Yes!!! Yes!!! YES!!!... Finally... my hero won against his biggest enemy, Lin Dan at BWF Superseries Japan Open 2010. See... you can do it babe! Everything is all about pressure and mental strength. The bigger tournament comes with bigger pressure and high hopes from everyone in Malaysia which will surely burdening him. Of course every player aims to win every game he/she is fighting but some times LUCK is also playing its role after all the hard works, trainings, tears, sweat, blood, pains and all the sacrifices being done.
Fuhhh... aku dah macam jurucakap Dato' le pulok. Perlawanan akhir menentang Lin Dan ni aku tak tengok pun sebab rumah aku kan takde channel sport. Nak harap RTM, memang takde la kan. Terpaksalah aku mengadap livescore di internet untuk mengikuti perkembangannya. Sebelum game bermula, sempat jugalah aku chatting dengan Rosman Razak, jurulatih badminton yang kebetulan sedang online FB beliau. (ceh macamla beliau sempat nak sampaikan pesanan aku kat Dato' pun). Sempat lagi mamat ni dok layan FB sementara nak tunggu giliran untuk masuk ke gelanggang bersama2 Rexy Mainaky bagi perlawanan yang melibatkan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menentang Fu Haifeng/Cai Yun.
Rupanya menonton livescore ni pun tak kurang debarnya macam menonton kat tv jugak. Bezanya takde pemain, cuma mata diorang je bergerak. Bukan biji mata okeh, mata perlawanan lah. Kira main agak2 je lah macam mana kedua2 pemain saling berentap. Ikut imaginasi sendiri. Waktu game ketiga, tatkala mata ke-21 berhenti pada nama Dato', aku dah sengih sampai ke telinga dah. Gile happy dengan kejayaan ni. Tapi malangnya kegembiraan ni tak dapat dikongsi dengan kawan dan adik aku sebab hp aku kehabisan bateri sejak malam semalam dan charger pula aku tinggal kat office. Terpaksalah aku meraikannya sorang2.
Memanglah ini superseries saja bukannya World Championship, Thomas Cup mahupun Olympic Games. Takde apa yang nak dibanggakan sangat sebab dah selalu sangat Dato' menang superseries. But it's against Lin Dan ok! Lin Dan!!! Kalau mengalahkan orang lain langsung aku tak terkejut pun. Tapi nak mengalahkan mamat China yang sombong dan diva ni bukannya senang ok. Nak2 pula beliau baru je pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu World Championship di Paris bulan lalu.
Dato', sila teruskan perjuanganmu untuk Sukan Komanwel New Delhi pula yang akan berlangsung mulai 3 Oktober ni. Tapi rasa2nya halangan yang menanti adalah kacang je bagi beliau sebab takde pun top world ranking players yang terlibat sebab kebanyakannya bukanlah berasal dari negara Komanwel. Habis kuat pun pemain tuan rumah je. No worries...
p/s: kemain lagi Lo Kong ni. Rambut, baju dan raket sama warna. Aku nak warna rambut bagi sama dengan Dato' gak le. Baru sehati sejiwa gitu ahaksss.