnya kitorang je yang pakai baju kuning. Yang lain2 mostly merah. Terasa macam pelancong plak huahuauaaua.



Area kitorang duduk hari ni area pemain Liverpool berlatih. So, dapatla merasa Dirk Kuyt melambai tangan kat aku hehehehe. Yelah, dia melambai2 arah semua penyokong area kitorang, kira termasuk aku la tu. Tempat duduk hari ni, dapatle tengok 3 biji gol masuk. Satu dari Safiq dan dua lagi gol2 kelima dan keenam Liverpool. Tensen jer bila tengok Apek terkangkang2 ditewaskan huhuhuu.



Pemain pujaan hati mak aku, Dirk Kuyt a.k.a Kunyit


Memandangkan hari ni paling ramai manusia, waktu nak naik LRT kena tunggu turn masuk ke stesen secara berperingkat2. Diorang tutup gate stesen LRT tu bila dah penuh dan hanya buka bila tren berikutnya sampai. Bila tren sampai je, sume berterabur lari macam anak ayam terlepas reban. Siap ada yang tertanggal selipar waktu lari pun ada. Yang lawak dalam LRT tu, time pintu tren tutup, tup2 dengar ada brader ni cakap "alamakkk... rambut aku tersepit kat pintu". Semua orang yang ada kat area situ termasukla aku pon automatik la tengok kat pintu tu. Tapi brader tu gelak je. Rupa2nya bukan rambut dia yang tersepit, tapi rambut ala2 balung ayam yang dia pakai waktu tengok bola tu. Maka, terpaksala dia pegang rambut tu sampailah pintu tren terbuka di hentian Sg. Besi heheehe.


Chelsea vs Pilihan Malaysia + Harimau Muda


Pukul 5.30 cepat2 aku tukar baju dan lari laju2 keluar dari office. Nasib baik bos aku balik on time hari tu. Terus pecut laju2 balik ke rumah dulu simpan kereta dan naik kereta kawan aku sebab malam ni aku tak balik ke rumah, nak terus pergi bercuti sebaik saja tamat perlawanan. Berpeluh2 berkejar ke ERL takut terlepas ERL jam 6.05 petang. Sampai kat parking je terus aku lari laju2 tinggalkan kawan aku parkingkan kereta beliau. Aku berkejar nak beli tiket. Nasib baik time tu lagi 2 minit sebelum train sampai. Phewwww...



Macam kedua2 game sebelum ni, orang memang ramai le kat stesen Tasik Selatan. Nak2 plak kali ni kitorang terlambat sikit sebab terlepas ERL jam 5.35. Takpelah, redah je. Waktu tunggu Star LRT tu tetiba ada seorang kakak yang datang tengok bola dengan anak lelaki beliau yang berumur 5 - 6 tahun tegur kitorang. Pada mulanya dia nak ajak kitorang masuk tengok bola bersama2 sebab diorang hanya datang berdua je. Beliau risau takut orang kacau sebab tak ada lelaki yang temankan diorang. Lagipun ni 1st time beliau datang stadium tengok bola. Tu yang sangat2 risau takut apa2 hal yang tak diingini berlaku. Namun malangnya tiket beliau tak sama dengan tiket kitorang, kena masuk gate lain2, so tak dapatla ikut kitorang. Lagipun kitorang dah bagitau kat beliau, tak ada apa yang perlu dirisaukan walaupun beliau hanya perempuan berdua bersama anak sahaja tanpa lelaki yang mengiringi. Sebabnya, tak ada siapa yang akan kacau pun. Even masa kitorang tengok perlawanan menentang Liverpool, ada je minah depan kitorang datang tengok sorang2 je. Selamba je, takde sapa nak kacau pun. So, kepada mana2 perempuan yang nak pergi ke stadium, tak perlu nak risau sebab Insyaallah takde pun orang nak kacau korang. Takde langsung aku nampak mana2 perempuan yang kena kacau oleh penonton2 lain selama aku dok berulang alik ke stadium. Teringat masa tahun lepas kali pertama pergi stadium, kawan aku dok nasihatkan jangan pergi ke stadium tanpa lelaki. Tapi ok ja, penonton semua bertamadun. Orang yang sarat mengandung pun bersepah jer pegi tengok bola.


Hari ni penuh dengan warna biru. Biru Chelsea dan tak kurang juga biru Malaysia. Rasanya hari ni lagi ramai yang memakai jersi kebangsaan kuning/biru berbanding perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool. Memandangkan hari ni masuk gate hijau, so posisi kitorang adalah di tengah2 padang. Orang dah ramai memenuhi ruang. Di kerusi tempat duduk telah disediakan banyak bendera Chelsea untuk digunakan sewaktu perlawanan. Kitorang siap buat kain lap peluh je bendera tu huahauuaau.


Bleh tahan juga abang yang jual air ni. Kalau aku beli, sure air mineral ni rasa macam air oren je



Waktu tengah lepak2, tetiba dengar suasana keriuhan tidak jauh dari tempat duduk kitorang. Rupanya insiden "bukakk... bukakk... bukakk..." yang berlaku sewaktu sesi latihan pasukan Liverpool berulang kembali. Kali ni ada orang datang pakai baju Arsenal pulak. Merasalah beliau kena buka baju di khalayak ramai. Padanlah muka kau, ingat kalau kau pakai baju Arsenal waktu menonton Chelsea, kau pun akan dianggap hero macam yang ditwitkan oleh Rooney terhadap mamat yang pakai jersi beliau tu ke?



Akhirnya beliau terpaksa juga buka baju


Hari ni jiran depan dan sebelah kanan kitorang pun mat negro jugak huhuuhuu. Terus ilang selera nak cuci mata. Mujur ada 3 orang brader kat sebelah ni yang tetiba datang tanya "kenal kitorang tak?" Mula2 aku debar jugak, terus tengok muka sorang2. Mana le tau kot2 diorang ni bekas player ke, selebriti ke huahaauua. Then diorang cakap "kitorang le bekas player Chelsea dulu". Cisss hampes. Mujur aku tak cakap kat sorang brader tu, "player Chelsea jangan berangan, tapi muka dan ketinggian ala2 Amirulhadi tu ada le". Pastu kitorang dok bergelak ketawa konon2nya mat black depan dan sebelah kitorang ni adalah Nicholas Anelka dan Didier Drogba.


Game kali ni 80% penonton sokong pasukan Pilihan Malaysia instead of Chelsea. Malahan setiap kali si Yossi Benayoun dapat bola, semua orang booo beliau. Nak tergelak ada, kesian pon ada jugak. Begitulah nasib beliau, seorang Yahudi dari Israel.


Sepakan penjuru yang akhirnya menghasilkan gol buat pasukan Chelsea


Habis game jam 10.30, tak tunggu lama dah. Memang terus pecut keluar je sebab aku nak kejar LRT ke Terminal Bersepadu Selatan. Sampai kat stesen, penuh train takleh nak masuk. So, train yang ketiga barulah aku sempat naik. Time tu dah jam 11.05 dah, memang debar habis. Debar takut tak sempat kejar bas jam 11.30. Sampai je di stesen Tasik Selatan, tak pandang kiri kanan dah, terus aku berlari2 mengalahkan atlet olahraga ke Terminal. Jejak kaki kat sana ngam2 jam 11.25. Phewww. Memang hari ni penuh dengan adegan lari2 je pergi balik.

Monday, July 25, 2011

Maaf! Maaf! Maaf!

Sangat busy akhir2 ni sampaikan nak update entry pon tak berkesempatan. Hari ni nak buat quick entry so that kurang la sikit rasa blog ni terabai.

Aku baru terima mengadap seseorang. Ceh bunyi macam raja plak terima mengadap. Apa2 je lah, janji maksud tu sampai. Beliau datang dengan sepucuk surat dengan harapan yang tinggi untuk mengundurkan diri dari memegang jawatan sebuah persatuan.

Setelah membaca surat peletakan jawatan beliau dan penjelasan yang diberi, aku rasa aku tak dapat terima alasan2 beliau. Aku cuba pujuk beliau agar membatalkan hasrat tersebut tapi beliau agak keberatan. Sudahnya aku cuba bagi alasan2 yang munasabah dengan sedikit ketegasan dan sekaligus menolak hasrat beliau itu.

Akhirnya beliau mengalah dan aku serahkan kembali surat peletakan jawatan itu dan menegaskan aku taknak terima peletakan tersebut. Saat beliau ingin berlalu dari bilik aku, aku ternampak pulak genangan airmata di kelopak mata beliau. Terus aku kepanasan! Terus aku rasa bersalah! Sudahnya aku tensen kerana buatkan orang hampir menangis. Ataupun telah menangis?

Saya minta maaf. Maaf! Maaf! Maaf!

Friday, July 15, 2011

KL-London-Amsterdam

Hari yang dinanti2kan selama hampir setengah tahun setelah keputusan diambil telah pun tiba. Seawal jam 8 pagi dah tak boleh nak tido dah walaupun penerbangan adalah pada jam 1.30 petang. Tapi kegembiraan pagi ni dikejutkan dengan gegaran hasil dari gempa bumi yang dirasai tatkala tengah melayan FB. Terus feeling2 konon2nya pemergian ke overseas adalah untuk melarikan diri dari gempa bumi hahhaaha. Poyo!!!

Sampai kat airport terus isi perut penuh2 makan nasi puas2. Maklumla nanti kat sana kalau makan nasi feelingnya tak sama atau rasanya tak sama dengan di Malaysia kan. Penerbangan berjalan lancar. Luckily aku dengan kawan aku dapat duduk berdua jer, so boleh la berlunjur2 kaki sebab tak ada penumpang lain yang menghuni seat ke-3 bersama2 kitorang. Takdela kejung sangat nak duduk untuk mengharungi penerbangan selama 13 jam kan. Mau terkehel urat pinggang aku karang.

Lepas je dihidangkan dengan nasi lemak, terus aku tak tunggu lama lagi dah. Terus tutup mata tido. Asalnya aku plan nak makan ubat muntah yang boleh menyebabkan mengantuk untuk tido tanpa henti. Tapi tak sempat makan lagi pun mata aku dah tutup dah. Boleh tahan seksa jugakla nak menunggu 13 jam tu. Macam2 posisi aku tido, bangun, duduk, berjaga, berjalan ke tandas tapi tak sampai2 lagi pon bumi London.

Setelah mengharungi perjalanan yang panjang, akhirnya pesawat mendarat dengan selamatnya di London pada jam 9.30 malam . Phewww... macam tak percaya akhirnya cita2 aku nak jejak kaki di bumi Eropah menjadi kenyataan. Syukur pada Tuhan. Urusan imigresen berjalan lancar sekali. Waktu beratur nak cop pasport ni la ternampak fotografer popular, SaifulNang and the gang yang turut menaiki pesawat sama dengan aku.

Sempat jugakla kitorang berkenalan dengan 2 orang lagi warga Malaysia yang melancong. Kedua2nya pun anak dara jugak. Seorang student Masters, dan seorang lagi kerja kat audit firm. Diorang lagi dahsyat, amik cuti sebulan untuk menjelajah Eropah. Alangkah bestnya kalau aku pun dapat cuti sebulan gitu untuk pergi jalan2. Tenang je hidup takyah fikir pasal keje. Diorang siap tanya, taknak pergi US ke? Nasib baikla Airasia belum buat flight ke sana. Kalau tak, ada potensi aku pon terpengaruh sama ni huahuaauaa.

Selesai urusan, terus cari port baeeekkk punyerrrr untuk tido. Pehhh... tak puas2 lagi tido. Yelah, sekarang kan dah malam, harusla tido kan. So, lepak le kat kerusi panjang dengan beberapa orang lagi Mat dan Minah Saleh yang sama2 tido kat airport jugak. Disebabkan mata aku dah tepu, maka tido kejap2 je lah sementara nak tunggu pagi untuk menaiki flight ke Amsterdam jam 7 pagi.



Dari London menaiki Easyjet ke Amsterdam yang mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. Tapi sampai kat sana dah pukul 9 pagi sebab daylight saving time. Pengalaman di Schipol Airport sangatlah hampeh! Mana taknya, kitorang kena tahan kat imigresen lebih dari setengah jam. Dah rasa macam terrorist plak bila imigresen kat kaunter tu suruh kitorang ikot pegawai imigresen ke pejabat berhampiran. Sebelum tu pun banyak gile soalan yang dia tanya. Orang2 lain pemegang pasport dari negara2 EU senang je lepas tanpa banyak soal. Muka2 dari Asia je yang diorang tahan dan bawa ke pejabat. Kat pejabat tu nampak la ada 2-3 orang yang berwajah Oriental, tak pasti dari mana dan juga sekumpulan mamat2 dari Middle East.

Selain soalan2 biasa yang sering ditanya oleh mana2 imigresen termasuk tengok tiket balik, which is normal, diorang jugak siap tanya berapa banyak duit yang dibawa, nak tengok kredit kad, nak tengok duit la. Tanya apa yang dibuat di Malaysia la, keje apa la, berapa lama cuti bla bla bla. Even pasport pon siap kena fotostat lagi. Bila aku tanya ada apa2 masalah, imigresen kat kaunter tu cakap just a normal checking jer. Time bila kat pejabat plak, 2 kali aku tanya brader2 imigresen tu apa masalah, diorang tak jawab. Buat2 tak dengar dan buat2 alih ke soalan lain. Rasa macam nak sepak pon ada. Lepas pompuan2 dari Asia dan juga mamat2 Arab tu dilepaskan, barulah kitorang pon lepas. Time ni rasa teruja nak melancong tu dah hilang. Rasa nak maki orang je.

Bila kitorang pegi ke tempat baggage, beg kitorang dah takde dah kat situ. Mesti orang2 kat airport tu ingat beg tu tak dituntut. Yelah, mana taknya, dah lama sangat tersadai dalam pejabat imigresen tu. Last2 kitorang pi cari mamat imigresen tu dan suruh dia cari beg kitorang huahauuaau. Bila dah jumpa tempat beg, sekali lagi aku rasa macam nak maki orang. Mana taknya, roda beg aku dah terkopak. Jibaok betoiiii... Mujurlah masih boleh bergerak lagi, kalau tak macam mana aku nak tanggung beg tu. Jawab! Jawab! Disebabkan beg masih boleh bergerak walaupun terpaksa tarik dan angkat pelan2 supaya tak tercabut, aku pun malas la nak pegi complaint dekat kaunter airport tu. Cuma terfikir nak sampai ke Amsterdam Central dan nak tido je. Mood totally zero.

Saturday, July 9, 2011

Gelak Khas



Dah lama rasanya tak gelak kuat2. Gelak kuat2 ni maksudnya kau gelak bagai nak rak di khalayak ramai tanpa terpikir pun nak kontrol macho atau kontrol cun walaupun orang2 di sekeliling pandang kau semacam jer.

Yer, tak dinafikan buat perangai macam tu memang buruk dipandang. Tak kiralah kau anak dara sunti ke mahupun teruna suci. Apatah lagi kalau kau tu mak/bapak orang kan. Tapi sekali sekala buat macam tu, rasa macam ok je. Aku le yang rasa ok. Orang sekeliling mesti rasa macam nak je baling kerusi kat kau kan.

Minggu ni 3 kali aku dapat buat perangai tak senonoh gitu di khalayak ramai secara berjemaah. Kali pertama di Foodcourt Teja, Presint 9 dengan kawan2 lama. Mulanya tak plan pun nak jumpa + makan beramai2 sebab aku hanya janji nak makan berdua je. Tup2 sampai kat sana kebetulan lagi 5 orang kawan aku pun turut makan kat sana. So, alang2 dah jumpa kan, bergabung meletop le jawabnya. Nak2 lagi bila ada mak hayam. Macam2 le kisah dan cerita yang keluar. Bila sekali terkeluar cerita lawak, terus masing2 gelak sampai nak terkoyak bibir. Tak kiralah kau anak dara sunti ke, anak teruna suci ke, malah mak mahupun bapak orang pon masing2 gelak lupa diri. Best!

Kali kedua pulak kejadian berlaku di Secret Recipe Diplomatik. Kali ni berempat. Mula2 ok jer, semua behave. Tapi dah lama2 bila masing2 saling kutuk mengutuk masing2, kuar le ayat2 yang memang tak boleh tahan kalau tak gelak. Apa lagi, bergema le gelak ketawa dalam Secret Recipe yang saiznya hanya sekangkang kera tu. Ahhh tak peduli. Yang penting, bila benda tu lucu, gelak harus bersungguh2 supaya sampai maksudnya.


Kemudian, sesi gelak ketawa disambung pula di Selera Putra dengan kawan2 yang lain. Berlima kali ni. Dah le mengadap Masjid Putra, tapi masing2 bercerita/mengumpat/bergelak ketawa sampai lupa diri. Mujur aku tak mengadap masjid, aku duduk mengadap kedai. Kiranya masjid kat tepi aku lah. Kalau kena panah petir aku mesti kena sikit je kot berbanding kawan aku yang betul2 mengumpat berhadapan masjid kan. Boleh gitu? Hehehehe. Nasib baikla masing2 yang lupa diri tu disedarkan dengan laungan azan Maghrib. Kalau tak, confirm dah kena panah petir.

Best pulak dapat gelak ketawa tanpa had dan tanpa sekatan ni. Biasanya kalau gelak pon cover2 atau control2 je. Tak pun gelak bagai nak rak, tapi secara maya (YM/FB/SMS) je. Mana lepas kan gelak gitu. Tak puas. Sekarang kan program Maharajalawak dah takde, so memang takde peluang la lagi nak gelak2 bila tengok tv sampai berair mata.

Monday, July 4, 2011

Cintaku Tertinggal di Malaysia

Ke mana saja pun aku pergi, Malaysia tetap di hati. Bila dapat menjejak kaki kembali ke bumi Malaysia, rasa girangnya di hati. Betullah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tetap negeri sendiri gak yang best. Tapi sepanjang kat Eropah, 2 hari aku berjalan dalam hujan, tapi takde emas pon. Tipuuu...

Antara perkara2 pertama yang aku buat bila sampai di tanah air.


1. Sampai je kat rumah, buka2 je pintu terus kena terkam dengan kucing aku. Kesian dia, 3 hari keseekoran tanpa siapa di sisi menemani sebab housemate aku kena outstation selama 3 hari. Bila aku masuk je, mula la dia buat perangai nak panjat, gigit, cakar sana sini. Rindu kat kitorang gamaknya. Mujurlah dia pandai jaga diri, so pasni bleh je tinggal lagi tanpa risau heeheheh.

2. Seperti tiap2 kali ke luar negara, bila balik Malaysia je mulalah aku mengidam macam2 jenis makanan. So, untuk persediaan awal kali ni aku makan siap2 semua jenis makanan yang aku rasa agak2 teringin nak makan sebelum pergi ke luar negara.

Balik je sini, terus aku pegi rumah kawan aku, merasa masakan mak dia. Maklumlah nasi kat negara luar memang tak sama keenakannya dengan kat Malaysia. Perut Melayu katakan, nak buat cemana. Walaupun dalam kapal terbang dihidangkan dengan nasi beriyani dan nasi lemak, tapi tetap tak puas. Bila dah dapat makan tu, lega rasanya. Baru la terasa aku kembali jadi orang Melayu heheeheh.


Lagi satu makanan yang selalu aku mengidam/teringin ialah sate. Padahal sebelum pegi aku dah makan sate puas2. Alang2 kawan aku ajak makan lagi, pucuk dicita sate yang mendatang le kan. Fuhhh nikmat rasanya.


3. Shopping. Walaupun sekadar membeli barangan dapur, tapi tetap rasa puas dapat amik barang dan masukkan dalam troli. Yelah, kalau kat luar nak bayar jenuh nak kira duit dulu. Tu belum congak lagi bila diconvert dengan duit Malaysia. Kalau asik convert je, alamatnya nak beli pun gigil tangan.


Yang bestnya waktu aku shopping kat Giant Seri Kembangan tu, ada le 4 - 5 orang budak lelaki dan seorang budak pompuan dalam lingkungan umur 23 - 25 dok buat promosi beg shopping. Diorang bagi le beg tu kat aku sehelai, tapi kena jawab dulu lah survey yang diorang buat. Yang tak tahannya, bila kena isi kat ruangan umur. Aku dengan jujurnya bagitau le umur aku yang betul. Tapi diorang sume tak caya. Siap datang tengok muka aku dekat2 plak tu. Siot betul. Bila aku jeling je kat borang tu takde pulak mintak nombor IC, so aku pun bagitau je lah umur 27. Pun diorang kata aku tipu. Last2 aku cakap umur 25, baru diorang nak percaya. Hahahahah bukan salah aku pun, aku dah cakap betul, sapa suruh diorang tak caya.


Tapi tempat shopping yang paling aku rindui sudah semestinya di Sogo dan Jalan TAR. Masuk Harrods yang gile babi punye best dan sales sampai 70% pon aku tetap jugak teringat kat Sogo. Bila dapat pergi shopping sempena Karnival Jualan Mega ni, terus rasa senang hati huhuhuhuu.


4. Maharajalawak. Haa yang ni tetiba je aku rindu waktu tengok kawan aku mengadap Maharajalawak kat youtube di rumah beliau. Aku sempat tumpang sekaki tengok satu show je malam tu sebab kepenatan. Kebetulan time tu dia buka persembahan Sepah yang buat sketsa Manisnyaaa Kurma Ini. Terus aku rasa nak balik Malaysia time2 tu jugak, tak sabar nak tengok Maharajalawak walaupun time tu baru masuk malam pertama di Paris.


Tu je la kot biasanya benda2 yang aku rindu nak buat bila di perantauan. Yang lain2 tu biasa2 je la. Selama aku dok jalan2 ni, aku berazam nak jejakkan kaki ke kota London. Kiranya selagi tak sampai di London tu, macam tak lengkap le sesi jalan2 buang duit aku nih. Kalaulah nak suruh aku pencen jalan2 pun, aku hanya akan pencen setelah berjaya sampai di London. Tapi... bila dah sampai sana, lagi semangat plak aku nak jenjalan lagi jauh. Cemana tu? (Mak... sila kawenkan anakmu ini dengan jutawan please!!!)