Semalam bermulanya pertandingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2011 di Ipoh. Iskkk... ngapelah buat kat Ipoh, kan best kalau buat kat Jalan Duta. Dah nama pun Piala Sultan Azlan Shah, mestila buat kat Perak. Lain le kalau nama Piala Menteri Wilayah Persekutuan. Itu pon tak reti ke? Pangggg sedas kepada diri sendiri.

Walaupun tewas, adik Tengku tetap juga menjaringkan gol tunggal Malaysia dan seperti biasa tetap dengan aksi2 lincah beliau. Keep up the good work ok bebeh. Malam ni akak tak dapat nak menonton adik main sebab akak ada agenda yang ingin dilaksanakan. Tapi jangan risau, esok akak tonton ulangan adik main di tv yer.

Petang ni aku akan bertanding dalam pertandingan boling dengan office jiran aku. Perlawanan persahabatan jer. Err kalau perlawanan persahabatan dapat pingat emas tak? Sebenornya aku tertipu. Diorang kata saja nak main suka2 jer, so aku pun ok je la join. Tup2 rupa2nya nak lawan antara office. Siot jer. Argkhh... lenkali cakap le awal2. Bleh le aku ajak Zulmazran Zulkifli jadi coach aku kan. Huhhh... Kalau kalah sila jangan maki aku yer. Harap2 peminat di Malaysia tak salahkan aku nanti. Kepada sesiapa yang nak menonton aku secara langsung, memang takde tunjuk kat tv. Kena pegi Alamanda je tengok. Jangan lupa bawak sepanduk ok.