Wednesday, September 12, 2012

Rome

Dari Roma Termini Station kitorang jalan straight je menuju ke hostel yang ditempah.  Memandangkan hari masih lagi awal, so kitorang lepak le dulu dalam bangunan yang menempatkan hostel tu.  Bangunan tu campur2 ada rumah orang dan ada beberapa hostel dalam tu.  Pagi2 ni ramai orang keluar bekerja, yang bestnya semua wangi2 je lalu depan kitorang yang muka separuh siap tak mandi pagi ni huhuuu.

Lepas check in, terus tukar baju dalam tandas hostel tu dan siap2 (tak mandi le tapinye) nak gi jenjalan.  Bilik hostel takleh masuk lagi sebab penghuninya belum check out lagi pagi2 buta tu.  Pemilik hostel tu sangat baik dan peramah gilak.  Beliau adalah warga Bangladesh yang dah 10 tahun berhijrah ke Rome.

Memandangkan badan dah segar bugar dan wangi, kitorang terus menuju ke Termini Station untuk menaiki tren ke Vatican City.  Termini Station ni besar, bertingkat2 tangga kena turun untuk menaiki tren.  Kebetulan pulak ada construction kat situ, lagi lah kena melencong jauh.  Kat Termini Station ni kena extra careful dengan penyeluk saku yang bermaharajalela kat kawasan sekitar ni.  Kat stesen2 lain kurang sikit berbanding Termini Station ni. 

Cuaca sangat cerah dan cantik kalau ambil gambar.  Sampai je di stesen terus berjalan kaki ke arah ramai2 manusia yang dah berpusu2 menuju ke Vatican City.  Kitorang just mengikut je la ramai2 manusia tu, sah2 semua nak menuju ke sana kan.

Masuk ke muzium kemain ramainya manusia.  Mula2 tu rajin la ambik gambar dan tengok menda2 yang dipamerkan dalam muzium tu, dah lama2 memang tak lalu dah nak tengok.  Nak2 plak muzium dia kemain besar, luas sampaikan naik jemu nak muntah semua pun ada dok dalam muzium tu.  Lenguh kot kaki berjalan sampai satu tahap aku rasa nak menangis pun ada sebab tak jumpa2 lagi jalan keluar.  Kalau boleh merangkak dalam muzium tu memang aku dah merangkak dah.  Kaki toksah cite la, dah lembik lutut aku nak berdiri, tumit pon dah sakit.  Berkat kesabaran, akhirnya habis jugakla pusing muzium tu. 
 
Ni ha muzium yang besar ni.  Bangunannya adalah keliling segi empat.  So, sila bayangkan berapa lama dan jauh kitorang berjalan untuk menghabiskan lawatan sambil belajar dalam muzium ni.

Bila dah keluar, kitorang lepak di tangga sambil berehat dan makan.  Kalau boleh baring time ni memang nikmat la.  Dekat setengah jam gak la hilangkan penat kat situ.  Bila dah rasa2 macam segela kepenatan hilang, kitorang jalan la mencari pintu masuk ke Vatican City.  Masuk2 je kat sini tengok barisan dah melingkar2 panjangnya.  Semuanya beratur untuk masuk ke dalam Vatican.  Memandangkan masing2 dah kepenatan dan tak sanggup lagi dah nak buang tenaga melingkar2 dan beratur yang entah berapa lama nak kena tunggu, so kitorang just lepak2 dan bergambar kat depan ni je lah.  Sorry Pope, lain tahun la kita jumpa ye.



Dari Vatican City kitorang balik ke hostel tapau nasi dulu.  Fuhhh bila badan penat, mandi, tido kejap dan makan nasi di negara orang sangatlah nikmat walaupun nasi versi Arab tu tak senikmat nasi di Malaysia.

Dalam jam 4 petang kitorang keluar semula menaiki tren.  Kali ni menuju ke bangunan yang menjadi trademark Rome iaitu Colosseum.  Pun ramai gak manusia kat sini.


Dari Colosseum kitorang jalan kaki je ke tempat2 dan bangunan2 yang menarik di sekitar Rome.

Piazza Venezia 


Trevi Fountain.  Sini ramai gilak manusia, naik pening aku nak mencelah2 amik gambar.  Ramai le yang baling syiling buat hajat ke dalam kolam ni.  Kitorang sah2 le tak baling.  Gila, 1euro tu dah RM4.50 kot, sia2 je kan baling dalam kolam, belum tentu hajat kau dimakbulkan.

Selepas ke Trevi Fountain kitorang jalan kaki ke sekitar bandar untuk mencari barang2 yang boleh dibeli untuk dibawa balik ke Malaysia.

Malamnya sambung makan nasi yang dimakan separuh tadi.  Standardla, sebungkus nasi portion orang Arab haruslah 2 kali makan baru habis.  Kalau sekali makan dah habis tu maknanya angkut saka sekali pergi melancong hehehehe.