Tuesday, June 12, 2012

Paris

Sampai je kat rumah kawan aku, terus mandi dan lepak2 menghilangkan lesu di badan.  Lepas makan kitorang keluar jenjalan di sekitar Kota Paris sebab kawan aku yang seorang tu belum sampai lagi ke Paris ni.  Aku dengan kawan aku dah penah ke sini tahun lepas, so kitorang berdua jadi la tourist guide bawak beliau pusing2 Paris.


Tempat pertama yang dituju mestila melawat menara tersohor tu, Eiffel Tower.  Orang seperti biasa tetap melingkau2 barisan yang beratur menunggu untuk naik ke menara.  Memandangkan tahun lepas dah naik dan kawan aku pun malas nak naik, kitorang berposing2 kat sini je.

Lepas puas bergambar, terus mencari crepe.  Apa barang datang ke Paris tapi kalau tak makan crepe kan.  Penjual crepe ni orang Nepal, kawan dia pulak orang Thailand.  Dah tak pasal2 sambil buat crepe sambil kitorang belajar bercakap bahasa Thai dengan bahasa Melayu pulak.


Makan2 sambil jalan2 untuk ke destinasi berikutnya.  Kali ni tak nampak pulak warga2 kulit hitam yang membuka pusat judi kat kawasan ni.  Dah kena angkut dengan penguatkuasa kot? Atau masih belum memulakan aktiviti sebab hari masih awal, aku pun tak pasti.

Dari Eiffel kitorang berjalan menuju ke Arc de Triomphe.  Pun sekadar untuk bergambar2 depan tu.  Dari situ jalan lagi menyusuri sepanjang kawasan Champ Elysees hingga ke butik LV sinun.  Cuaca sungguh panas hari ni sampai hilang mood aku nak jalan.  Terang benderang, nak buka mata pun susah.


Pukul 3 petang kitorang pon naik metro kembali ke rumah kawan aku untuk bersiap2 nak menuju ke Porte de Bagnolet.  Kitorang keluar rumah jam 4 lebih bersama2 kawan aku yang nak pegi bersiar2 bawak anak2 berjalan2 mengambil angin petang.

Tepat jam 6.30 petang bas berlepas dari Galleini untuk menuju ke destinasi berikutnya yang mengambil masa 19 jam perjalanan.  Ye, tak salah taip.  Memang 19 jam aku akan harungi perjalanan ini.  Zassstttt....

Friday, June 8, 2012

Poland - Ukraine

Euro 2012 di Ukraine dan Poland akan bermula secara rasminya malam ni.  Ini bermakna dalam sebulan ni rakyat Malaysia ramailah yang akan bertukar menjadi beruang panda.  Harap2 produktiviti di pejabat tidak terjejas dengan pesta sukan bola sepak kedua selepas piala dunia ni.

Surat khabar kat Jerman aku tengok penuh cerita pasal pasukan diorang.  Tapi haram sepatah pun aku tak faham apa yang ditulis kat dalam tu, takat tengok gambar je lah.  So, sekali lagi untuk kali ketiga berturut2 selepas Euro 2008, World Cup 2010 aku akan sokong pasukan Jerman.  Kali ni ada pasukan kedua yang aku suka iaitu Perancis.  Kehebatan Perancis terbukti dengan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan mahupun perlawanan persahabatan.  Walau bagaimanapun aku juga tak dapat menafikan kehebatan pasukan Sepanyol dan Belanda yang penuh dibarisi bintang2 hebat dalam arena bola sepak.

Ok aku takmo ulas panjang2.  Sama2 kita saksikan dan sokong pasukan pilihan masing2.

Euro tu Euro la jugak, tapi jangan lupa 7.30 malam ni Harimau Malaya akan berjuang di Kota Singa.  Good Luck...

Tuesday, June 5, 2012

Kuala Lumpur - Paris

Dari rumah gerak ke KLIA separuh hati sebab time tu hati tengah membuak2 nak menonton hoki Piala Sultan Azlan Shah.  Game pertama Malaysia menentang Korea Selatan.  Tapi apakan daya, waktu dah semakin suntuk, so terpaksala tinggalkan tv.  Pemergian kali ni menyebabkan aku terlepas peluang nak menonton sebahagian besar pertandingan hoki, Piala Thomas dan juga perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia dan Filipina serta aktiviti berpoya2 sempena Himpunan Jutaan Belia.

Perancangan itinerary dan juga penginapan untuk percutian kali ni agak kelam kabut gara2 semuanya hanya dapat diconfirmkan pada minggu terakhir sahaja.  Kebiasaannya 3 - 4 bulan sebelum berangkat semua pengangkutan dan juga penginapan dah settle dah, tapi kali ni last minute gara2 tiket penerbangan yang ditempah setahun lalu hanya dapat di tangan seminggu sebelum berangkat.  Tu pun setelah ada beberapa siri perbincangan dan juga surat menyurat dengan pihak Air Asia dan juga Malaysia Airlines.  Ni sume gara2 Air Asia yang tetiba menukar tarikh penerbangan kitorang daripada yang asal le nih.  Dah sebulan tukar, kemudian diberitahu pulak bahawa tarikh tu sekali lagi ditukar.  Nak2 pulak time tu dah beli next flight from Paris to Rome.  Tak ke haru tu.  Bila jadi macam ni, terus rancangan tergendala seketika.

Lepas check in kat KLIA, lepak2 kejap sebelum masuk ke balai pelepasan.  Waktu dalam aero train menuju ke tempat pelepasan, tup2 dalam train nampak ramai gile orang pakai baju ghimau belang2 oren hitam tu.  Terus jantung aku dup dap dup dap.  Yelah, mana tau kot2 kang ternampak atlet popular ke kan hihhihi.  Aku selalu berangan terserempak ataupun naik satu flight dengan mana2 atlet tiap kali pergi bercuti, tapi takat ni belum lagi jadi kenyataan.  Takat tersama flight dengan artis sendu penah le.

Jenuh aku perhati satu persatu muka diorang yang beramai2 tu, tapi haram sorang pon aku tak kenal.  Mostly muka budak2 laa.  Nampak macam ada yang bawak raket badminton, tapi confirm bukan budak2 pelapis badminton sebab sorang pun aku tak penah tengok muka.  Aku suruh kawan aku pi tanya diorang, maklumle aku ni pemalu, konpem aku takkan tanya punyelah.  Tak sempat dia nak pi tanya, tup2 nampak atlet2 ni berkomunikasi menggunakan tangan.  Barulah kitorang faham, diorang ni atlet paralimpik.  Nasib baik tak sempat tanya, kalau tak jenuh nak faham bahasa isyarat.

Tapi kat terminal kawan aku pi tanya jugak sebab dia nampak ada 2 - 3 orang official yang normal.  Official pompuan yang peramah tu bagitau diorang ada game kat Korea Selatan.  Dia terkejut bila kitorang bagitahu nak pegi ke Paris.  Sebabnya dia ingat kitorang student kat sana, tup2 kawan aku cakap nak pegi jalan2 je.  Yes again, masih bangga dan kembang bontot bila dikatakan student ihikssss.  Tak sempat pula nak bergambar dengan atlet2 tu sebab tak sama gate.

Penerbangan selama 11 - 12 jam tu berjalan lancar.  Flight pun penuh, so takde chance nak amik seat sorang 2 - 3.  Lepas je makan, tak sempat movie yang aku tengok tu masuk minit yang ke 20, terus tersadai ketiduran sampailah dikejutkan untuk breakfast.

Dari airport Charles de Gaulle, kitorang naik train menuju ke stesen Luxemburg.  Cuaca waktu sampai kat sana agak sepoi2 bahasa.  Sesedap rasa, tak sejuk dan tak panas.  Dari Luxemburg kawan aku datang ambil kitorang untuk ke rumah beliau.  Tak sabar nak mandi manda segarkan badan.