Tuesday, September 28, 2010

Ada Apa Denganmu

Baru2 ni kecoh pasal kes penempahan nombor plat MCA yang akan keluar tak lama lagi. Konon2nya plat berkenaan tidak akan dibuka untuk orang awam atas arahan orang tertentu. (Mungkin nak simpan untuk ahli2 MCA kot). Dan kes ni telah pun selesai. Nak cerita di sini bukan pasal MCA atau JPJ, tapi pasal plat2 menarik yang menjadi idaman ramai.

Setiap orang mungkin mengabadikan tarikh2 tertentu atau makna2 tertentu yang terkandung di plat kenderaan masing2. Plat kereta aku takde makna pun. Entah apa2 nombor entah yang aku amik. Kebetulan time aku beli kereta tu, nombor best2 semua dah habis, so aku pakai amik je nombor yang ada. Yang aku tau, nombor tu lebih kurang nombor kereta kawan aku.

Di sini ada beberapa contoh nombor plat yang bila diletakkan secara bersambung, menjadi satu perkataan. Agak menarik. Antaranya:

MAF14 - kereta Azhar Sulaiman
BES7
DAH1
CUC1
KAK1
MAW1 - tapi bukan plat kereta Mawi
PAS 46 - ni jadi rebutan bagi ahli PAS dan Semangat 46 suatu ketika dulu
MAX15 - suruh Ananda Krishnan beli nombor ni
NAJ13 - kalau aku jadi PM, aku beli nombor ni heheeh
MES51 - nasib baik Messi tak main bola kat Malaysia, kalau tak confirm dia beli nombor ni

Plat2 yang angka tunggal hingga 3 angka memang menjadi rebutan. Sanggup orang habiskan duit beribu2 semata2 untuk beli nombor cantik. Yelah, kalau dah nombor plat harga puluh2 ribu, takkan nak pakai Kancil je kan? Harusla kereta pun harga taknak kalah, beratus2 ribu.

JJJ 777 memang cantik nombor ni. Kalau tak silap milik bapak mentua aku... eh salah, bapak mentua Juliana Banos punye nih. Entah berapa ribu lah dia beli. Tapi padanla dengan kereta dia.

Agak2 la kan, ada tak orang yang sanggup berhabis duit nak beli nombor plat ni?

BAB1
PUK1
TAH1
PEN15
BUR17
MAK1
PAN747
PAL47
MAL45
MAT1
NAJ15

Tetiba aku rasa macam melucah plak hehehehe... Tak kisah la nombor cantik ke tak, nombor murah ke mahal, semua terpulang kepada kehendak dan kemampuan masing2.

p/s: Aku nak beli plat JUE 2010 le, tapi kena pi Johor plak. Takpela, tak dapat nombor tu, dapat kawen dengan pemilik BKQ 6 pon dah ok muhahahaahahahaha

Sunday, September 26, 2010

There's a Hero If You Look into Your Heart

Yes!!! Yes!!! YES!!!... Finally... my hero won against his biggest enemy, Lin Dan at BWF Superseries Japan Open 2010. See... you can do it babe! Everything is all about pressure and mental strength. The bigger tournament comes with bigger pressure and high hopes from everyone in Malaysia which will surely burdening him. Of course every player aims to win every game he/she is fighting but some times LUCK is also playing its role after all the hard works, trainings, tears, sweat, blood, pains and all the sacrifices being done.

Fuhhh... aku dah macam jurucakap Dato' le pulok. Perlawanan akhir menentang Lin Dan ni aku tak tengok pun sebab rumah aku kan takde channel sport. Nak harap RTM, memang takde la kan. Terpaksalah aku mengadap livescore di internet untuk mengikuti perkembangannya. Sebelum game bermula, sempat jugalah aku chatting dengan Rosman Razak, jurulatih badminton yang kebetulan sedang online FB beliau. (ceh macamla beliau sempat nak sampaikan pesanan aku kat Dato' pun). Sempat lagi mamat ni dok layan FB sementara nak tunggu giliran untuk masuk ke gelanggang bersama2 Rexy Mainaky bagi perlawanan yang melibatkan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menentang Fu Haifeng/Cai Yun.

Rupanya menonton livescore ni pun tak kurang debarnya macam menonton kat tv jugak. Bezanya takde pemain, cuma mata diorang je bergerak. Bukan biji mata okeh, mata perlawanan lah. Kira main agak2 je lah macam mana kedua2 pemain saling berentap. Ikut imaginasi sendiri. Waktu game ketiga, tatkala mata ke-21 berhenti pada nama Dato', aku dah sengih sampai ke telinga dah. Gile happy dengan kejayaan ni. Tapi malangnya kegembiraan ni tak dapat dikongsi dengan kawan dan adik aku sebab hp aku kehabisan bateri sejak malam semalam dan charger pula aku tinggal kat office. Terpaksalah aku meraikannya sorang2.

Memanglah ini superseries saja bukannya World Championship, Thomas Cup mahupun Olympic Games. Takde apa yang nak dibanggakan sangat sebab dah selalu sangat Dato' menang superseries. But it's against Lin Dan ok! Lin Dan!!! Kalau mengalahkan orang lain langsung aku tak terkejut pun. Tapi nak mengalahkan mamat China yang sombong dan diva ni bukannya senang ok. Nak2 pula beliau baru je pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu World Championship di Paris bulan lalu.

Dato', sila teruskan perjuanganmu untuk Sukan Komanwel New Delhi pula yang akan berlangsung mulai 3 Oktober ni. Tapi rasa2nya halangan yang menanti adalah kacang je bagi beliau sebab takde pun top world ranking players yang terlibat sebab kebanyakannya bukanlah berasal dari negara Komanwel. Habis kuat pun pemain tuan rumah je. No worries...

p/s: kemain lagi Lo Kong ni. Rambut, baju dan raket sama warna. Aku nak warna rambut bagi sama dengan Dato' gak le. Baru sehati sejiwa gitu ahaksss.

Saturday, September 25, 2010

I'm Watching... Watching

Bulan puasa langsung tak jejak kaki ke pawagam. So habis je puasa, aku terjah ke GSC Alamanda untuk menonton. 2 buah filem menjadi pilihan kali ni iaitu filem komedi 4 Madu dan filem muzikal Magika. Dua2 mempunyai genre yang berbeza dan jalan cerita yang langsung tak sama. Oleh itu adalah tidak adil untuk membandingkan kedua2 filem ni. Walau bagaimanapun diakui filem Magika mempunyai tarikan yang tersendiri dan lain dari kebiasaan filem2 Melayu yang sedia ada. Sampai hari ni aku terngiang2 lirik lagu "nak ke mana kamu bertigaaa..." dan masih ternampak kehenseman M Nasir di sebalik rambutnya yang putih memegang watak Naga Tasik Chini tu. Kepada peminat2 filem Melayu yang ingin merasai kelainan menonton filem Melayu, bolehlah menonton filem ni.


Wednesday, September 22, 2010

Anak Muda di Rantauan Semuanya Pulang ke Desa

Putrajaya – SP

Jam 4 pagi aku dah get ready meninggalkan rumahku syurgaku. Lepas ambil kawan aku di blok sebelah, kitorang bertiga bersahur kat kedai mamak depan rumah aku pekena roti canai sorang sebiji bertemankan hujan. Rasa macam dah lama aku tak telan roti canai.

Pukul 5 pagi perjalanan dimulakan dengan cuaca yang agak dingin dan gelap akibat hujan. Dari Putrajaya menuju ke Kuala Lumpur dan seterusnya menaiki Lebuhraya Utara Selatan pergerakan agak lancar kerana kereta tak banyak. Tapi disebabkan hujan, aku bawa kereta tak laju, setakat 80km/j je. Best ni kalau tido time ni. Sorang kawan aku dah memang selamat dah kat belakang.

Kenderaan kat highway memang tak banyak hari ni walaupun aku dok dengar ramai yang memulakan perjalanan untuk balik ke kampung hari ni. Mungkin separuh dah balik malam tadi dan separuh lagi akan mula bertolak sikit demi sikit bila hari makin cerah kot. Kawan aku yang janji nak konvoi dari Sg. Buloh terpaksa batalkan plan untuk balik bersama2 atas sebab2 yang tak dapat dielakkan dan beliau hanya memulakan perjalanan mulai jam 6 pagi. Kesimpulannya, keadaan di jalan memang tak menunjukkan tanda2 macam musim perayaan. Aku ingatkan raya ditunda ke tahun depan, sebab tak ramai pun yang balik kampung time ni. Terlupa pulak yang cuti sekolah dah bermula, mesti ramai yang dah balik awal. Lega sangat2 dengan keadaan macam ni, heaven di jalan sehinggalah berhenti untuk fresh up di R & R Bukit Gantang.

Lepas menurunkan seorang kawan aku di Alor Pongsu, kitorang berdua meneruskan perjalanan hingga ke Sungai Petani dan berjaya menjejakkan kaki di Sg. Petani pada jam 9.30 pagi. Sampai kat Sg. Petani, terus menuju ke Central Square sementara nak tunggu kawan aku dijemput balik ke Alor Setar. Memandangkan kitorang sampai sangat awal, memang pintu Central Square tu tak buka lagi lah. Mesti guard kat situ ingat kitorang ni tak sabar2 nak shopping raya sampaikan datang sikit punye awal nak tolong buka pintu. Last2 kitorang lepak kat depan tu sambil mengadap laptop ikuti apa yang berlaku kepada Dato’ Sosilawati.

Puas pusing2 satu Central Square tu, dah tak tau nak buat apa sebab dah habis pusing. Sempat la juga dok menahan gelak dan geli menggunakan kerusi urut kat situ. Selama ni dok tengok kerusi2 urut memang tak pernah terlintas pun nak try, tapi dah disebabkan takde apa nak buat, memang belasah juga lah menatang tu. Rupa2nya best jugak la rasa diurut dengan kerusi tu. Kalau harga kerusi tu dalam RM39.90 confirm aku dah angkut 5 biji letak kat rumah. Motif tamak nak sampai 5?

Lepas kerusi urut, kitorang berdua buat show sempena raya. Ye, dah takde keje sangat nak buat, kitorang belasah masuk karoke jamban nyanyi lagu raya huahuahua. Ni kira 1st time la aku berjaya menyumbangkan suara dalam karoke. Kalau sebelum2 ni masuk mana2 karoke dengan kawan2 memang jangan haraple aku nak nyanyi, setakat layan dengar je. Mujur time kitorang keluar dari bilik tu takde orang minta bergambar atau sign autograph sebab tengok budak2 kat bilik sebelah tu macam dok gelak2 je dengar kitorang nyanyi lagu raya. Ke sebab suara kitorang memukau halwa telinga? Pukul 12 lebih barulah aku sampai di rumah setelah kawan aku dijemput oleh suami beliau.

Sampai kat rumah terus layan tv sampai ke petang mengadap perlawanan kelayakan Euro 2012. Maklumla rumah aku kat Putrajaya tu dah takde channel sport, so balik kampung jelah baru aku nak mengadap pasukan Jerman setelah hampir 2 bulan tak jumpa adik Ozil, adik Muller dan abang Klose.


SP – Putrajaya

Perjalanan dimulakan pada jam 2 petang dalam cuaca yang panas dan perut yang kenyang. Situasi macam ni memang mengundang mengantuk. Sekali lagi tindakan bijak yang kitorang ambil dalam memilih hari dan masa perjalanan menyebabkan kepulangan ke ibu kota dalam keadaan yang sama macam balik ke kampung hari tu. Keadaan sangat lancar dan kenderaan pun jumlahnya macam hari biasa, bukan musim perayaan.

Singgah di R & R Tapah untuk membasahkan tekak dan mengosongkan pundi kencing sebelum meneruskan perjalanan. Kali ni giliran aku jadi co-pilot pulak. Time dok kat sebelah pemandu ni lah mata aku dah mula mengantuk berbanding time aku memandu tadi. Tapi ku tahan Jebat. Takkan nak biarkan kawan aku drive sorang2, kang sedar2 aku dah sampai ke Singapore pulak kang. Kat highway ni la aku sempat bertembung dengan kereta perdana bos aku yang telah dijual 2 tahun yang lalu tapi tak nampak pula siapa pemiliknya.

Bila dah masuk ke kawasan Putrajaya, hati masing2 melonjak kegirangan tak sabar nak balik ke rumah. Kitorang singgah makan malam siap2 kat Presint Diplomatik. Disebabkan musim raya, terus rasa sup di kedai Ani Sup Utara tu tak sesedap biasa. Mungkin tukang masaknya masih cuti beraya kot.

Disebabkan tadi sibuk buat lawak bangang dengan kawan aku pasal Dato’ Sosilawati, terus aku rasa seram dok dalam rumah sorang2. Nak2 pulak bila malamnya hujan lebat disertai guruh berdentam dentum. Dah tu, kat tv asyik tayang cite hantu je. Aku pun tak paham apa motif time2 raya ni banyak benor cite hantu kat tv. Langsung tak menggambarkan suasana hari raya.







Monday, September 20, 2010

This Is It

Due to technical problem or in specific words "safety matter", I am now officially will be operating from this new blog. No, it has nothing to do with Dato' Sosilawati and friends' murder, but a personal reason. It's hard to leave the old one which is now 3 years ++, but I have no choice. Starting over from square one is not easy, but I'll slowly adapt the situation.
So everyone (the chosen one), happy reading...