Monday, January 30, 2012

Simply The Best

Semalam AJL ke-26 telah dilangsungkan. Aku setuju je dengan semua keputusan tanpa sebarang rasa tak puas hati. Cuma aku nak kongsikan apa yang aku suka dengan AJL tahun ini.

1. Aku suka sebab lagu yang aku gemari Beribu Sesalan nyanyian 3 Suara membawa pulang salah satu hadiah pada malam ni iaitu sebagai pemenang tempat kedua.


2. Aku suka sebab penyanyi kegemaran aku Faizal Tahir pun dapat salah satu hadiah iaitu pemenang tempat ketiga walaupun lagu Karma ni bukanlah antara lagu yang aku minat dari album Adrenalin. Tapi dah rezeki dia, aku setuju je hehehehhe.

Ngapela kau dah takmo join AJL tahun depan Faizal oiiii... Dah le Anuar Zain takmo join, Dato' Ct takmo join, dah tu tahun depan dan depan depan lagi nak tengok sapa je kat AJL kalo semua dah pakat2 takmo join. Huhuhuuu.

3. Aku suka tengok baju dan mekap Jac bagi lagu Sedetik Lebih. Baju dia nampak elegan terutama dengan detailing kat bahu tu. Mekap pun sweet je, kiranya dengan baju dan mekap ni Jac nampak berseri dan cantik di mata aku. Mata aku le, mata korang aku tak tau.

4. Vokal yang paling aku tunggu2 nak dengar ialah Hafiz. Hafiz ni kalau dia menyanyi, kita pejam mata sure takleh nak beza dia nyanyi live atau suara yang dirakam. Memang perfecto lah. Kemenangan Hafiz dalam kategori vokal terbaik buat kali kedua berturut-turut memang sangat tepat.

T-shirt yang dipakai Hafiz pada AJL ke-26 ... (nama aku pon ada dlm baju ni hehehe)
5. Gabungan 3 Suara versi lelaki-lelaki yang pernah bertemu dengan Pakcik Husin (Meet Uncle Husin) ni pun aku tunggu2 sangat. Ketiga2 penyanyi aku suka dengan vokal diorang bila di atas pentas. Cuma lagu2 tu macam tak berapa menarik sangat (no offense) so agak kurang sikit rasa teruja tu. But still layanzzz.. Kan best kalau diorang bertiga nyanyi dalam 1 lagu. Konpem meletop kebabommmm...

6. Aku suka dengan konsep persembahan para penyanyi tahun ni. Sebab bagi aku konsep diorang tahun ni simple, tak serabut dan tak terlalu berdrama mahupun beraksi silap mata macam tahun lepas. Rasa rimas plak. Kali ni just nice. I loiikeee.

7. Tahniah kepada semua pemenang.




Thursday, January 26, 2012

Indah Lelapku

Awal tahun lepas kita dikejutkan dengan pemergian arwah Faizal Yusop, awal tahun ni pula sekali lagi artis muda kita dijemput Ilahi iaitu Izwan Pilus. Yang ni memang betul2 aku terkejut.

Tatkala terima SMS dari kawan aku yang juga merupakan rakan seUUM dengan si Izwan ni mengatakan beliau telah kembali ke Rahmatullah, aku ingatkan kawan aku buat lawak. Yelah, mentang2 aku ni kiranya salah seorang yang minat dengan arwah, mungkin kawan aku saja nak usik la kan. Tapi bila pikir balik, kalau nak usik pun mana lojik dia buat lawak pasal mati kan. So, terjojol la biji mata aku bila pandang SMS di kala senja tu. Hati tetap juga berharap kawan aku hanya buat lawak saja walaupun aku yakin 95% dia takkan buat lawak benda2 mcm ni. So, nak puaskan juga hati aku terus laju2 on internet dan memang terbukti arwah telah meninggalkan dunia yang fana ini.

Terdiam seketika akibat terkejut dan rasa tidak percaya. Tapi lama-kelamaan boleh terima bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.

Tak lama kemudian ternampak status ex-housemate aku tulis pasal pemergian Izwan. Terus kitorang terkenang kisah lama, waktu mula2 kitorang suka/minat kat Izwan Pilus ni. Yer, tak dinafikan nama Izwan Pilus bukanlah besar dalam dunia hiburan tanah air, tapi kitorang minat beliau sejak beliau mula2 menyertai Bintang RTM tahun 2004 kalo tak silap le. Waktu dalam semua peserta nampak si Izwan ni comel dan kiut je. Tu pasal beria2 kitorang sokong beliau dan tak sabar2 tunggu depan tv nak tengok Izwan ni. Walaupun nyanyian beliau dalam program tersebut tidaklah sehebat top 3, tapi tak dinafikan Izwan ramai peminat hingga berjaya ke peringkat akhir hasil undian para peminat. Time tu beliau dah terkeluar, tapi ada 1 kategori undian peminat dan beliau berjaya untuk kategori itu masuk ke akhir.

Tahun berikutnya, ditakdirkan rezeki beliau murah, terus jadi pengacara Bintang RTM. Nampaknya kitorang masih lagi dapat menatap Izwan Pilus di kaca tv setiap minggu. Dan sekali lagi ditakdirkan, rupa2nya seorang kawan aku mengenali Izwan Pilus ketika sama2 menuntut di UUM dulu. Lagi best kawan aku siap bagi nombor telefon Izwan Pilus plak tu. Pernah sekali, waktu sedang on air, aku dengan housemate aku saja gatal tangan SMS Izwan, time tu kitorang dok gelakkan fesyen rambut beliau heheheeh. Ada juga dia reply SMS tu :D.

Tahun yang sama juga aku dengan officemate aku pergi ke Angkasapuri untuk gantikan bos aku menghadiri majlis jamuan hari raya Kementerian Penerangan kat sana. Ramai artis yang hadir serta buat show dalam majlis tersebut. Rezeki datang buat aku sebab sempat jumpa Izwan dan sempat jugalah bergambar dengan beliau. Aku juga sempat bagitau yang aku kenal kawan beliau kat UUM tu, tapi Izwan ni ingatkan aku ni adik kepada kawan aku tu hehehehe.

Kali terakhir tengok Izwan secara live ialah pada malam tahun baru 2012 di Putrajaya. Waktu tu beliau menyanyi dalam Konsert KLFM sempena tahun baru. Itu adalah yang pertama dan terakhir menatap dan mendengar beliau menyanyi untuk tahun 2012. Semoga roh Izwan Pilus tenang menghadap Ilahi dan dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Bak tajuk lagu beliau, Indah Lelapku.

Al-Fatihah

Monday, January 16, 2012

Lapan... Lapan Lagi

Adoiii... sejak akhir2 ni memang malas tahap dewa le nak update blog. Ntah kenapa, tapi yang pasti sebab utama ialah MALAS.

Mood update datang selepas mengadap rancangan Kafe Sukan yang membawakan Dato' Lee Chong Wei, superhero saya sebagai tetamu jemputan. Maklumler mood menang Korean Open mengalahkan Lin Dan dan menang Malaysian Open buat kali ke lapan masih membara kan.

Tahun ni Malaysian Open aku pergi dua kali. Yang pertama tu macam biasala, aku mesti pilih pergi waktu suku akhir, sebab time ni ramai lagi pemain utama dunia masih ada. Kalau pi time semi final atau final memang rugi je lah, sebab tinggal berapa kerat je yang masih bermain.

Perjalanan nak ke Bukit Jalil sangat mencabar keimanan sungguh sebab jalan jem ya ampunnn. Dari office nak balik ke rumah pun jem, apatah lagi kat area Cyberjaya. Nak2 pula bila hujan menggila punye lebat. Tu pun aku tetap beranikan diri pecut di MEX tu. Memang terasa le kelicinan jalan sampai kereta aku pun mengiring ke kiri la akibat air yang banyak di atas jalan. Sampai kat Bukit Jalil pun seksa gila sementara nak boleh masuk ke kawasan parking. Standard la kan, time2 orang balik keje plus hujan lebat. Sah2 le jem. Akhirnyaa... jam 7 lebih baru terpacak dalam stadium.

Kali ni tiket untuk seat premium siap ada seat number lagi. So, memang takleh nak sesuka hati dok kat mana2 tempat le. Sementara tunggu game masing2 ralit dok tengok pekerja Yonex dok repair raket. Barula aku tau cemana diorang buat logo Yonex kat tali raket tu. Lagi syok sebab ramai player yang datang hantar raket kat situ. Rexy dengan Taupik memang lepak kat situ jer. Lain2 yang datang memunculkan diri kat situ termasukla Wong Choon Han, Rashid Sidek, Jeremy Gan dan Chan Peng Soon. Puasle skodeng. Dan tak terkecuali, Dato' pun memunculkan diri kat situ dengan berbaju merah. Pewwwitttttt...

Masing2 khusyuk tengok K-Pop vs J-Pop untuk acara beregu lelaki

Ntah apa yang Rexy cakap kat Dato', sampai macam tu sekali

Bila Dato' pandang je, penyakit gigil aku pun muncul le

Bila game Dato start di court 1 (court tv), mata memang le tengok kat sana sebab dia lawan dengan Taupik Hidayat. Tapi dalam masa yang sama mata tengok juga court 2 (Woon Khe Wei/Vivian Hoo) dan juga di court 3 betul2 kat depan aku ada Oppa (Lee Yong Dae). Sudahnya memang tak fokus langsung tengok game sebab mata sangat tamak, nak tengok semua.

Hari Ahad rezeki turun dari langit sebab dapat tiket free untuk final. Thank you to my friend for the tickets. Berkobar2 pukul 10.45 pagi aku dah terpacak kat stadium nak amik tiket daripada Secretariat Team Malaysia seperti yang dijanjikan walaupun game start pukul 1 tengah hari.

Walaupun game final tidak semencabar lawan Chen Long di separuh akhir, tapi stadium tetap penuh dengan peminat/penyokong yang berdiri teguh di belakang Dato' yang akan menentang Kenichi Tago. Auntie kat sebelah aku beria cakap Cina dengan aku. Ntah apa yang dia cakap aku pun tak pasti, tapi aku buat2 paham je la sambil angguk2 dengan muka konpiden. Terus aku feeling2 macam bercakap dengan mak mentua plak hehhe. Azrul Rajalawak pun ada gak kat area aku duduk tu tapi kejap je la dia lepak situ. Amik gambar dan terus blah. Waktu suku akhir pun ada juga ternampak dia kat luar stadium.

Habis je game terus Dato' gi kat family dia dan dukung baby (anak abang beliau). Time ni nampak Dato' sangat sweet jer muhahahha. Dan tak sangka Dato' ni pandai juga buat lawak (Kafe Sukan).

Keluar dari stadium nampak orang beratur kat booth Astro Arena. Tup2 dengar pengumuman siapa nak jumpa Dato' sila beratur untuk sesi autograph selama 10 minit. Dah tu... ingat aku tunggu saja? Harusla aku pun cuba nasib beratur jugak thehehehe...

Aku tengah mengadap Dato' yang sedang sign autograph kat notebook aku. Mujur adik aku yang amik gambar ni, kalau aku yang amik konpem gigil

Sementara tunggu tu staf Astro ada le hulurkan beberapa cenderahati dari Astro Arena seperti beg, pen, mouse pad, topi, notebook dan juga gambar Dato' sebagai duta Astro Arena.

Autograph Dato' Lee Chong Wei