Minggu ni, ada 3 acara yang berkaitan dengan Sukan Olimpik yang melibatkan negara Malaysia tercinta. Ianya dimulakan dengan acara bola sepak kelayakan olimpik peringkat kumpulan yang membabitkan perlawanan terakhir bagi kumpulan C. Malaysia turun menentang Syria di Amman, Jordan yang merupakan gelanggang berkecuali akibat daripada pergolakan yang sedang berlaku di bumi Syria.
Seperti yang diketahui, Malaysia menamatkan saingan di tempat terakhir tanpa mengutip sebarang mata. Peluang mengutip mata yang terhampir ialah tatkala menentang Bahrain di Bukit Jalil yang mana kita hampir2 memperolehi kemenangan pertama setelah mendahului 2-0. Namun akhirnya Bahrain bangkit menjaringkan gol dan perlawanan berakhir dengan kita tewas 2-3. Satu keputusan yang sangat menyakitkan, nak2 pula bila aku menyaksikan di depan mata sendiri di stadium.
Memasuki perlawanan pusingan kedua, peluang Malaysia tertutup terus. Memanglah secara realistiknya agak mustahil untuk Malaysia layak ke Olimpik, tapi matlamat untuk mengutip mata juga terkubur akibat kalah dalam kesemua 6 perlawanan.

Tamat kelayakan Olimpik untuk pasukan bola sepak, 1Malaysia menunggu dengan penuh debar dan seribu harapan dalam acara sukan kedua paling diminati di Malaysia selepas bola sepak iaitu badminton. Kali ni harapan sudah tentu digalas di bahu Dato' Lee Chong Wei untuk mencatatkan kemenangan hatrik bagi menyamai rekod Wong Peng Soon.
Maka pada hari Ahad lepas, majoriti rakyat Malaysia bersengkang mata menunggu perlawanan akhir antara Dato' Lee Chong Wei menentang Leftenan Lin Dan. Setelah tewas di set pertama, akhirnya rakyat Malaysia terpaksa akur dan redha dengan pengunduran diri Chong Wei yang memberi kemenangan percuma kepada Lin Dan akibat daripada kecederaan bahu yang dihadapi oleh beliau. Disebabkan tanggungjawab berat yang digalas di bahu, terus bahu Dato' cedera huhuu.
Walaupun kecewa, tapi 1Malaysia berdiri teguh di belakang Dato' kerana memahami bahawa emas Sukan Olimpik lebih berharga daripada All England. Yelah, Dato' kan prospek utama negara untuk membawa pulang pingat emas pertama. Lagipun ini adalah olimpik terakhir beliau, berbanding All England yang tiap2 tahun pun ada. Semoga Dato' cepat sembuh dan kembali pulih untuk menggapai pingat emas di London nanti. Mohon Dato' tidak tersalah tidur lagi lepas ni hehehehe.
Dengan kekalahan tersebut Malaysia melebarkan jurang kepada 12 tahun tanpa layak ke Sukan Olimpik buat kali ketiga berturut2. Pedih memang pedih, tapi itu hakikat yang perlu diterima. Berbanding bola sepak, hoki dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah untuk layak ke London, tapi apakan daya, takdir penentu segala.


Semalam pulak, sekembalinya dari Taiwan, terus Adiq memenangi tempat kedua dalam GP Kedah, di belakang Hariff Salleh. Cayalah adik tam kakak ni. Ahakssss...