Saturday, September 25, 2010

I'm Watching... Watching

Bulan puasa langsung tak jejak kaki ke pawagam. So habis je puasa, aku terjah ke GSC Alamanda untuk menonton. 2 buah filem menjadi pilihan kali ni iaitu filem komedi 4 Madu dan filem muzikal Magika. Dua2 mempunyai genre yang berbeza dan jalan cerita yang langsung tak sama. Oleh itu adalah tidak adil untuk membandingkan kedua2 filem ni. Walau bagaimanapun diakui filem Magika mempunyai tarikan yang tersendiri dan lain dari kebiasaan filem2 Melayu yang sedia ada. Sampai hari ni aku terngiang2 lirik lagu "nak ke mana kamu bertigaaa..." dan masih ternampak kehenseman M Nasir di sebalik rambutnya yang putih memegang watak Naga Tasik Chini tu. Kepada peminat2 filem Melayu yang ingin merasai kelainan menonton filem Melayu, bolehlah menonton filem ni.