Le Tour de Langkawi edisi ke 17 yang pertama kalinya tidak melalui Langkawi telah tamat dengan rasminya semalam. Tahniah kepada Jose Serpa yang menjadi Raja Bukit dan juara keseluruhan edisi 2011 ini. Tahniah juga kepada Andrea Guardini si hensem dari Itali yang menjadi Raja Pecut.
14 pelumba negara (9 daripadanya adalah rakyat Terengganu) yang mewakili pasukan kebangsaan, Terengganu Cycling Team, Champion System, Azad University dan OCBC juga diucapkan tahniah kerana memberi persaingan yang tak kurang hebatnya.
3 kali pelumba negara menaiki podium iaitu Anuar Manan dari Champion System dan Harrif Salleh dari TSG sebanyak dua kali. Tak lupa juga kepada Adiq Husainie yang berjaya memecut di tempat keempat untuk perlumbaan dari Ayer Keroh ke Pandan Indah.
3 hero Malaysia (Harrif, Adiq dan Anuar) dalam LTDL 2012
Aku sempat juga pegi mengadap perlumbaan yang membawa tema Are You Ready ni pada stage kedua dari Putrajaya ke Melaka. Semangat hokkey, bangun awal2 pagi ke Presint 2 Putrajaya ni.
Adiq punye pasal, gigih aku membakar keringat pagi2 buta tauuu. Tapi tak sempat nak say hi pun, sebab aku sampai agak lambat, diorang dah naik ke pentas untuk pendaftaran
Teringat dulu waktu zaman sekolah, tak pasti plak penganjuran LTDL siri ke berapa, kitorang kena beratur sepanjang jalan dengan bendera Malaysia sambil menunggu para pelumba melintasi di Sg Petani menuju ke Butterworth. Tunggu sikit punye lama, tapi dapat tengok/lambai diorang tak sampai 5 minit pon. Yela, masing2 kayuh basikal sikit punye laju ke, tu pasal zuuuuuupppppp berdesup je dah hilang.
Kali ni pun sama jugak. Lepas parking kereta kat bangunan MoF tu, terus berjalan kaki ke jambatan berhampiran Masjid Putrajaya, tempat pelepasan. Sempat le tengok diorang naik atas pentas untuk pendaftaran dan juga persembahan tarian. Lepas dah puas tengok peserta2 negara, patah balik berjalan kaki tunggu betul2 kat roundabout. Tak lama kemudian disertai oleh sekumpulan pelumba basikal dari Bukit Jelutong yang sama2 menunggu pelepasan.
Bila diorang mula berkayuh je, laju gila, sampai tak sempat nak tengok mana satu Harif, mana satu Zamri, Suhardi, Loh Sea Keong, Anuar Manan... apatah lagi Adiq le. Haram tak sempat aku nak kelebek satu2 diorang dah hilang. Yang mana wakili pasukan kebangsaan tu senang le nampak sebab pakai baju ghimau. Tapi tetap juga tak dapat nak cam sapa2. Yang mana join kelab luar tu memang jenuh la nak cari, baju lebih kurang sama je.
Walaupun tak dapat menaiki podium, tapi secara keseluruhannya pelumba Malaysia yang terbaik ialah Adiq Husainie iaitu tempat ke-19 daripada 132 orang. Adiq juga dapat tempat ke-4 bagi terbaik keseluruhan Asia. Cayalah Adiq...tak sia2 kakak pegi sokong Adiq :P
Adiq yang seksi (walaupun rentung dibakar mentari)
Aku rasa Adiq mesti seram tengok jembalang ni, tu pasal dia kayuh laju2 :D
Hariff Salleh yang agak kecewa kerana tak dapat menaiki podium dalam stage terakhir keluar dengan ayat yang buatkan aku nak tergelak tak hengat. Antara petikan ayat tersebut ialah "ini membuktikang ting kita bukanglah ting cak ayang". Kih kih kih...jenuh aku tergelak besar kat situ. Ohhh... jangan salah faham, aku bukannya memperlekeh atau memperkecilkan loghat Terengganu ye. Nak tergelak je.
Dan lagi satu yang aku ingat, komen dari seorang penyokong di Terengganu ketika ditemu ramah. Ayat keseluruhan aku tak ingat sangat, tapi lebih kurang gini la "semoga Emang Manang akan memberikan yang terbaik". Yang ni mula2 aku macam konpius sama ada telinga aku yang salah dengar, atau orang tu yang salah sebut. Kebetulan esoknya aku sempat tengok ulangan berita tu, memang betulla dia sebut Emang Manang. Hehehe... mungkin tersasul la tu. Yang sebenarnya Anuar Manang, bukang Emang Mamang ye bang. :D
See you next year!!!