Tuesday, June 5, 2012

Kuala Lumpur - Paris

Dari rumah gerak ke KLIA separuh hati sebab time tu hati tengah membuak2 nak menonton hoki Piala Sultan Azlan Shah.  Game pertama Malaysia menentang Korea Selatan.  Tapi apakan daya, waktu dah semakin suntuk, so terpaksala tinggalkan tv.  Pemergian kali ni menyebabkan aku terlepas peluang nak menonton sebahagian besar pertandingan hoki, Piala Thomas dan juga perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia dan Filipina serta aktiviti berpoya2 sempena Himpunan Jutaan Belia.

Perancangan itinerary dan juga penginapan untuk percutian kali ni agak kelam kabut gara2 semuanya hanya dapat diconfirmkan pada minggu terakhir sahaja.  Kebiasaannya 3 - 4 bulan sebelum berangkat semua pengangkutan dan juga penginapan dah settle dah, tapi kali ni last minute gara2 tiket penerbangan yang ditempah setahun lalu hanya dapat di tangan seminggu sebelum berangkat.  Tu pun setelah ada beberapa siri perbincangan dan juga surat menyurat dengan pihak Air Asia dan juga Malaysia Airlines.  Ni sume gara2 Air Asia yang tetiba menukar tarikh penerbangan kitorang daripada yang asal le nih.  Dah sebulan tukar, kemudian diberitahu pulak bahawa tarikh tu sekali lagi ditukar.  Nak2 pulak time tu dah beli next flight from Paris to Rome.  Tak ke haru tu.  Bila jadi macam ni, terus rancangan tergendala seketika.

Lepas check in kat KLIA, lepak2 kejap sebelum masuk ke balai pelepasan.  Waktu dalam aero train menuju ke tempat pelepasan, tup2 dalam train nampak ramai gile orang pakai baju ghimau belang2 oren hitam tu.  Terus jantung aku dup dap dup dap.  Yelah, mana tau kot2 kang ternampak atlet popular ke kan hihhihi.  Aku selalu berangan terserempak ataupun naik satu flight dengan mana2 atlet tiap kali pergi bercuti, tapi takat ni belum lagi jadi kenyataan.  Takat tersama flight dengan artis sendu penah le.

Jenuh aku perhati satu persatu muka diorang yang beramai2 tu, tapi haram sorang pon aku tak kenal.  Mostly muka budak2 laa.  Nampak macam ada yang bawak raket badminton, tapi confirm bukan budak2 pelapis badminton sebab sorang pun aku tak penah tengok muka.  Aku suruh kawan aku pi tanya diorang, maklumle aku ni pemalu, konpem aku takkan tanya punyelah.  Tak sempat dia nak pi tanya, tup2 nampak atlet2 ni berkomunikasi menggunakan tangan.  Barulah kitorang faham, diorang ni atlet paralimpik.  Nasib baik tak sempat tanya, kalau tak jenuh nak faham bahasa isyarat.

Tapi kat terminal kawan aku pi tanya jugak sebab dia nampak ada 2 - 3 orang official yang normal.  Official pompuan yang peramah tu bagitau diorang ada game kat Korea Selatan.  Dia terkejut bila kitorang bagitahu nak pegi ke Paris.  Sebabnya dia ingat kitorang student kat sana, tup2 kawan aku cakap nak pegi jalan2 je.  Yes again, masih bangga dan kembang bontot bila dikatakan student ihikssss.  Tak sempat pula nak bergambar dengan atlet2 tu sebab tak sama gate.

Penerbangan selama 11 - 12 jam tu berjalan lancar.  Flight pun penuh, so takde chance nak amik seat sorang 2 - 3.  Lepas je makan, tak sempat movie yang aku tengok tu masuk minit yang ke 20, terus tersadai ketiduran sampailah dikejutkan untuk breakfast.

Dari airport Charles de Gaulle, kitorang naik train menuju ke stesen Luxemburg.  Cuaca waktu sampai kat sana agak sepoi2 bahasa.  Sesedap rasa, tak sejuk dan tak panas.  Dari Luxemburg kawan aku datang ambil kitorang untuk ke rumah beliau.  Tak sabar nak mandi manda segarkan badan.