Wednesday, September 22, 2010

Anak Muda di Rantauan Semuanya Pulang ke Desa

Putrajaya – SP

Jam 4 pagi aku dah get ready meninggalkan rumahku syurgaku. Lepas ambil kawan aku di blok sebelah, kitorang bertiga bersahur kat kedai mamak depan rumah aku pekena roti canai sorang sebiji bertemankan hujan. Rasa macam dah lama aku tak telan roti canai.

Pukul 5 pagi perjalanan dimulakan dengan cuaca yang agak dingin dan gelap akibat hujan. Dari Putrajaya menuju ke Kuala Lumpur dan seterusnya menaiki Lebuhraya Utara Selatan pergerakan agak lancar kerana kereta tak banyak. Tapi disebabkan hujan, aku bawa kereta tak laju, setakat 80km/j je. Best ni kalau tido time ni. Sorang kawan aku dah memang selamat dah kat belakang.

Kenderaan kat highway memang tak banyak hari ni walaupun aku dok dengar ramai yang memulakan perjalanan untuk balik ke kampung hari ni. Mungkin separuh dah balik malam tadi dan separuh lagi akan mula bertolak sikit demi sikit bila hari makin cerah kot. Kawan aku yang janji nak konvoi dari Sg. Buloh terpaksa batalkan plan untuk balik bersama2 atas sebab2 yang tak dapat dielakkan dan beliau hanya memulakan perjalanan mulai jam 6 pagi. Kesimpulannya, keadaan di jalan memang tak menunjukkan tanda2 macam musim perayaan. Aku ingatkan raya ditunda ke tahun depan, sebab tak ramai pun yang balik kampung time ni. Terlupa pulak yang cuti sekolah dah bermula, mesti ramai yang dah balik awal. Lega sangat2 dengan keadaan macam ni, heaven di jalan sehinggalah berhenti untuk fresh up di R & R Bukit Gantang.

Lepas menurunkan seorang kawan aku di Alor Pongsu, kitorang berdua meneruskan perjalanan hingga ke Sungai Petani dan berjaya menjejakkan kaki di Sg. Petani pada jam 9.30 pagi. Sampai kat Sg. Petani, terus menuju ke Central Square sementara nak tunggu kawan aku dijemput balik ke Alor Setar. Memandangkan kitorang sampai sangat awal, memang pintu Central Square tu tak buka lagi lah. Mesti guard kat situ ingat kitorang ni tak sabar2 nak shopping raya sampaikan datang sikit punye awal nak tolong buka pintu. Last2 kitorang lepak kat depan tu sambil mengadap laptop ikuti apa yang berlaku kepada Dato’ Sosilawati.

Puas pusing2 satu Central Square tu, dah tak tau nak buat apa sebab dah habis pusing. Sempat la juga dok menahan gelak dan geli menggunakan kerusi urut kat situ. Selama ni dok tengok kerusi2 urut memang tak pernah terlintas pun nak try, tapi dah disebabkan takde apa nak buat, memang belasah juga lah menatang tu. Rupa2nya best jugak la rasa diurut dengan kerusi tu. Kalau harga kerusi tu dalam RM39.90 confirm aku dah angkut 5 biji letak kat rumah. Motif tamak nak sampai 5?

Lepas kerusi urut, kitorang berdua buat show sempena raya. Ye, dah takde keje sangat nak buat, kitorang belasah masuk karoke jamban nyanyi lagu raya huahuahua. Ni kira 1st time la aku berjaya menyumbangkan suara dalam karoke. Kalau sebelum2 ni masuk mana2 karoke dengan kawan2 memang jangan haraple aku nak nyanyi, setakat layan dengar je. Mujur time kitorang keluar dari bilik tu takde orang minta bergambar atau sign autograph sebab tengok budak2 kat bilik sebelah tu macam dok gelak2 je dengar kitorang nyanyi lagu raya. Ke sebab suara kitorang memukau halwa telinga? Pukul 12 lebih barulah aku sampai di rumah setelah kawan aku dijemput oleh suami beliau.

Sampai kat rumah terus layan tv sampai ke petang mengadap perlawanan kelayakan Euro 2012. Maklumla rumah aku kat Putrajaya tu dah takde channel sport, so balik kampung jelah baru aku nak mengadap pasukan Jerman setelah hampir 2 bulan tak jumpa adik Ozil, adik Muller dan abang Klose.


SP – Putrajaya

Perjalanan dimulakan pada jam 2 petang dalam cuaca yang panas dan perut yang kenyang. Situasi macam ni memang mengundang mengantuk. Sekali lagi tindakan bijak yang kitorang ambil dalam memilih hari dan masa perjalanan menyebabkan kepulangan ke ibu kota dalam keadaan yang sama macam balik ke kampung hari tu. Keadaan sangat lancar dan kenderaan pun jumlahnya macam hari biasa, bukan musim perayaan.

Singgah di R & R Tapah untuk membasahkan tekak dan mengosongkan pundi kencing sebelum meneruskan perjalanan. Kali ni giliran aku jadi co-pilot pulak. Time dok kat sebelah pemandu ni lah mata aku dah mula mengantuk berbanding time aku memandu tadi. Tapi ku tahan Jebat. Takkan nak biarkan kawan aku drive sorang2, kang sedar2 aku dah sampai ke Singapore pulak kang. Kat highway ni la aku sempat bertembung dengan kereta perdana bos aku yang telah dijual 2 tahun yang lalu tapi tak nampak pula siapa pemiliknya.

Bila dah masuk ke kawasan Putrajaya, hati masing2 melonjak kegirangan tak sabar nak balik ke rumah. Kitorang singgah makan malam siap2 kat Presint Diplomatik. Disebabkan musim raya, terus rasa sup di kedai Ani Sup Utara tu tak sesedap biasa. Mungkin tukang masaknya masih cuti beraya kot.

Disebabkan tadi sibuk buat lawak bangang dengan kawan aku pasal Dato’ Sosilawati, terus aku rasa seram dok dalam rumah sorang2. Nak2 pulak bila malamnya hujan lebat disertai guruh berdentam dentum. Dah tu, kat tv asyik tayang cite hantu je. Aku pun tak paham apa motif time2 raya ni banyak benor cite hantu kat tv. Langsung tak menggambarkan suasana hari raya.