Tuesday, May 24, 2011

Cemas Lagi

Hari kedua kursus dimulakan dengan sesi ceramah oleh seorang lagi doktor. Walaupun doktor hari ni tak hensem dan tak sedap mata memandang, tapi sesi bersama beliau sangat best. Doktor ni mengajar berkenaan jenis2 luka, melecur dan renjatan.



Sesi ni memang sangat informatif sebab banyak benda yang dapat dipelajari. Selain mengajar ilmu2 perubatan moden, doktor ni juga sedikit sebanyak memberi input dari sudut spiritual. Memang best lah, langsung tak jemu. Rasa macam pendek je sesi dengan beliau.



Oh ye... tips daripada beliau terhadap orang2 yang nak minta MC daripada doktor, sila jangan gunakan alasan sakit perut. Sebabnya doktor boleh trace sama ada orang tu menghidap sakit perut ataupun tidak melalui mata. Sila bagi alasan lain kalau nak minta MC, tapi bukan sakit perut ok. Ingat tu kawan2 hehehehheeh.

Lepas sesi bersama doktor ni, diteruskan dengan subjek mengangkat mangsa. Macam2 le aksi dan jenis angkatan yang dipelajari. Kiranya lebih kurang sama le dengan apa yang aku belajar waktu kursus Ketahanan Diri dan Asas Menyelamat di Sik tahun lepas. Harusla aku yang banyak jadi mangsa/bahan ujikaji untuk sesi mengangkat ni.

Kemudian kitorang belajar pulak cara2 mengangkat mangsa menggunakan stretcher dan kerusi sambil menaiki/menuruni tangga. Pun lebih kurang macam lanjutan daripada kursus di Sik tu lah. Tapi kali ni menggunakan peralatan dan bahan yang lengkap berbanding tahun lepas di mana kitorang belajar menggunakan bahan2 yang terhad. Abis, dah kata pun sesat dalam hutan, celah mana nak cari stretcher kan.

Sesi petang pulak kitorang kena buat ujikaji situasi cemas. Kiranya macam ujian nak tengok sama ada kitorang boleh atau tidak beri bantuan kecemasan mengikut jenis sakit yang dihidapi. Yelah, kang kalo orang tu sakit lain, lain pulak bantuan/rawatan yang dibagi, mau mati terus orang tu kan. Rasa macam dalam cite E.R, Grey's Anatomi dan CSI pon ada jugak.

So, kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan akan hadapi situasi cemas/sakit, then kumpulan lain akan bagi pertolongan cemas mengikut jenis sakit/watak sakit yang telah diarahkan oleh MA tu. Aku kena jadi mangsa yang pengsan tapi dah tak bernyawa. Maka jawabnya diorang kena buat CPR le kat aku. Tapi takdela kena tekan dada aku, cuma buat kat patung. Kawan kumpulan aku pulak jadi mangsa sawan. Siap diorang letak ubat apa ntah warna putih, konon2 mulut dah berbuih la. Tu pun jenuh kitorang bertiga bertekak2 berebut sapa nak jadi mangsa sawan, mangsa pengsan mati dan mangsa pengsan hidup. Sume takmau jadi mangsa sawan. Yelah, jenuh nak berlakon buat aksi2 sawan kan. Kalau mangsa pengsan senang, tido jer. Last2 siap cabut undi plak tu. Pening MA tu layan group kitorang.

Lain2 jenis sakit yang dibuat situasi cemas ialah mangsa yang tercekik di kedai makan, panic attack, asma, mangsa bangunan runtuh, kemalangan mat rempit, serangan jantung dan lain2. Kesimpulannya, kalau hadapi situasi cemas macam tu, first aider tak boleh panik. Masalahnya kitorang ni asik panik je. Mana tak panik, dah call 999 tapi sementara nak tunggu ambulan datang konon2nya, dah gelabah tengok mangsa. Ni kalau betul2 situasi cemas tu berlaku, confirm aku orang pertama yang lari dulu hehehehee.

Sesi kursus diakhiri dengan acara penyampaian sijil. Sijil ni kiranya kalau nak mintak jadi sukarelawan ke atau apa2 yang berkaitan dengan bantuan kecemasan memang laku le untuk tempoh 2 tahun. Tapi sijil aku sah2 le aku akan peram je dalam fail huhuhuu. Setakat nak rawat benda2 yang simple untuk diri sendiri rasanya ok la kut.

Esoknya, mak aku pulak call aku tanya ngape aku masuk hospital. Tokojut den, ingatkan mak aku dah ada FB. Yelah, aku gi kursus kat hospital tu mana ada aku bagitau mak pon. Adik aku yang tengah outstation kat Terengganu pun sibuk call gak lepas mak aku call. Rupa2nya mak sedara aku yang call tanya mak aku setelah tengok status aku kat FB anaknya. Huhuhuu... napoknya lepas ni aku takleh le letak status sebarangan kat FB tu. Terlupa plak yang aku ada sedara mara dalam FB huahuahuua.