Thursday, September 20, 2012

Rome - Munich

Hari ni konon nak repeat gi Vatican City sekali lagi, tapi bangun2 tido malas betul nak buka mata dan bersiap awal2 kan.  So, takdela gi Vatican City.  Lepas breakfast kitorang check out siap2 sebelum keluar merayap buat kali terakhir di kawasan2 sekitar Rome ni.  Sempat la sebelum keluar tu dok melayan abang Bangla owner hostel tu bersembang tukar2 cerita isu semasa dalam dan luar negara.

Hari ni merayap kat satu bangunan tu ntah hape kenama ala2 istana kot aku pun dah lupa.  Kiranya tu termasuk dalam tourist attraction gak le.  Sambil2 berjalan ke situ singgah lagi mentekedarah gelato.  Ni kira last kopek punye la ni sebab ada berapa jam je lagi kat bumi Italy, pasni nak goodbye dah.

Makan aiskrim tu sambil dok melayan bersembang dengan 2 orang warga Bangladesh yang pandai cakap Melayu.  Hahha Bangla is everywhere around the world.  Sebelum datang ke Rome ni diorang pernah kerja kat Ipoh dan Singapore, tu yang pandai cakap Melayu tu.  Nasib baik kitorang tak mengumpat lagi, kalo tak nayaaa woooo. 

Pukul 1.00 kitorang naik bas ke airport untuk menyambung perjalanan ke Munich.  Sampai kat airport lepak2 makan nasi yang dibeli di Rome sambil dok tengok tv mengikuti perkembangan kejadian gempa bumi yang berlaku kat sana tu.  Ramai juga jiwa yang terkorban dan kemusnahan boleh tahan jugakle.  Time2 ni la adik kawan aku sms cakap kitorang ni pi mana2 asik bawa malang je kat tempat yang pegi tu.  Cisss tak sayang mulut betul.  Dulu pegi India ada kes bom, pegi Indonesia kes gempa bumi, pegi Korea waktu Presiden dia meninggal.  Alah kebetulan je pun.

Dari Ciampino Airport menaiki penerbangan Ryanair menuju ke Memmingen (West Munich) dalam masa 1 jam setengah dan sampai di Munich jam 8 malam.  Airport ni untuk kapal terbang kos rendah je, so tak le busy.  Even waktu tu flight kitorang je satu2nya yang mendarat malam tu.


Di airport bas dah siap2 tunggu untuk ke bandar Munich yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan.  Penuh jugakla bas ni dengan penumpang yang turun dari kapalterbang tadi.

Sepanjang perjalanan suasana keliling rasa tenang je.  Dapatla melihat pemandangan di perkampungan Jerman ni sebab airport terletak kat kawasan kampung.  Masuk je ke highway terus hilang suasana kampung sebab kenderaan yang hebat2 berkeliaran di atas highway.  Maklumla Jerman kan negara pengeluar kereta seperti Mercedez, BMW, Volkswagen, Audi dan lain2 kereta yang aku tak kenal spesisnya.  Semua berdesupppp kemain laju.  Maklumla banyak kawasan highway dan jalan raya di Jerman yang tiada had laju.  Suka hati korang la nak bawak laju mana selagi berani.  Yelah, dah kereta dan teknologi kat sana hebat2 takkan le nak bawak kereta 90km/j je kan. 

Pukul 10 lebih kitorang pun sampailah di Munich Hauptbannhof (Central Station).  Wehooooo....Germany here I come katanya.  Sejuk sikit malam ni, so kitorang pun mencari port yang baeekk punye dalam stesen yang besar dan luas ni untuk melepak/tido sementara nak tunggu hari siang.  Nak cari bilik pun no point sebab kitorang akan berada di Munich ni tak sampai 24 jam pun.


Pusing2 sambil tinjau2 sekitar stesen ni, terus jumpa port kat tingkat atas yang sesuai untuk melepak/tido.  Lagipun kat situ tempatnya bertutup kaca, memang bebas dari trauma kesejukan seperti sebelum ni.  Memandangkan hari kiranya masih muda lagi, sempat jugakla merayap kejap pusing keliling stesen melihat aktiviti orang2 kat sana.  Kat depan stesen tu nampakla sekumpulan remaja dok menari.  Ntah apa ntah tarian, ala2 shuffle je.  Bau bir memang menusuk2 hidung la.  Maklumla bandar Munich ni ialah "rumah" bagi bir selain terkenal dengan sosej.  Siap ada muzium bagai.

 

Mula2 tak ramai yang amik port kat situ, bolehla tido dengan amannya.   Jam 3-4 pagi bila aku terjaga tengok2 dah penuh dah manusia dalam bilik tu.  Ramai rupanya yang tido berjemaah kat situ.  Yang paling tak tahan tu ada yang baru lepas minum ler, huhuuuu.  Apakan daya, hadap sajalah lagi 2-3 jam.  Baca paper pun semua bahasa Jerman je, tengok gambar jelah.  Nak2 pulak time tu lagi seminggu Euro2012 nak start, memang paper diorang asik cite pasal Die Nationalmaanshaft (national team) diorang je la hari2.  Eh aku suka le sebab boleh menatap gambar Ozil merata2 heehheh.