Sunday, May 22, 2011

Cemas!!!

Minggu lepas aku menghilangkan diri seketika dari office selama 2 hari berturut2. Takdela lari jauh mana pun, sekadar ke Cheras je. Lari pulak ke hospital huahuahauua. Memang tak bleh blah betul. Sempena "kehilangan" tu, banyak la sms yang diterima tak henti2. Ni semua gara2 status kontroversi yang aku letak di FB la tu. Biasalah, aku kan suka buat gempak dan bikin panas, tu pasal aku letak status "check-in at HUKM for 2 days". Hape lagik, terus la aku kena serang dengan komen dan sms bertubi2. Semuanya tertanya2 dan risau takut2 aku yang terlantar kat hospital.

Antara sms yang diterima sewaktu aku tekun mengadap MA dan doktor di Wad Kecemasan HUKM tu:

1. Weyy kau apa citer? Kau bikin suspennnnn nie

2. Adik kau eksiden ke?

3. Kau sebut patah2, kena masuk spital, kira kritikal gak le. Mau kami tak risau

4. Harap hang ok la, cepat2 sehat. Kami semua pakat risau dok tertanya2, amek berat gak pasal hang. Selamat berehat kat spital tu, semoga bertemu jodoh dengan doktot. (ayat last ni aku suka hehehe)

5. Hang kat HUKM ke? Pasai apa? Hang ok ke dak?

6. Hang masuk wad ka? Take care tau

7. Hang sihat tak?

8. Sakit ke woi?

9. Hang sihat ke? Awat pi HUKM plak?

10. Ko dah keluar wad ke belum?


Tu belum masuk kat FB lagik. Siap ada yang inbox tertanya2. Aku plak kebetulan 2 hari tu memang penat sangat, so sempat layan/jawab mana2 yang sempat je lah kat FB tu. Kebetulan pula bateri hp aku kong, lagi la bikin suspen kan. Ada beberapa panggilan telefon yang tak sempat aku jawab. Heheheh

For all those questions being asked, I thank you. I know you love me and so do I. But most of all, I'm sorry. Maaf!!! Maaf!!! Maaf!!! (Bak kata Nabil). Maaf kerana buatkan korang risau dan tertanya2. TAPIIIII!!!... Aku tak pernah tipu korang kan. Believe me, I won't lie to you. Aku hanya cakap aku masuk wad kecemasan HUKM 2 hari, aku mengadap doktor, aku ok, aku sihat, aku terlibat dengan luka, patah, tercekik, sesak nafas, cemas bla bla bla. Tu semua betul. Tak tipu punyerrrr.

Aku masuk wad kecemasan HUKM sebab aku mengikuti Kursus Asas Pertolongan Cemas/Basic Life Support. Kursus tu memang diadakan dalam wad pemerhatian di wad kecemasan tu. Tapi takdela kitorang buat ujikaji kat pesakit situ. Kitorang beraktiviti dalam bilik simulasi je. Walau bagaimanapun tetap kena kontrol suara la sebab kang pesakit2 yang ada dalam tu bertambah sakit la pulak kan. Tapi selalu jugak la terbabas dan lupa diri, tercakap/gelak kuat2 dalam wad tu huhuhuuu.



Hari pertama belajar cara2 nak buat CPR. Pergkhhh lenguh tangan siot dok tekan2 dada manikin tu untuk buat CPR. Balik rumah memang lenguh tangan aku sebelah. Nasib baik tak mabuk alkohol sebab setiap kali nak buat CPR kitorang kena lap mulut manikin tu yang penuh dengan air liur masing2 dengan alkohol untuk membersihkannya.


Waktu buat CPR untuk baby ok la skit. Guna jari je, tak perlu la lagi menggunakan kekuatan badan dan tangan untuk menekan dada "pesakit". Then belajar juga cara2 nak handle pesakit/baby yang tercekik.


Sesi sebelah petang pulak belajar cara2 untuk membalut mangsa yang mengalami luka dan patah. Oh sebelum tu ada sesi dengan seorang doktor. Dia bagi lecture je lah. Kejap je, dalam masa 15 minit dah habis. Doktor tu muda la, dan agak menarik dipandang. (Kalau puteh dan kurus je, dan2 menarik hehehe). Cumanya lecture beliau agak bosan sikit la. Beliau pun kelihatan malu2 je. Nasib baik kejap. Kalau lama, harus semua tertido atas kerusi.


Waktu belajar teknik mengikat mangsa yang patah pulak, group aku dok buli MA sorang tu. Hahahah... beliau sangatlah lemah lembut (bukan lembik), sopan santun dan pemalu. Silap besar le, dia dapat group perempuan 6 orang yang tak sayang mulut punye spesis ni. Kesian dia, tersipu2 malu sampai merah muka.


Then, penutup untuk hari ni kitorang belajar balutan untuk luka. Haaa kali ni amik kesempatan pedajalkan kawan aku plak. Dah MA2 kat situ nak sangat tengok macam mana kitorang balut, hambikkk... terus kawan aku jadi mangsa yang cedera parah kitorang kerjakan hehehee.


Keluar dari kelas, on the way nak balik nampak le seorang mangsa yang ala2 nazak kat atas katil. Ahli2 keluarga penuh dok kerumun katil tu. Tak taulah bagaimana nasib beliau. Harap2 masih bernafas dan masih boleh melihat dunia ni la hendaknya.