Tuesday, May 24, 2011
Cemas Lagi
Sunday, May 22, 2011
Cemas!!!
1. Weyy kau apa citer? Kau bikin suspennnnn nie
2. Adik kau eksiden ke?
3. Kau sebut patah2, kena masuk spital, kira kritikal gak le. Mau kami tak risau
4. Harap hang ok la, cepat2 sehat. Kami semua pakat risau dok tertanya2, amek berat gak pasal hang. Selamat berehat kat spital tu, semoga bertemu jodoh dengan doktot. (ayat last ni aku suka hehehe)
5. Hang kat HUKM ke? Pasai apa? Hang ok ke dak?
6. Hang masuk wad ka? Take care tau
7. Hang sihat tak?
8. Sakit ke woi?
9. Hang sihat ke? Awat pi HUKM plak?
10. Ko dah keluar wad ke belum?
Hari pertama belajar cara2 nak buat CPR. Pergkhhh lenguh tangan siot dok tekan2 dada manikin tu untuk buat CPR. Balik rumah memang lenguh tangan aku sebelah. Nasib baik tak mabuk alkohol sebab setiap kali nak buat CPR kitorang kena lap mulut manikin tu yang penuh dengan air liur masing2 dengan alkohol untuk membersihkannya.
Waktu buat CPR untuk baby ok la skit. Guna jari je, tak perlu la lagi menggunakan kekuatan badan dan tangan untuk menekan dada "pesakit". Then belajar juga cara2 nak handle pesakit/baby yang tercekik.
Sesi sebelah petang pulak belajar cara2 untuk membalut mangsa yang mengalami luka dan patah. Oh sebelum tu ada sesi dengan seorang doktor. Dia bagi lecture je lah. Kejap je, dalam masa 15 minit dah habis. Doktor tu muda la, dan agak menarik dipandang. (Kalau puteh dan kurus je, dan2 menarik hehehe). Cumanya lecture beliau agak bosan sikit la. Beliau pun kelihatan malu2 je. Nasib baik kejap. Kalau lama, harus semua tertido atas kerusi.
Waktu belajar teknik mengikat mangsa yang patah pulak, group aku dok buli MA sorang tu. Hahahah... beliau sangatlah lemah lembut (bukan lembik), sopan santun dan pemalu. Silap besar le, dia dapat group perempuan 6 orang yang tak sayang mulut punye spesis ni. Kesian dia, tersipu2 malu sampai merah muka.
Then, penutup untuk hari ni kitorang belajar balutan untuk luka. Haaa kali ni amik kesempatan pedajalkan kawan aku plak. Dah MA2 kat situ nak sangat tengok macam mana kitorang balut, hambikkk... terus kawan aku jadi mangsa yang cedera parah kitorang kerjakan hehehee.
Keluar dari kelas, on the way nak balik nampak le seorang mangsa yang ala2 nazak kat atas katil. Ahli2 keluarga penuh dok kerumun katil tu. Tak taulah bagaimana nasib beliau. Harap2 masih bernafas dan masih boleh melihat dunia ni la hendaknya.
Saturday, May 14, 2011
Akhirnya...
Friday, May 6, 2011
Mari Berjuang
Petang ni aku akan bertanding dalam pertandingan boling dengan office jiran aku. Perlawanan persahabatan jer. Err kalau perlawanan persahabatan dapat pingat emas tak? Sebenornya aku tertipu. Diorang kata saja nak main suka2 jer, so aku pun ok je la join. Tup2 rupa2nya nak lawan antara office. Siot jer. Argkhh... lenkali cakap le awal2. Bleh le aku ajak Zulmazran Zulkifli jadi coach aku kan. Huhhh... Kalau kalah sila jangan maki aku yer. Harap2 peminat di Malaysia tak salahkan aku nanti. Kepada sesiapa yang nak menonton aku secara langsung, memang takde tunjuk kat tv. Kena pegi Alamanda je tengok. Jangan lupa bawak sepanduk ok.