1. Akhirnya cuaca panas melampau berlalu jua setelah seminggu aku umpama cacing kepanasan. Kemuncaknya pada hari Ahad lepas le. Menggeletis satu badan kepanasan. Dok kat rumah pakai baju sesikit yang mungkin dengan kadar kelajuan kipas selaju yang mungkin serta mandi sekerap yang mungkin.
Aku juga terpaksa berkurung dalam rumah selama 2 hari berturut2 sepanjang cuti hujung minggu. Langsung tak keluar walaupun pada hari Sabtu kawan aku nak datang Putrajaya ajak lepak. Last2 beliau pun tak jadi datang. I'm sorry...
Aku juga terpaksa tidak hadir ke majlis sambutan Hari Ibu bersama2 mak kawan aku yang diadakan di One Utama. Memang le rugi sebab tak dapat makan dengan lazatnya di restoran kegemaran kitorang iaitu Restoran Peranakan di sana. Terpaksa bagi alasan yang munasabah (tapi aku tak menipu tauuu) untuk tidak keluar dari rumah akibat tak sanggup mengharungi cuaca yang panas terik dari Putrajaya ke One Utama. Memanglah dalam kereta ada aircond, tapi cuaca yang panas terik tu akan buatkan kita jadi letih dan tak selesa. So, lebih baik duk di rumah diam2. I'm sorry makcik...
Seperti dulu2, aku pun balik dari office agak lewat untuk mengurangkan cuaca panas sepanjang perjalanan. Yelah, kalau panas kan letih. So, biarlah redup sikit baru balik ke rumah.
Sempat juga menghilangkan kepanasan di badan dengan terjun kolam bersama kawan2 aku. Nak lagi best kitorang pegi time hari bercampur2 laki dan wanita. Kalau hari Selasa dan Khamis memang dikhaskan untuk wanita saja. So, di samping menyejukkan badan, dapat juga mencuci mata dengan pemandangan2 yang hot di dalam kolam. Mana tak hotnya, Waktu kitorang sampai dalam kolam tu ada lebih kurang 30 orang jejaka yang separuh bogel (pakai seluar renang la). Pergkhhh... merah pipi I menahan malu2. Nak2 plak time diorang selamba je tukar2 seluar di khalayak. Sampaikan kitorang boleh tau le mamat ni spender colour apa, mamat tu pakai boxer ke, brief ke, thong ke.
Tapi kitorang takdela terjun dalam satu kolam bersama2 semua jejaka tu. Kang aku asik menyelam tak timbul2 plak kang. Kitorang pilih kolam kedua yang sederhana dalam. Sesuailah untuk orang2 yang tak reti berenang macam kitorang ni. Dalam kolam ni kitorang bertiga dan termasuklah seorang lagi perempuan bersama2 dua orang anak dia. So, memang selesa lah. Boleh berenang dan kuak lentang tanpa ragu2 dan malu2.
Hari Khamis hujan turun dengan agak lebatnya. Fuhhh akhirnyaaa... cuaca panas melampau berlalu jua.
2. Akhirnya aku terpaksa berpindah office jua setelah menanti dengan penuh teka teki dan kontroversi. Maka tamatlah juga sesi pegi keje, mengangkang di office dan balik ke rumah. Lepas ni hidup rutin hidup aku akan berubah le nampaknya. Takde la lagi nak mengangkang 24 jam di office dan mengadap bos paling banyak pun 2x dalam seminggu seperti dulu. Pasni sah2 bos aku akan berada je di office sepanjang waktu bekerja. Takdela lagi aku jadi pasu bunga di office dan buat kerja sebulan sekali je. Dan yang penting... takde lagi la bos aku yang baik hati, lemah lembut dan penyayang tu huhuuuu. Sadis gila waktu jumpa beliau dan bagitau yang aku dah tak akan berada sebumbung dengan beliau lagi. Rasa nak menitik air mata time cakap tu. Apatah lagi tatkala memandang wajah kebapaan beliau yang terkejut dengan berita tu.
Mana tak sedih, biasanya aku yang ditinggalkan bos (sama ada bos bertukar atau pencen). Tapi kali ni aku pulak yang tinggalkan bos. "Pemergianku ini tak ku relai salam maaf permisi ku undur diri."
Korang jangan terkejut kalau lepas ni aku jarang online YM dan FB. Apatah lagi nak update blog. Mungkin aku update blog seminggu sekali je la kot. Entahlah, aku pun tak tau lagi macam mana hidup aku lepas ni. Cuma itu je lah benda2 yang aku boleh bayangkan akan berlaku.
3. Akhirnya filem yang aku tunggu2 untuk tahun ni iaitu Kongsi dah keluar dan aku pergi menonton pada hari pertama ditayangkan. Fullhouse. Nak beli tiket pun sikit punye seksa. Siap sampai hari Sabtu dah penuh. Ni mesti gara2 sume tergila2kan si Sam la ni kan. Reviewnya, ada part yang ok, ada part yang lawak, ada part yang agak kabur penggunaan kameranya dan ending yang mati terkejut. Bukan hero mati terkejut, tapi cite tu habis terkejut. Ramai yang kata tak faham jalan citenya, tapi aku faham je. The rest pegi tengok sendiri lah. Malas nak cite.
4. Akhirnya Malaysia menang juga ke atas Korea Selatan setelah tewas berturut2 dalam Piala Sultan Azlan Shah. Paling tension sebab kalah di saat2 akhir walaupun sepatutnya boleh seri waktu lawan dengan Australia dan New Zealand. Namun malangnya waktu Malaysia meraikan kemenangan tu aku tak dapat menonton perlawanan tu sebab aku pegi tengok filem Kongsi. Bila aku sampai kat rumah je, buka2 pintu tengok2 housemate aku dah senyum kegembiraan melompat2 sebab Malaysia menang. Elok aku buka kasut je, siren penamat perlawanan pun dah dibunyikan. Sekali lagi aku kena tunggu tengok ulangan le nampaknya.
Hari ni adalah hari terakhir nak tengok Malaysia bertarung sebab esok pertandingan ni pun akan menutup tirainya. All the best to all of you walaupun hajat kita nak berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik telah berkecai. Takpe, cuba lagi tahun depan ok.
5. Akhirnya Amir tersingkir jua dalam pertandingan Maharaja Lawak setelah asik selamat je tiap2 minggu. Lega, pasni tak perlu lagi dah aku nak mengadap lawak tak menjadi dari beliau. Harap2 dalam undian masuk nanti takdela sedara mara mahupun kawan2 serta peminat fanatik beliau akan undi habis2an. Tak sanggup aku nak tengok lagi ok.
6. Akhirnya berjaya juga aku update blog ni setelah lama terabai.