Tuesday, July 31, 2012

Venice - Florence

Pagi ni breakfast kat hotel.  Kalau kita biasa akan ditanya "tea or coffee?" tapi kali ni dia tanya "cappucino or chocolate".  Phewww perasan bini jutawan kejap.  Maklumla selama ni mostly jalan2 duduk kat hostel, so air semua self service je. 

Lepas makan kuar jenjalan kat kawasan tepian laut pulak, sebab semalam cover belah depan.  So kali ni round2 kawasan belakang.   Puas pusing2 sambung shopping souvenir buat kali terakhir.  Selagi tak balik selagi tu lah tak abis2 sibuk nak tengok souvenir. 

Pukul 12 check out dari hotel dan lepak2 makan ais krim kat tengah2 kawasan Venice tu.  Lepak2 killing time nak tunggu naik bas ke Florence jam 3.50 petang.  Dari situ nak ke People Mover kan 5 minit je, tu yang malas nak pi awal2 kang melopong kat sana pulak. 

Venice ni bandar dia kotor sikit.  Bukan kotor apa, macam jalan2 dia walaupun berbatu tapi nampak tak terjaga la.  Nak2 plak kat sini kawasan yang panas, anjing plak berkeliaran sana sini kan, so segala najis anjing, burung banyak la kat atas jalan.  Time lepak tu kitorang dok ralit tengok seorang pompuan ni selamba je lepaskan anak dia merangkak2 kat atas jalan yang kotor tu.  Dia plak dok relaks makan dengan kawan dia.  Anak dia yang belum berumur setahun tu bebas merangkak kejar burung2 dan anak anjing yang berkeliaran kat situ.  Situasi ni konpem takde kat Malaysia.

Sampai kat People Mover ni sempat jalan2 kat belakang bangunan.  Asalnya nak pegi ke tandas, tup2 kat belakang tu rupa2nya ada banyak gerai yang menjual cenderahati.  Lagi menyakitkan hati harga souvenir kat sini lagi murah huhuuuuuu... Sungguh hampeh sekali.  

Dok atas bas sementara nak tunggu bas bergerak sempatla tengok scene2 18sx yang melibatkan warga emas.  Pakcik tu nak naik bas dengan kitorang, manakala makcik tu plak dok kat Venice tu la.  Selagi bas tak berjalan selagi tu lah tak berenggang merpati sejoli tu dok berpeluk dan cemolot.  Terus kitorang buat sinopsis cerita sendiri.  Mungkin diorang ni pasangan bercinta, yang lelaki tu nak balik kerja di Florence.  Cuti hujung minggu datang ke Venice jumpa awek la tu.  Awek pulak mungkin kekasih lama yang kembali bertemu setelah kedua2nya kehilangan pasangan masing2.  Choiii jah, sempat lagi mengarang cerita huh.

Dalam bas biasala, kalau tak membuta memang tak sah.  Tido sehinggalah sampai di Bologna baru turun menunaikan hajat.  Kat Bologna ni kitorang tukar naik van.  Mungkin sebab penumpang dari Bologna ke Florence hanya 5 orang saja, tu yang kitorang naik van kot.  Tapi takpe, co-pilot van tu handsome.  Bolehla mencuci mata kan.  Sebabnya orang kata orang2 Italy ni sangat handsome, malah dulu ustaz aku pernah bagitau orang Italy yang terkacak di dunia, tu yang tak sabar2 nak datang Italy nak tengok bukti tu.  Bagi aku tak sangat la, biasa je sebab mostly orang2 Italy ni kebanyakannya spesis berbulu (suka simpan jambang) so aku rasa tak handsome la pada pandangan mata aku sebab aku suka yang licin takde bulu.  Handsome dan lawa tu kan subjektif.  Bagi orang lain mungkin handsome banget kot, tu pasal ramai perempuan sokong pasukan bola sepak Italy, but not me.  

Sampai di Florence pukul 8 malam, tapi suasana macam pukul 6 je.  Perjalanan dari Venice ke Florence amik masa 5 jam.  Dari stesen nak ke hostel takdela jauh sangat, jalan pun mudah nak ke situ, so tak ada masalah.  Cek in je terus keluar merayap kat kawasan depan hostel tu, kiranya betul2 kat bandar Florence la.  Lepak2 snap2 gambar.  

Sambil lepak2 tup2 nampak ada banyak booth kat kawasan padang tu.  Kitorang pun terjah le, ingatkan kot2 ada gerai2 jualan macam pasar malam ke, bleh cuci mata.  Bila pergi dekat, ternampak kat banner situ tulis Gelato Festival.  Wow... festival aiskrim.  Kitorang pun pi le terjah kat situ nak tengok aiskrim kat situ yang setiap booth tu ada macam2 jenis dan perasa.  Jenguk2 harga tak nampak pula tanda harga bagi satu scoop tu.  Tapi nampakla setiap booth tu ramai gila orang dok beratur.  Tapi yang peliknya tak nampak pulak diorang bayar pun selepas amik aiskrim tu.  So, kawan aku pun pi la beratur dan tanya kat tukang jaga booth tu bape harga.  Mamat tu terus tanya nak aiskrim yang mana satu.  Bila tanya semula berapa harga (cakap ayam itik ni sebab dia tak reti cakap Inggeris) dia kata tak payah bayar, suruh rasa.  Haaaa???? Apaaa??? Boleh rasa tanpa bayar?  Rasa pulak bukan secuit ok, tapi satu scoop.  Biar betik?  Sambil ceduk aiskrim tu dia pun tunjukla bunting kat sebelah pasal festival gelato ni.  Bunting tu dalam bahasa Itali, kitorang pun pura2 paham je la.  
 

Bila dah kata free, kitorang pun rancang masing2 ambik perasa lain dan booth yang lain supaya boleh rasa macam2 rasa.  So dengan suka hatinya aku pi booth yang lain amik perasa apa ntah tak ingat, tapi sedap gila lahhh.  Elok aku dengan sorang lagi kawan dok sedap makan, tup2 kawan aku yang sorang lagi datang.  Dia kata aiskrim tu bukan free la, sebab katanya dia nampak kat booth lain orang2 sana ambil aiskrim dan hulur kad.  Errkkk...apakah???  Kitorang pun tak puas hati, tengok memang kat tangan diorang ada macam pegang kad, tapi tak tau kad apa.  Tapi yang peliknya kalau dia nak tengok kad tu, ngape selamba je 2 buah booth yang kitorang pegi tu dia bagi aiskrim yang kitorang minta tanpa minta tunjuk kad pon?  Last2 kawan aku yang ketiga tak jadi nak pegi ambil aiskrim sebab takut diorang minta kad.  Hahaahah kesimpulannya tak pasal2 hari tu dapat makan aiskrim free yang lazat secara tak sengaja.

Balik bilik dah kelepek dah masing2, tak larat nak jalan.  Terus tido.  Nak mandi tak sampai hati sebab sejuk sangat kan.  Tido je lah senang.