Hari ni breakfast kat restoren waktu dinner semalam. Keluar pukul 9 tu dah ramai dah manusia yang breakfast. Harapan nak makan nasi lemak adalah hampa kerana dah habis. So, terpaksalah makan roti canai saja sebelum pusing satu pulau hari ni. Cuaca sangat panas terik hari ni. Waktu breakfast nampak lagi si Nita pusing2 kat sini. Hari ni beliau naik basikal pulak sorang2.
Seperti dijanjikan, pakej round island hari ni bermula jam 10.30 pagi. Bot yang boleh memuatkan seramai 20 orang hari ni dinaiki oleh 16 orang penumpang termasuk kitorang berlima.
Mula2 naik bot ok la, berjalan lancar. Sampai satu tahap bot tu melambung2 dipukul ombak. Perkghhh... rasa macam naik rollercoaster. Macam manalah agaknya baby yang dikandung oleh seorang penumpang, mesti berhempas pulas dalam perut hehehe. Kakak tu rasanya mengandung dalam 5-6 bulan macam tu, tapi selamba jer naik bot pusing pulau sampai ke petang. Syabaslah kakak.
Perjalanan kitorang bermula di Salang (seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah). Destinaasi pertama ialah ke Kampung Juara. Kat sini suasananya sangat tenang dan sunyi. Kalau untuk orang honeymoon tu sesuai la kot. Pantainya pun lebih cantik daripada di Salang. Tapi kat sini apa pun takde, hanya kedai makan je.
Sampai2 je kat sini, semua orang terus menuju ke kedai makan. Minum dan lepak2. Hanya aku dan sorang kawan serta Mat Salleh dengan isteri dan 2 orang anaknya je pegi mandi2 kat pantai yang lebih lembut pasirnya berbanding di Salang.
Dari Kampung Juara menuju ke pit stop kedua pulak. Kali ni ialah ke Air Terjun Asah. Memandangkan kitorang bawak nasi lemak yang dah siap2 dibeli sebelum tour tadi, so kitorang pun gigih la bawak nasi lemak ke air terjun ni. Konon2 nak makan sambil mandila. Sekali, nak sampai ke air terjun tu boleh tahan le jugak semputnya nak memanjat bukit tu. Terus tak jadi makan, bawak balik ke bawah balik le nasi lemak tu. Memang terjelir2 la jugak lidah sementara nak sampai ke atas tu. Dan sekali lagi kakak yang mengandung tadi tu panjat bukit ni dengan selambanya mengalahkan orang tak mengandung. Memang senanglah ko nak beranak nanti kakak oi.
Bila dah jumpa air terjun, memang tak tunggu lama lagi dah. Terus terjun je. Kat atas tu dah ada ramai pemuda2 kampung tu kot yang dok mandi manda. Tempat nak mandinya kecik je, takdela besar sangat. Dalam pulak tu. Terpaksala mandi beramai2 secara berjemaah. Mujur diorang tu jenis sporting, tolong kitorang terjun dan panjat ke atas batu bata kat situ. Kalo tak, aku rendam kaki sajalah kat tepian sebab takut nak turun dalam keadaan yang curam dan air yang dalam huhuhuu. Mandi air terjun tak sama dengan air laut sebab air terjun lebih segar dan tidak melekit2. Nak2 plak time tu tengah hari terik ditambah pula dengan kepenatan serta peluh meleleh2 waktu panjat bukit tadi. Memang kesegarannya tahap maksimum la.
Selesai mandi manda teruskan perjalanan menaiki bot ke Kampung Paya. Tujuan ke sini ialah untuk makan tengah hari. Terdapat banyak gerai makanan kat sini. Biasanya pakej tour island ataupun coral island memang akan singgah makan kat sini.
Kitorang belasah nasi lemak yang dibawa dari Salang tadi. Sambil makan nasi lemak, order burger plak sorang satu. Gilalah. Nasi lemak tu bukannya dalam daun pisang yang sikit tu, tapi dalam polisterin penuh. Tak sangka perut aku mampu pulak belasah burger secara back to back. Huhhhh ada saka jentayu ke hape ni?
Selesai makan, tibalah detik2 yang dinantikan iaitu acara snorkeling. Wehooo... masing2 pasang kaki itik dan terus terjun tanpa berlengah lagi. Merasalah telan air masin 5 - 6 teguk. Abisla kena darah tinggi aku pasni.
Dari tempat snorkeling ni, kita singgah pula ke pusat bandar Tioman iaitu Tekek. Baca/sebut betul2 tau, Tekek, bukan tetek hehehe. Kat sinilah ada lapangan terbang untuk Berjaya Air, sekolah, bank, duty free, hospital dan semua kemudahan2 yang sepatutnya ada le. Budak2 kat Tioman ni mostly duduk di asrama sejak darjah satu sebab sekolah yang ada hanya di Tekek ni. Baguslah, kecik2 dah berdikari.
Mostly kat sini jalan2 cuci mata je. Takde apa nak dibeli sangat pun sebab rasanya kalau souvenir lagi murah di Salang.
Dari Tekek sambung snorkeling lagi sambil bagi ikan makan di Marine Park. Ramai gile orang snorkel kat sini. Kalau tak silap aku kat sinilah Minah Salleh yang sama bot dengan kitorang ternampak shark waktu snorkel. Nak kata snorkel pon tak jugak sebab beliau tak pakai life jacket pun, so memang dapatla dia menyelam ke bawah. Kat bawah tu lah yang beliau nampak. Pergkhhh... seram plak aku dengar.
Dari sini kitorang pusing sambung snorkel dekat kawasan berhampiran dengan jeti Salang. Kiranya kat sini destinasi terakhirlah. Aku dah tak larat nak terjun dah kat sini, just tengok dari atas je.
Sampai kat Salang dalam jam 5 petang. Kemudian kitorang sambung mandi laut lagi. Memang kecut la badan satu hari ni tak sempat kering.
Balik dari mandi laut semua mandi dan bersiap2 laju2 untuk jalan2 beli souvenir dan dinner. Kemain laju lagi aku suruh kawan2 aku bersiap untuk shopping. Mana taknya, kang lambat kang tak sempat plak aku nak mengadap bola Malaysia vs Singapore di Stadium Jalan Besar.
Dah dapat segala benda yang dihajati, kitorang pon plan nak makan kat restoran depan chalet kitorang yang ada skrin besar. Kononnya puas la skit nak tengok bola kan. Sekali, bila dah duduk, diorang tak tukar2 pun siaran, masih tayangkan National Geographic. Kitorang tanyalah abang waiter tu, katanya diroang tak tayang bola sebab kat sini lebih ramai pelancong asing. Cisss... hampa dan hampas sekali.
Memandangkan semangat nak tengok bola yang membara, aku pun blah dari kedai tu pegi ke kedai2 yang terdapat di depan jeti sebab mostly diorang dah ready pasang siaran bola. Kawan2 aku yang lain terus makan di kedai tadi.
Mula2 sampai kat kedai ni, ada 2 - 3 orang je yang makan kat situ. Aku sorang je pompuan. Makin lama makin ramai orang penuh kiri kanan. Waktu aku tengah makan sambil ralit tengok bola, kawan aku telefon bagitau kedai tadi dah tukar siaran. Diorang dah tayang bola. Hishhh hampeh kelapo betul lah.
Lepas habis makan, waktu tu bola pon dah masuk ke minit ke-30, aku pun lari cepat2 pegi ke kedai tempat kawan2 aku makan tadi. Sambung tengok bola kat sini sampai habis separuh masa pertama.
Waktu rehat diorang tukar ke rancangan National Geographic semula. Habis 15 minit rehat aku tengok diorang tak tukar2 semula ke Astro Arena. Adoiyaiii... bikin panas betulla. Sudahnya aku takat sembang2 je lah kat kedai tu. Malas dah le aku nak lari plak pegi ke kedai tadi. Terpaksalah aku minta bantuan Dato' Hasbullah Awang dan Zainal Abidin Rawop update keputusan semasa dan apa yang berlaku melalui sms. Tension gilak! Nak2 plak bila dengar orang dok bersorak sakan dari kedai yang aku mula2 makan tadi.
Laporan dari sms plak tak habis2 mendebarkan aku. Selagi tak tamat 90 minit tu, terus tak tenang tali perut dan jantung. Sambil2 tu, kitorang dok berkemas sebab esok pagi2 nak kejar bot pertama jam 6.30 pagi. Kang tak sempat bangun pagi, mau menangis berenang2 nak kembali ke Mersing kang.