Sunday, March 25, 2012

Kuala Lumpur - Krabi

Entry yang dah 3 bulan terperam. Asal nak start menulis je, mood tak mari. Tu yang dah basi baru nak tulis tu.

Dari KL ke Krabi mengambil masa sejam perjalanan. Waktu kat imigresen hanya nampak seorang je perempuan yang bertudung. Kalau yang lelaki pulak muka ala2 sepesen jer, so tak dapat le nak kenal pasti sama ada rakyat Malaysia atau pun tidak.

Dari airport ke pekan Ao Nang menaiki teksi dalam 2o minit. Driver teksi ni perempuan, tapi bleh tahan jugak minah ni drift. Sebelum sampai ke penginapan, singgah siap2 beli pakej islandhopping untuk esok dan jungle trekking lusa. Masa kat travel agent ni le terserempak dengan 5 orang jejaka dari Malaysia yang naik sama flight ngan kitorang tadi.

Penginapan kat betul2 tepi jalan, so nak keluar merayap takde masalah langsung. Lepas letak beg dan fresh up skit, terus merewang kat pekang Ao Nang ni. Berjalan mencari makanan le apa lagik. Mula2 harusla pekena pancake yang di jual di gerai tepi jalan tu. Pancake ni dia tebar ala2 mcm roti canai. Ada macam2 perisa seperti cheese, coklat, mangga, pisang, kelapa, nutella, jem yang boleh dipilih ikut selera tekak masing2.

Pancake ni dimakan sambil menikmati panorama mentari terbenam di tepi pantai. Kat sini gile ramai pelancong sampaikan tak rasa pun macam berada di negara Thailand/Asia Tenggara, tapi macam berada di Europe je gayanya sebab mat salleh punyelah ramai.

Sambil tunggu matahari, kitorang cuci mata menengok mat2 salleh yang ensem2 menayang body yang 6packs masing2. Terpaksala keluarkan perkataan "kacak" menggantikan handsome dan "buaya" menggantikan 6 packs. Kang tak pasal2 plak diorang semua paham apa yang kitorang dok cakap.

Bila matahari dah terbenam barulah pergi dinner pekena masakan Thai. Walaupun kedai tu kecik seco'et jer, tapi pelanggan ramai yang beratur menunggu. Lepas makan sambung lagi jenjalan tawaf area tepi pantai dan juga kedai2 jualan untuk usha2 barangan yang dijual. Usha je, tapi tahan dulu keinginan untuk membeli.

Waktu malam ni di tepi pantai diorang ada pasang tanglung dan juga bunga api untuk memeriahkan suasana malam di Ao Nang.



Monday, March 19, 2012

Road to London 2012

Gambar ni diambil waktu aku menjejak kaki di bumi London pada tahun lepas, masih berbaki 403 hari untuk menuju tarikh bermulanya Sukan Olimpik London 2012. Tatkala entry ni ditaip pula, tinggal lagi 130 hari lagi menjelang temasya berprestij di dunia itu.

Minggu ni, ada 3 acara yang berkaitan dengan Sukan Olimpik yang melibatkan negara Malaysia tercinta. Ianya dimulakan dengan acara bola sepak kelayakan olimpik peringkat kumpulan yang membabitkan perlawanan terakhir bagi kumpulan C. Malaysia turun menentang Syria di Amman, Jordan yang merupakan gelanggang berkecuali akibat daripada pergolakan yang sedang berlaku di bumi Syria.

Seperti yang diketahui, Malaysia menamatkan saingan di tempat terakhir tanpa mengutip sebarang mata. Peluang mengutip mata yang terhampir ialah tatkala menentang Bahrain di Bukit Jalil yang mana kita hampir2 memperolehi kemenangan pertama setelah mendahului 2-0. Namun akhirnya Bahrain bangkit menjaringkan gol dan perlawanan berakhir dengan kita tewas 2-3. Satu keputusan yang sangat menyakitkan, nak2 pula bila aku menyaksikan di depan mata sendiri di stadium.

Memasuki perlawanan pusingan kedua, peluang Malaysia tertutup terus. Memanglah secara realistiknya agak mustahil untuk Malaysia layak ke Olimpik, tapi matlamat untuk mengutip mata juga terkubur akibat kalah dalam kesemua 6 perlawanan.

Tamat kelayakan Olimpik untuk pasukan bola sepak, 1Malaysia menunggu dengan penuh debar dan seribu harapan dalam acara sukan kedua paling diminati di Malaysia selepas bola sepak iaitu badminton. Kali ni harapan sudah tentu digalas di bahu Dato' Lee Chong Wei untuk mencatatkan kemenangan hatrik bagi menyamai rekod Wong Peng Soon.

Maka pada hari Ahad lepas, majoriti rakyat Malaysia bersengkang mata menunggu perlawanan akhir antara Dato' Lee Chong Wei menentang Leftenan Lin Dan. Setelah tewas di set pertama, akhirnya rakyat Malaysia terpaksa akur dan redha dengan pengunduran diri Chong Wei yang memberi kemenangan percuma kepada Lin Dan akibat daripada kecederaan bahu yang dihadapi oleh beliau. Disebabkan tanggungjawab berat yang digalas di bahu, terus bahu Dato' cedera huhuu.

Walaupun kecewa, tapi 1Malaysia berdiri teguh di belakang Dato' kerana memahami bahawa emas Sukan Olimpik lebih berharga daripada All England. Yelah, Dato' kan prospek utama negara untuk membawa pulang pingat emas pertama. Lagipun ini adalah olimpik terakhir beliau, berbanding All England yang tiap2 tahun pun ada. Semoga Dato' cepat sembuh dan kembali pulih untuk menggapai pingat emas di London nanti. Mohon Dato' tidak tersalah tidur lagi lepas ni hehehehe.

Semalam, perlawanan terakhir hoki kelayakan olimpik antara Malaysia dan Rusia berlangsung untuk merebut tempat ke 3 dan 4 yang sememangnya sudah tiada ertinya lagi pada pasukan negara. Tewas di saat2 akhir tatkala permainan berbaki 3 minit (menentang Korea Selatan) dan 10 minit (menentang Ireland) dalam usaha merebut tempat di perlawanan akhir sangatlah memedihkan dan mencalarkan hati sanubari. Sebelum game tu sempat la jugak aku chat dengan Faizal Saari, heheehe.. Tapi bila dah kalah ni takdela aku tegur dia, bagi tempoh bertenang kata orang. Kang dia buat muka tempoyak basi macam waktu kalah dengan KLHC hari tu, konpem mak takuuutttt nokssss.

Dengan kekalahan tersebut Malaysia melebarkan jurang kepada 12 tahun tanpa layak ke Sukan Olimpik buat kali ketiga berturut2. Pedih memang pedih, tapi itu hakikat yang perlu diterima. Berbanding bola sepak, hoki dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah untuk layak ke London, tapi apakan daya, takdir penentu segala.

Apa-apa pun diucapkan selamat bersara kepada kapten hoki iaitu Madzli Ikmar yang membuat keputusan menggantung kayu hoki di arena antarabangsa. Sedih pulak bila tengok dia mengalirkan airmata di depan kamera kerana hajat yang tidak kesampaian.

Berita baik untuk peminat lumba basikal ialah dengan kejayaan Adiq Husainie menduduki tempat keseluruhan ke 10 dalam Tour of Taiwan dengan 2 kali menaiki podium untuk tempat ketiga. Dengan ini peluang beliau untuk mengisi 1 daripada 2 tempat bagi acara lebuh raya di Sukan Olimpik nanti nampak semakin cerah.

Semalam pulak, sekembalinya dari Taiwan, terus Adiq memenangi tempat kedua dalam GP Kedah, di belakang Hariff Salleh. Cayalah adik tam kakak ni. Ahakssss...



Monday, March 5, 2012

Are You Ready?

Le Tour de Langkawi edisi ke 17 yang pertama kalinya tidak melalui Langkawi telah tamat dengan rasminya semalam. Tahniah kepada Jose Serpa yang menjadi Raja Bukit dan juara keseluruhan edisi 2011 ini. Tahniah juga kepada Andrea Guardini si hensem dari Itali yang menjadi Raja Pecut.

14 pelumba negara (9 daripadanya adalah rakyat Terengganu) yang mewakili pasukan kebangsaan, Terengganu Cycling Team, Champion System, Azad University dan OCBC juga diucapkan tahniah kerana memberi persaingan yang tak kurang hebatnya.

3 kali pelumba negara menaiki podium iaitu Anuar Manan dari Champion System dan Harrif Salleh dari TSG sebanyak dua kali. Tak lupa juga kepada Adiq Husainie yang berjaya memecut di tempat keempat untuk perlumbaan dari Ayer Keroh ke Pandan Indah.

3 hero Malaysia (Harrif, Adiq dan Anuar) dalam LTDL 2012
Aku sempat juga pegi mengadap perlumbaan yang membawa tema Are You Ready ni pada stage kedua dari Putrajaya ke Melaka. Semangat hokkey, bangun awal2 pagi ke Presint 2 Putrajaya ni.

Adiq punye pasal, gigih aku membakar keringat pagi2 buta tauuu. Tapi tak sempat nak say hi pun, sebab aku sampai agak lambat, diorang dah naik ke pentas untuk pendaftaran
Teringat dulu waktu zaman sekolah, tak pasti plak penganjuran LTDL siri ke berapa, kitorang kena beratur sepanjang jalan dengan bendera Malaysia sambil menunggu para pelumba melintasi di Sg Petani menuju ke Butterworth. Tunggu sikit punye lama, tapi dapat tengok/lambai diorang tak sampai 5 minit pon. Yela, masing2 kayuh basikal sikit punye laju ke, tu pasal zuuuuuupppppp berdesup je dah hilang.

Kali ni pun sama jugak. Lepas parking kereta kat bangunan MoF tu, terus berjalan kaki ke jambatan berhampiran Masjid Putrajaya, tempat pelepasan. Sempat le tengok diorang naik atas pentas untuk pendaftaran dan juga persembahan tarian. Lepas dah puas tengok peserta2 negara, patah balik berjalan kaki tunggu betul2 kat roundabout. Tak lama kemudian disertai oleh sekumpulan pelumba basikal dari Bukit Jelutong yang sama2 menunggu pelepasan.

Bila diorang mula berkayuh je, laju gila, sampai tak sempat nak tengok mana satu Harif, mana satu Zamri, Suhardi, Loh Sea Keong, Anuar Manan... apatah lagi Adiq le. Haram tak sempat aku nak kelebek satu2 diorang dah hilang. Yang mana wakili pasukan kebangsaan tu senang le nampak sebab pakai baju ghimau. Tapi tetap juga tak dapat nak cam sapa2. Yang mana join kelab luar tu memang jenuh la nak cari, baju lebih kurang sama je.

Walaupun tak dapat menaiki podium, tapi secara keseluruhannya pelumba Malaysia yang terbaik ialah Adiq Husainie iaitu tempat ke-19 daripada 132 orang. Adiq juga dapat tempat ke-4 bagi terbaik keseluruhan Asia. Cayalah Adiq...tak sia2 kakak pegi sokong Adiq :P

Adiq yang seksi (walaupun rentung dibakar mentari)

Aku rasa Adiq mesti seram tengok jembalang ni, tu pasal dia kayuh laju2 :D
Hariff Salleh yang agak kecewa kerana tak dapat menaiki podium dalam stage terakhir keluar dengan ayat yang buatkan aku nak tergelak tak hengat. Antara petikan ayat tersebut ialah "ini membuktikang ting kita bukanglah ting cak ayang". Kih kih kih...jenuh aku tergelak besar kat situ. Ohhh... jangan salah faham, aku bukannya memperlekeh atau memperkecilkan loghat Terengganu ye. Nak tergelak je.

Dan lagi satu yang aku ingat, komen dari seorang penyokong di Terengganu ketika ditemu ramah. Ayat keseluruhan aku tak ingat sangat, tapi lebih kurang gini la "semoga Emang Manang akan memberikan yang terbaik". Yang ni mula2 aku macam konpius sama ada telinga aku yang salah dengar, atau orang tu yang salah sebut. Kebetulan esoknya aku sempat tengok ulangan berita tu, memang betulla dia sebut Emang Manang. Hehehe... mungkin tersasul la tu. Yang sebenarnya Anuar Manang, bukang Emang Mamang ye bang. :D

See you next year!!!

Friday, March 2, 2012

Pre Earth Hour

Tahun ni warga Putrajaya termasuk rumah PM, sebahagian Bangi, Serdang, Kajang, Bukit Jalil dah sambut Earth Hour lebih awal daripada tarikhnya. Kiranya kitorang yang terlibat ni dah rehearsal siap2 serentak untuk menyambut Earth Hour pada 31 Mac 2012 ni.

Tengah khusyuk menonton drama Aishiteru, tup2 boooommmm gelap gulita seluruh rumah. Pastu aku, housemate dengan kucing aku melepak le depan balkoni mengisi masa lapang menikmati cahaya daripada Flat Hijau dan juga lif di Fasa 5/6 Presint 9.

10 minit meninjau ke sini sana, suasana pun jadi panas dan sunyi. Nasib baikla aku baru charge bateri laptop, konon2 nak le layan youtube tengok movie. Tapi 15 minit dok ngadap asik buffer je, terpaksala batalkan niat ngadap movie.

Lepas sejam suasana masih gelap. Aku dah risau takot2 blackout akan membawa ke esok pagi. Matilah... cemana nak gi keje, baju tak iron lagi. Dah berkira2 nak pi office awal esok untuk iron baju kat office. Tapi kalau dah rumah blackout, harusla office pon blackout sekali kan. Aku dah mula berimaginasi esoknya masing2 gi office baju patah seribu... eh kedut seribu. Tapi kan lagi nikmat kalau esoknya cuti. Maklumlaa kalau gi office pun bukan boleh buat kerja. Aircond pon takde.

Elok je aku nak lelapkan mata, tup2 rumah dah terang semula. Phewww... lega. Esok takyah gi office dengan baju kedut :D.

Petikan berita dari Kosmo!


KUALA LUMPUR - Sebahagian besar kawasan di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dekat sini bergelap kira-kira sejam semalam apabila sebuah pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi terbakar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika dihubungi memberitahu, bekalan elektrik di dua kawasan tersebut bagaimanapun dipulihkan semula secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.

"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara berperingkat-peringkat 50 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.