Monday, July 4, 2011

Cintaku Tertinggal di Malaysia

Ke mana saja pun aku pergi, Malaysia tetap di hati. Bila dapat menjejak kaki kembali ke bumi Malaysia, rasa girangnya di hati. Betullah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tetap negeri sendiri gak yang best. Tapi sepanjang kat Eropah, 2 hari aku berjalan dalam hujan, tapi takde emas pon. Tipuuu...

Antara perkara2 pertama yang aku buat bila sampai di tanah air.


1. Sampai je kat rumah, buka2 je pintu terus kena terkam dengan kucing aku. Kesian dia, 3 hari keseekoran tanpa siapa di sisi menemani sebab housemate aku kena outstation selama 3 hari. Bila aku masuk je, mula la dia buat perangai nak panjat, gigit, cakar sana sini. Rindu kat kitorang gamaknya. Mujurlah dia pandai jaga diri, so pasni bleh je tinggal lagi tanpa risau heeheheh.

2. Seperti tiap2 kali ke luar negara, bila balik Malaysia je mulalah aku mengidam macam2 jenis makanan. So, untuk persediaan awal kali ni aku makan siap2 semua jenis makanan yang aku rasa agak2 teringin nak makan sebelum pergi ke luar negara.

Balik je sini, terus aku pegi rumah kawan aku, merasa masakan mak dia. Maklumlah nasi kat negara luar memang tak sama keenakannya dengan kat Malaysia. Perut Melayu katakan, nak buat cemana. Walaupun dalam kapal terbang dihidangkan dengan nasi beriyani dan nasi lemak, tapi tetap tak puas. Bila dah dapat makan tu, lega rasanya. Baru la terasa aku kembali jadi orang Melayu heheeheh.


Lagi satu makanan yang selalu aku mengidam/teringin ialah sate. Padahal sebelum pegi aku dah makan sate puas2. Alang2 kawan aku ajak makan lagi, pucuk dicita sate yang mendatang le kan. Fuhhh nikmat rasanya.


3. Shopping. Walaupun sekadar membeli barangan dapur, tapi tetap rasa puas dapat amik barang dan masukkan dalam troli. Yelah, kalau kat luar nak bayar jenuh nak kira duit dulu. Tu belum congak lagi bila diconvert dengan duit Malaysia. Kalau asik convert je, alamatnya nak beli pun gigil tangan.


Yang bestnya waktu aku shopping kat Giant Seri Kembangan tu, ada le 4 - 5 orang budak lelaki dan seorang budak pompuan dalam lingkungan umur 23 - 25 dok buat promosi beg shopping. Diorang bagi le beg tu kat aku sehelai, tapi kena jawab dulu lah survey yang diorang buat. Yang tak tahannya, bila kena isi kat ruangan umur. Aku dengan jujurnya bagitau le umur aku yang betul. Tapi diorang sume tak caya. Siap datang tengok muka aku dekat2 plak tu. Siot betul. Bila aku jeling je kat borang tu takde pulak mintak nombor IC, so aku pun bagitau je lah umur 27. Pun diorang kata aku tipu. Last2 aku cakap umur 25, baru diorang nak percaya. Hahahahah bukan salah aku pun, aku dah cakap betul, sapa suruh diorang tak caya.


Tapi tempat shopping yang paling aku rindui sudah semestinya di Sogo dan Jalan TAR. Masuk Harrods yang gile babi punye best dan sales sampai 70% pon aku tetap jugak teringat kat Sogo. Bila dapat pergi shopping sempena Karnival Jualan Mega ni, terus rasa senang hati huhuhuhuu.


4. Maharajalawak. Haa yang ni tetiba je aku rindu waktu tengok kawan aku mengadap Maharajalawak kat youtube di rumah beliau. Aku sempat tumpang sekaki tengok satu show je malam tu sebab kepenatan. Kebetulan time tu dia buka persembahan Sepah yang buat sketsa Manisnyaaa Kurma Ini. Terus aku rasa nak balik Malaysia time2 tu jugak, tak sabar nak tengok Maharajalawak walaupun time tu baru masuk malam pertama di Paris.


Tu je la kot biasanya benda2 yang aku rindu nak buat bila di perantauan. Yang lain2 tu biasa2 je la. Selama aku dok jalan2 ni, aku berazam nak jejakkan kaki ke kota London. Kiranya selagi tak sampai di London tu, macam tak lengkap le sesi jalan2 buang duit aku nih. Kalaulah nak suruh aku pencen jalan2 pun, aku hanya akan pencen setelah berjaya sampai di London. Tapi... bila dah sampai sana, lagi semangat plak aku nak jenjalan lagi jauh. Cemana tu? (Mak... sila kawenkan anakmu ini dengan jutawan please!!!)