Wednesday, August 8, 2012

Florence - Pisa - Rome

Kat hostel ni takde breakfast, so kitorang breakfast bekalan makanan yang ada iaitu roti, biskut, megi, coklat dan air milo 3 in 1.  Dimaklumkan bahawa di Italy air paip adalah selamat untuk diminum.  Memang kalau minta kat hotel pun nak air kosong diorang tadah air kat sinki je bagi kat kitorang. Oleh itu, masak megi pagi ini ialah menggunakan air panas dari sinki saja.  Asalkan megi kembang dan kenyang untuk santapan, apa adahal minum air paip pun dah memang orang sana minum air paip kan.  Makan megi di negara orang memang terasa 3x lebih sedap daripada biasa.  Maklumla kalau kat Malaysia mana nak layan megi sangat kan kecuali kemalasan tahap menggunung.

Lepas dah kenyang, kitorang pun naik bas dari Florence ke Galileo Galilei Airport, Pisa.  Perjalanan seterusnya bukan naik kapalterbang tau, tapi memang bas yang mengambil masa sejam tu akan tiba di airport.  Dari airport naik local bus untuk ke tempat yang tersohor di Pisa ni iaitu Leaning Tower.  Kejap je naik bas tu, dalam 10 minit sampai lah.

Cuaca sangat cantik, pemandangan pun indah hari ni.  So, dapat amik gambar dan bergolek2 di padang depan Pisa Tower tu dengan gumbiranya.  Pelancong memang ramai la kat sini.  Kagum kejap sambil fikir2 macam mana menara yang dibina tegak tu boleh condong dengan sendirinya.  Nak baca lebih lanjut pasal menara ni, korang google la sendiri.


Lama gak le lepak2 kat sini bersiar2, makan, ambil gambar dan usha2 barangan yang dijual.  Barangan kulit murah le kat sini.  Bila balik menyesal pulak tak beli beg2 kulit asli yang dijual dengan kadar yang berpatutan.  Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian apa pun tak dapat huhuuuuuu.

Balik dari Pisa kitorang meronda2 di bandar Florence melawat tempat2 tumpuan pelancong.  Sebenarnya Florence ni takde la apa sangat, sehari pun dah cukup kat sini. 


Yang menjadikan Florence ni popular ialah sebab kebanyakan orang singgah di sini untuk ke Pisa Tower tu dan juga patung David yang dibina oleh Michealangelo.  Ni ha si David ni...


Dah habis semua tempat2 menarik dilawati, terus kitorang ke stesen bas untuk ke destinasi berikutnya.  Sementara tunggu bas jalan, kat sini sekali lagi lah aksi2 18sx muncul kembali.  Kali ni lagi banyak pasangan sampaikan dah tak tau nak letak mata ke mana dah.  Pusing kiri ada, pusing kanan ada, pandang depan ada... layan je lah.  Driver bas pon relaks je dok tengok diorang cemolot kat sebelah dia.

Dari Florence ke Rome mengambil masa 3 jam je.  Banyak juga stesen untuk turunkan penumpang dan akhir sekali hanya 4 orang je penumpang menuju ke Rome iaitu kitorang bertiga dan seorang lagi mamat tak tau dari mana tapi muka oriental la.

Turun2 je bas dah terasa kesejukan.  Jalanraya dah mati dah, kawasan sekitar sunyi je.  So, tinggalkan kawan aku sorang kat stesen bas bersama beg2, aku dengan lagi sorang kawan cari jalan menuju ke stesen tren.  Disebabkan dah lewat malam, malas dah le nak booking hostel.  Malam2 camgini orang yang jaga hostel pun sah2 dah balik rumah kan.

Bila dah jumpa port kat stesen tren yang terletak berhadapan dengan stesen bas tadi, kitorang pun patah balik ambil beg dan terus ke tingkat bawah stesen tren tu, lepak2 kat kerusi sementara nak tunggu siang.  Kawasan tren ni luas juga, tapi bukannya tertutup macam KL Sentral tu, dia tutup kat tepi je, kat bahagian tengah open air.  Ada le 7 - 8 orang yang sampai lebih awal dari kitorang dah siap2 tido kat kerusi2 yang ada tu. 

Baru 10 minit duduk kat situ, dah mula masing2 ketap gigi, sejuknya makin terasa.  Tapi baru pukul 12 lebih time tu, adoiii lambat la pulak.  Dalam kesejukan tu, cuba gak le aku pejam mata, tapi hanya mampu bertahan 5 minit, takleh tido.  Kawan2 aku pun aku tengok tak tido, dok baca buku sambil tahan sejuk.  So, aku pun amik la juga novel yang dibawa.  Kejap baca kejap pejam mata, tapi jarum jam punyelah slow bergerak.  Seksa zahir dan batin nak menunggu ke pagi dalam keadaan sejuk macam ni.  Disebabkan dah tak tahan sangat dok kat kerusi tu, kitorang terpaksa le ubah port ke tepi lif.  Kat kawasan ni macam bertutup sikit, so kurangla sejuk.  Letak beg tepi pintu lif, bentang suratkhabar maka masing2 pakat landing tido + baca buku sambil berhimpit2 untuk dapatkan haba badan masing2.  Dah serupa golongan gelandangan dah aku tengok, merempat tepi pintu lif.  Apa nak buat, tak tahan sejuk.  Agak2 bila sejuk sikit, kitorang masok dok dalam lif tu dalam 2 - 3 minit, pastu keluar balik.  Yela, dalam lif tu panas. 

Sedar tak sedar habis satu novel tebal tu aku baca tapi hari masih belum pagi lagi.  Adoiii.. nak menangis rasanya, dah le cite dalam novel tu sedih ya amat, menitik jugakla air mata aku sebab sedih + sebab sejuk tak tahan.

Pukul 5 pagi dah cerah dan pekerja2 di stesen pun dah muncul maka cahaya kegembiraan menjelma di muka masing2.  Tren pertama untuk ke Termini Station pukul 6.20 pagi.  Sempat la buat lawatan ke bilik air dulu.  Naik2 je ke atas tempat untuk naik tren, tengok2 ada vending machine.  Dapat pekena kopi memang lega gila.  Sekurang-kurangnya terasa air panas ke tekak tu dapat menghilangkan sikit kesejukan yang ditanggung sejak malam tadi.

Tuesday, July 31, 2012

Venice - Florence

Pagi ni breakfast kat hotel.  Kalau kita biasa akan ditanya "tea or coffee?" tapi kali ni dia tanya "cappucino or chocolate".  Phewww perasan bini jutawan kejap.  Maklumla selama ni mostly jalan2 duduk kat hostel, so air semua self service je. 

Lepas makan kuar jenjalan kat kawasan tepian laut pulak, sebab semalam cover belah depan.  So kali ni round2 kawasan belakang.   Puas pusing2 sambung shopping souvenir buat kali terakhir.  Selagi tak balik selagi tu lah tak abis2 sibuk nak tengok souvenir. 

Pukul 12 check out dari hotel dan lepak2 makan ais krim kat tengah2 kawasan Venice tu.  Lepak2 killing time nak tunggu naik bas ke Florence jam 3.50 petang.  Dari situ nak ke People Mover kan 5 minit je, tu yang malas nak pi awal2 kang melopong kat sana pulak. 

Venice ni bandar dia kotor sikit.  Bukan kotor apa, macam jalan2 dia walaupun berbatu tapi nampak tak terjaga la.  Nak2 plak kat sini kawasan yang panas, anjing plak berkeliaran sana sini kan, so segala najis anjing, burung banyak la kat atas jalan.  Time lepak tu kitorang dok ralit tengok seorang pompuan ni selamba je lepaskan anak dia merangkak2 kat atas jalan yang kotor tu.  Dia plak dok relaks makan dengan kawan dia.  Anak dia yang belum berumur setahun tu bebas merangkak kejar burung2 dan anak anjing yang berkeliaran kat situ.  Situasi ni konpem takde kat Malaysia.

Sampai kat People Mover ni sempat jalan2 kat belakang bangunan.  Asalnya nak pegi ke tandas, tup2 kat belakang tu rupa2nya ada banyak gerai yang menjual cenderahati.  Lagi menyakitkan hati harga souvenir kat sini lagi murah huhuuuuuu... Sungguh hampeh sekali.  

Dok atas bas sementara nak tunggu bas bergerak sempatla tengok scene2 18sx yang melibatkan warga emas.  Pakcik tu nak naik bas dengan kitorang, manakala makcik tu plak dok kat Venice tu la.  Selagi bas tak berjalan selagi tu lah tak berenggang merpati sejoli tu dok berpeluk dan cemolot.  Terus kitorang buat sinopsis cerita sendiri.  Mungkin diorang ni pasangan bercinta, yang lelaki tu nak balik kerja di Florence.  Cuti hujung minggu datang ke Venice jumpa awek la tu.  Awek pulak mungkin kekasih lama yang kembali bertemu setelah kedua2nya kehilangan pasangan masing2.  Choiii jah, sempat lagi mengarang cerita huh.

Dalam bas biasala, kalau tak membuta memang tak sah.  Tido sehinggalah sampai di Bologna baru turun menunaikan hajat.  Kat Bologna ni kitorang tukar naik van.  Mungkin sebab penumpang dari Bologna ke Florence hanya 5 orang saja, tu yang kitorang naik van kot.  Tapi takpe, co-pilot van tu handsome.  Bolehla mencuci mata kan.  Sebabnya orang kata orang2 Italy ni sangat handsome, malah dulu ustaz aku pernah bagitau orang Italy yang terkacak di dunia, tu yang tak sabar2 nak datang Italy nak tengok bukti tu.  Bagi aku tak sangat la, biasa je sebab mostly orang2 Italy ni kebanyakannya spesis berbulu (suka simpan jambang) so aku rasa tak handsome la pada pandangan mata aku sebab aku suka yang licin takde bulu.  Handsome dan lawa tu kan subjektif.  Bagi orang lain mungkin handsome banget kot, tu pasal ramai perempuan sokong pasukan bola sepak Italy, but not me.  

Sampai di Florence pukul 8 malam, tapi suasana macam pukul 6 je.  Perjalanan dari Venice ke Florence amik masa 5 jam.  Dari stesen nak ke hostel takdela jauh sangat, jalan pun mudah nak ke situ, so tak ada masalah.  Cek in je terus keluar merayap kat kawasan depan hostel tu, kiranya betul2 kat bandar Florence la.  Lepak2 snap2 gambar.  

Sambil lepak2 tup2 nampak ada banyak booth kat kawasan padang tu.  Kitorang pun terjah le, ingatkan kot2 ada gerai2 jualan macam pasar malam ke, bleh cuci mata.  Bila pergi dekat, ternampak kat banner situ tulis Gelato Festival.  Wow... festival aiskrim.  Kitorang pun pi le terjah kat situ nak tengok aiskrim kat situ yang setiap booth tu ada macam2 jenis dan perasa.  Jenguk2 harga tak nampak pula tanda harga bagi satu scoop tu.  Tapi nampakla setiap booth tu ramai gila orang dok beratur.  Tapi yang peliknya tak nampak pulak diorang bayar pun selepas amik aiskrim tu.  So, kawan aku pun pi la beratur dan tanya kat tukang jaga booth tu bape harga.  Mamat tu terus tanya nak aiskrim yang mana satu.  Bila tanya semula berapa harga (cakap ayam itik ni sebab dia tak reti cakap Inggeris) dia kata tak payah bayar, suruh rasa.  Haaaa???? Apaaa??? Boleh rasa tanpa bayar?  Rasa pulak bukan secuit ok, tapi satu scoop.  Biar betik?  Sambil ceduk aiskrim tu dia pun tunjukla bunting kat sebelah pasal festival gelato ni.  Bunting tu dalam bahasa Itali, kitorang pun pura2 paham je la.  
 

Bila dah kata free, kitorang pun rancang masing2 ambik perasa lain dan booth yang lain supaya boleh rasa macam2 rasa.  So dengan suka hatinya aku pi booth yang lain amik perasa apa ntah tak ingat, tapi sedap gila lahhh.  Elok aku dengan sorang lagi kawan dok sedap makan, tup2 kawan aku yang sorang lagi datang.  Dia kata aiskrim tu bukan free la, sebab katanya dia nampak kat booth lain orang2 sana ambil aiskrim dan hulur kad.  Errkkk...apakah???  Kitorang pun tak puas hati, tengok memang kat tangan diorang ada macam pegang kad, tapi tak tau kad apa.  Tapi yang peliknya kalau dia nak tengok kad tu, ngape selamba je 2 buah booth yang kitorang pegi tu dia bagi aiskrim yang kitorang minta tanpa minta tunjuk kad pon?  Last2 kawan aku yang ketiga tak jadi nak pegi ambil aiskrim sebab takut diorang minta kad.  Hahaahah kesimpulannya tak pasal2 hari tu dapat makan aiskrim free yang lazat secara tak sengaja.

Balik bilik dah kelepek dah masing2, tak larat nak jalan.  Terus tido.  Nak mandi tak sampai hati sebab sejuk sangat kan.  Tido je lah senang.

Wednesday, July 4, 2012

Paris - Venice

Naik je atas bas, tak perlu tunggu lama2 lagi dah nak tengok pemandangan bagai, harus aku terus membongkang tido.  Mula2 aku dok sorang je, selepas 3 - 4 kali berhenti barula aku ada jiran kat seat aku.  19 jam perjalanan yang diharungi bila dengar memang macam tak masuk akal je, tapi inilah yang aku lalui.

Kali pertama berhenti kitorang dinner kat tempat ala2 R & R la.  Tapi aku tak tau apa nama tempat tu.  Singgah minum menghilangkan sejuk dan makan2 untuk mengisi perut.  Time ni dah pukul 8 malam tapi masih terang lagi cuma cuaca bertambah sejuk je.

Lepas makan, perjalanan diteruskan.  Ada le lagi berhenti 2 - 3 kali untuk ambil penumpang di bandar2 utama Perancis tapi aku tak buka mata pun, tido je sehinggalah bas memasuki ke sempadan Itali.  Time ni bas berhenti sebab anggota polis naik ke atas bas cek pasport kitorang.  Waktu ni rasanya pukul 1 - 2 pagi kot.

Jam 5 pagi mata dah segar bugar, lagipun hari dah makin cerah.  Buka curtain mengadap tingkap... wallaweyyyy.. indahnya pemandangan di kaki pergunungan.  Sungguh saujana mata memandang bila melihat gunung ganang berwarna hijau kebiruan di mana di puncaknya pulak diliputi salji.   Terasa sungguh tenang dan mendamaikan pemandangan Banjaran Alps ni.  Rasa nak panjat je sambil lepak2 guling2 main salji huhuuu.. Lepas dah abis pemandangan di sempadan Switzerland ni, aku sambung tido balik sehinggalah bas berhenti di Milan. 

Lepak setengah jam kat Milan sambil breakfast dan menunaikan hajat seterusnya bas bergerak hinggalah ke destinasi yang dituju iaitu People Mover, Venice yang betul2 terletak di tepi laut.  Fuhhh leganya dah sampai... Mula2 sampai dah nganga mulut dulu bila tengok kapal2 besar ala2 titanic kat pelabuhan.  Terus terasa teringin nak melancong naik cruise.  Tu pun kalau kaya le, masalahnya bila ntah nak kaya ni.

Dari People Mover naik train ala2 monorel tu ke bandar Venice.  Ciput je pon jaraknya, kalau jalan kaki memang sampai, tapi tak larat ler sebab nak angkut beg kan.  Dari Venice bermulalah pencarian hotel yang ditempah.  Tragedi di Amsterdam berulang kembali apabila cari hotel tak jumpa.  Sebelum pegi memang dah aware dah dengan kekeliruan dengan bangunan2 di Venice ni sebab selalunya memang orang akan sesat sebab nombor2 bangunan tu disusun ikut suka hati.  Kat row ni nombor 500 tup2 row sebelah nombor 2000, tak ke pening nak mencari.  Tu yang sampai dekat sejam lebih bergilir 2 orang pegi mencari sambil mencari, sorang lagi lepak tunggu beg, then tukar orang plak.  Sehinggalah akhirnya bertemu dengan tempat yang dituju setelah seorang pakcik ni bagitau dalam bahasa Itali.  Haaa kelas tak kau, kalau cakap English cari tak jumpa, bila cakap Itali terus kitorang jumpa.  Pakcik tu cakap Itali, aku pon belasah cakap Melayu... hah senang.  Padahal tadi dah 5 - 6 orang tanya pun tak jumpa2 lagi.

Sampai kat hotel lepak2, segarkan badan dan makan.  Petang barulah start berjalan menuju ke pesisir laut.  Venice adalah satu2nya bandar di dunia yang pengangkutan utama adalah jalan kaki.  Yer, memang takde transport dalam bandar Venice ni, semua orang berjalan kaki.  Transport yang ada adalah water taxi dan gondola, tapi jalan kaki lagi senang la.


Jalan2 di sekitar tempat2 menarik dan popular di Venice ni sambil cuci2 mata, beli lah apa2 souvenir yang patut dan yang penting sekali, dapat makan aiskrim.  Gelato/aiskrim adalah makanan yang popular di Italy, dan rasanya 5x lebih sedap daripada Buskin Robbin dan harganya hanyalah sekadar EUR1.50 - 2.00 saja.
  

Malamnya kitorang singgah ke kedai pizza.  Gila datang Itali kalau tak merasa makan pizza kan, harusla tak lengkap sebab makanan utama orang Itali adalah pizza dan spaghetti.  Sebab tulah kita kat Malaysia selalu makan Bolognese Spaghetti, haa tu spaghetti tu berasal dari Bologna le, bandar di Italy habaq hanggggg...

Pizza ni memang la made in Italy, tapi dibuat oleh orang Arab la.  Mak oiiiii mintak satu slice je tapi saiznya sama dengan 3 slice pizza kat Malaysia nih.  Gila punye besar, nak menangis jugakla nak habiskan 1 slice.  Kalau mintak sebiji harusla saiznya sebesar dulang huhuuuu.