Kat hostel ni takde breakfast, so kitorang breakfast bekalan makanan yang ada iaitu roti, biskut, megi, coklat dan air milo 3 in 1. Dimaklumkan bahawa di Italy air paip adalah selamat untuk diminum. Memang kalau minta kat hotel pun nak air kosong diorang tadah air kat sinki je bagi kat kitorang. Oleh itu, masak megi pagi ini ialah menggunakan air panas dari sinki saja. Asalkan megi kembang dan kenyang untuk santapan, apa adahal minum air paip pun dah memang orang sana minum air paip kan. Makan megi di negara orang memang terasa 3x lebih sedap daripada biasa. Maklumla kalau kat Malaysia mana nak layan megi sangat kan kecuali kemalasan tahap menggunung.
Lepas dah kenyang, kitorang pun naik bas dari Florence ke Galileo Galilei Airport, Pisa. Perjalanan seterusnya bukan naik kapalterbang tau, tapi memang bas yang mengambil masa sejam tu akan tiba di airport. Dari airport naik local bus untuk ke tempat yang tersohor di Pisa ni iaitu Leaning Tower. Kejap je naik bas tu, dalam 10 minit sampai lah.
Cuaca sangat cantik, pemandangan pun indah hari ni. So, dapat amik gambar dan bergolek2 di padang depan Pisa Tower tu dengan gumbiranya. Pelancong memang ramai la kat sini. Kagum kejap sambil fikir2 macam mana menara yang dibina tegak tu boleh condong dengan sendirinya. Nak baca lebih lanjut pasal menara ni, korang google la sendiri.
Lama gak le lepak2 kat sini bersiar2, makan, ambil gambar dan usha2 barangan yang dijual. Barangan kulit murah le kat sini. Bila balik menyesal pulak tak beli beg2 kulit asli yang dijual dengan kadar yang berpatutan. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian apa pun tak dapat huhuuuuuu.
Balik dari Pisa kitorang meronda2 di bandar Florence melawat tempat2 tumpuan pelancong. Sebenarnya Florence ni takde la apa sangat, sehari pun dah cukup kat sini.
Yang menjadikan Florence ni popular ialah sebab kebanyakan orang singgah di sini untuk ke Pisa Tower tu dan juga patung David yang dibina oleh Michealangelo. Ni ha si David ni...

Dah habis semua tempat2 menarik dilawati, terus kitorang ke stesen bas untuk ke destinasi berikutnya. Sementara tunggu bas jalan, kat sini sekali lagi lah aksi2 18sx muncul kembali. Kali ni lagi banyak pasangan sampaikan dah tak tau nak letak mata ke mana dah. Pusing kiri ada, pusing kanan ada, pandang depan ada... layan je lah. Driver bas pon relaks je dok tengok diorang cemolot kat sebelah dia.
Dari Florence ke Rome mengambil masa 3 jam je. Banyak juga stesen untuk turunkan penumpang dan akhir sekali hanya 4 orang je penumpang menuju ke Rome iaitu kitorang bertiga dan seorang lagi mamat tak tau dari mana tapi muka oriental la.
Turun2 je bas dah terasa kesejukan. Jalanraya dah mati dah, kawasan sekitar sunyi je. So, tinggalkan kawan aku sorang kat stesen bas bersama beg2, aku dengan lagi sorang kawan cari jalan menuju ke stesen tren. Disebabkan dah lewat malam, malas dah le nak booking hostel. Malam2 camgini orang yang jaga hostel pun sah2 dah balik rumah kan.
Bila dah jumpa port kat stesen tren yang terletak berhadapan dengan stesen bas tadi, kitorang pun patah balik ambil beg dan terus ke tingkat bawah stesen tren tu, lepak2 kat kerusi sementara nak tunggu siang. Kawasan tren ni luas juga, tapi bukannya tertutup macam KL Sentral tu, dia tutup kat tepi je, kat bahagian tengah open air. Ada le 7 - 8 orang yang sampai lebih awal dari kitorang dah siap2 tido kat kerusi2 yang ada tu.
Baru 10 minit duduk kat situ, dah mula masing2 ketap gigi, sejuknya makin terasa. Tapi baru pukul 12 lebih time tu, adoiii lambat la pulak. Dalam kesejukan tu, cuba gak le aku pejam mata, tapi hanya mampu bertahan 5 minit, takleh tido. Kawan2 aku pun aku tengok tak tido, dok baca buku sambil tahan sejuk. So, aku pun amik la juga novel yang dibawa. Kejap baca kejap pejam mata, tapi jarum jam punyelah slow bergerak. Seksa zahir dan batin nak menunggu ke pagi dalam keadaan sejuk macam ni. Disebabkan dah tak tahan sangat dok kat kerusi tu, kitorang terpaksa le ubah port ke tepi lif. Kat kawasan ni macam bertutup sikit, so kurangla sejuk. Letak beg tepi pintu lif, bentang suratkhabar maka masing2 pakat landing tido + baca buku sambil berhimpit2 untuk dapatkan haba badan masing2. Dah serupa golongan gelandangan dah aku tengok, merempat tepi pintu lif. Apa nak buat, tak tahan sejuk. Agak2 bila sejuk sikit, kitorang masok dok dalam lif tu dalam 2 - 3 minit, pastu keluar balik. Yela, dalam lif tu panas.
Sedar tak sedar habis satu novel tebal tu aku baca tapi hari masih belum pagi lagi. Adoiii.. nak menangis rasanya, dah le cite dalam novel tu sedih ya amat, menitik jugakla air mata aku sebab sedih + sebab sejuk tak tahan.
Pukul 5 pagi dah cerah dan pekerja2 di stesen pun dah muncul maka cahaya kegembiraan menjelma di muka masing2. Tren pertama untuk ke Termini Station pukul 6.20 pagi. Sempat la buat lawatan ke bilik air dulu. Naik2 je ke atas tempat untuk naik tren, tengok2 ada vending machine. Dapat pekena kopi memang lega gila. Sekurang-kurangnya terasa air panas ke tekak tu dapat menghilangkan sikit kesejukan yang ditanggung sejak malam tadi.