Wednesday, July 4, 2012

Paris - Venice

Naik je atas bas, tak perlu tunggu lama2 lagi dah nak tengok pemandangan bagai, harus aku terus membongkang tido.  Mula2 aku dok sorang je, selepas 3 - 4 kali berhenti barula aku ada jiran kat seat aku.  19 jam perjalanan yang diharungi bila dengar memang macam tak masuk akal je, tapi inilah yang aku lalui.

Kali pertama berhenti kitorang dinner kat tempat ala2 R & R la.  Tapi aku tak tau apa nama tempat tu.  Singgah minum menghilangkan sejuk dan makan2 untuk mengisi perut.  Time ni dah pukul 8 malam tapi masih terang lagi cuma cuaca bertambah sejuk je.

Lepas makan, perjalanan diteruskan.  Ada le lagi berhenti 2 - 3 kali untuk ambil penumpang di bandar2 utama Perancis tapi aku tak buka mata pun, tido je sehinggalah bas memasuki ke sempadan Itali.  Time ni bas berhenti sebab anggota polis naik ke atas bas cek pasport kitorang.  Waktu ni rasanya pukul 1 - 2 pagi kot.

Jam 5 pagi mata dah segar bugar, lagipun hari dah makin cerah.  Buka curtain mengadap tingkap... wallaweyyyy.. indahnya pemandangan di kaki pergunungan.  Sungguh saujana mata memandang bila melihat gunung ganang berwarna hijau kebiruan di mana di puncaknya pulak diliputi salji.   Terasa sungguh tenang dan mendamaikan pemandangan Banjaran Alps ni.  Rasa nak panjat je sambil lepak2 guling2 main salji huhuuu.. Lepas dah abis pemandangan di sempadan Switzerland ni, aku sambung tido balik sehinggalah bas berhenti di Milan. 

Lepak setengah jam kat Milan sambil breakfast dan menunaikan hajat seterusnya bas bergerak hinggalah ke destinasi yang dituju iaitu People Mover, Venice yang betul2 terletak di tepi laut.  Fuhhh leganya dah sampai... Mula2 sampai dah nganga mulut dulu bila tengok kapal2 besar ala2 titanic kat pelabuhan.  Terus terasa teringin nak melancong naik cruise.  Tu pun kalau kaya le, masalahnya bila ntah nak kaya ni.

Dari People Mover naik train ala2 monorel tu ke bandar Venice.  Ciput je pon jaraknya, kalau jalan kaki memang sampai, tapi tak larat ler sebab nak angkut beg kan.  Dari Venice bermulalah pencarian hotel yang ditempah.  Tragedi di Amsterdam berulang kembali apabila cari hotel tak jumpa.  Sebelum pegi memang dah aware dah dengan kekeliruan dengan bangunan2 di Venice ni sebab selalunya memang orang akan sesat sebab nombor2 bangunan tu disusun ikut suka hati.  Kat row ni nombor 500 tup2 row sebelah nombor 2000, tak ke pening nak mencari.  Tu yang sampai dekat sejam lebih bergilir 2 orang pegi mencari sambil mencari, sorang lagi lepak tunggu beg, then tukar orang plak.  Sehinggalah akhirnya bertemu dengan tempat yang dituju setelah seorang pakcik ni bagitau dalam bahasa Itali.  Haaa kelas tak kau, kalau cakap English cari tak jumpa, bila cakap Itali terus kitorang jumpa.  Pakcik tu cakap Itali, aku pon belasah cakap Melayu... hah senang.  Padahal tadi dah 5 - 6 orang tanya pun tak jumpa2 lagi.

Sampai kat hotel lepak2, segarkan badan dan makan.  Petang barulah start berjalan menuju ke pesisir laut.  Venice adalah satu2nya bandar di dunia yang pengangkutan utama adalah jalan kaki.  Yer, memang takde transport dalam bandar Venice ni, semua orang berjalan kaki.  Transport yang ada adalah water taxi dan gondola, tapi jalan kaki lagi senang la.


Jalan2 di sekitar tempat2 menarik dan popular di Venice ni sambil cuci2 mata, beli lah apa2 souvenir yang patut dan yang penting sekali, dapat makan aiskrim.  Gelato/aiskrim adalah makanan yang popular di Italy, dan rasanya 5x lebih sedap daripada Buskin Robbin dan harganya hanyalah sekadar EUR1.50 - 2.00 saja.
  

Malamnya kitorang singgah ke kedai pizza.  Gila datang Itali kalau tak merasa makan pizza kan, harusla tak lengkap sebab makanan utama orang Itali adalah pizza dan spaghetti.  Sebab tulah kita kat Malaysia selalu makan Bolognese Spaghetti, haa tu spaghetti tu berasal dari Bologna le, bandar di Italy habaq hanggggg...

Pizza ni memang la made in Italy, tapi dibuat oleh orang Arab la.  Mak oiiiii mintak satu slice je tapi saiznya sama dengan 3 slice pizza kat Malaysia nih.  Gila punye besar, nak menangis jugakla nak habiskan 1 slice.  Kalau mintak sebiji harusla saiznya sebesar dulang huhuuuu.