Monday, May 14, 2012

Perjuangan Yang Telah Selesai

Hari ni satu Malaysia bergembira kerana sejarah telah tercipta sempena tarikh yang bersejarah di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah.  Ternyata 13 Mei bukan lagi detik hitam yang menghantui seluruh rakyat Malaysia dengan tragedi 13 Mei, sebaliknya merayakan kejayaan pasukan hoki remaja negara yang berjaya menjadi juara Piala Remaja Asia malam tadi.


Sejak dari hari pertama pertandingan, aku tak lepas peluang menonton kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia.  Adik2 ni main sangat bagus semenjak beraksi di Piala Sultan Johor hari tu.  Mula2 agak merisaukan bila salah seorang pemain iaitu Norhizzat Sumantri yang dilaporkan mungkin tak dapat menyertai Piala Remaja Asia ni kerana terpaksa menjaga ayahnya yang terlantar di hospital akibat kanser.

Takdir Tuhan tiada siapa boleh menyangkal.  Hari Isnin pagi ayahnya yang telah banyak berkorban untuk anak2nya yang menjadi pemain hoki negara iaitu Izzat, kakaknya yang juga sedang bertarung di Jepun untuk kelayakan Olimpik bagi pasukan hoki wanita dan juga adik lelakinya yang bermain hoki untuk pasukan bawah 16 tahun negara telah pergi menemui Ilahi.  Ibaratnya Pakcik Sumantri ni macam Dato' Sidek jugakla, yang membesarkan anak2 untuk terlibat dalam sukan.  Jurulatih Dharmaraj bagi masa untuk Izzat sendiri pilih bila beliau akan kembali bersama2 pasukan.  Yelah, tengah sedih kan.  Ayah pergi di saat beberapa hari je lagi pertandingan bermula.  Walaupun masih muda, Izzat seorang yang tabah untuk menggalas tugas menjadi ketua keluarga.  Hari Khamis kelibatnya sudah dapat dilihat waktu pertandingan pembukaan menentang Iran.  Memang nak jadi ahli sukan kena banyak berkorban.  Jasa dan bakti diorang lebih bernilai dan lebih bermakna daripada menjadi seorang artis.  Sedih juga baca status2 beliau di facebook, rasa nak nangis pun ada huhuuu.

Selepas game hari pertama tu, aku sempat chatting dengan Faizal Saari, tanyakan pasal kayu hoki beliau yang tak lepas inspection untuk game tu.  Patutla masa 1st game tu main macam hampeh je, tak lincah macam selalu dan langsung tak score goal.  Aku ingat kayu hoki ni takdela beri effect yang besar dalam permainan berbanding raket badminton.  Yelah, raket kan ada perbezaan dari ketegangan tali, berat semua tu.  Rupa2nya memang kayu hoki pun ada luck nya tersendiri.  Buktinya, di game kedua terus Faizal score hattrick selepas dapat gunakan balik kayu hoki kesayangan dia tu.  Ohh ok, now I know.  


Debaran pertandingan akhir memang sungguh meresahkan selagi wisel terakhir tidak dibunyikan.  Walaupun lega dengan pendahuluan 2 gol tapi bila Pakistan menambahkan gol aku dah start sakit dada.  Sudahnya, terus buka internet nak hilangkan separuh dari debaran tu.  Bila akhirnya wisel dibunyikan, barulah rasa dada aku yang hampir jatuh tadi kembali ke posisi asal.  Cumanya kali ni rasa kurang sikit celebration adik2 ni sebab tak dapat tengok diorang buat aksi slide macam selalu tu.  Mana sempat nak buat, bila wisel bunyi je terus para penonton serbu budak2 ni dalam padang.  Tapi meriahla, siap ada bunga api lagik.  Ultras pun tak tinggal dengan flare untuk memeriahkan suasana.  

Di samping hoki, Jelajah 1Malaysia juga tamat semalam di Dataran Merdeka.  Tiap2 malam pukul 11.30 mesti aku tunggu tengok highlight setengah jam perlumbaan ni.  Yang bestnya kali ni pelumba favourite aku Adiq Husainie dapat jadi raja pecut.  Macam mana kali ni beliau boleh memecut laju aku pon hairan.  Semua orang tahu beliau bukanlah pakar pecut berbanding Hariff Salleh mahupun Anuar Manan sebab beliau lebih kepada kategori mendaki.  Takpela Adiq, yang penting Adiq tetap menjadi pelumba terbaik Malaysia dan keseluruhan menduduki tempat ke-6.  Cayalah...