Tuesday, August 2, 2011

3 Hari 2 Malam - Tioman

Selepas tamat perlawanan Pilihan Malaysia dan Chelsea, bergegas2 lari ke Terminal Bersepadu Selatan. 1st time sampai kat sana, agak kagum la jugak dengan kemudahan yang terdapat di situ. Sangat kellassss... ada gaya2 airport. Ada info mengenai ketibaan dan perlepasan bas, nak turun ke platform pon ala2 nak masuk ke balai pelepasan kapal terbang. Siap ada polis tunggu di platform untuk cek tiket okeh. Cantekkk, I loikeeee.

Memandangkan jam dah 11.25, maka berlari2lah kitorang berlima mencari platform bas. Dah jumpa pulak, belari2 naik bas. Kitoranglah penumpang terakhir yang naik bas. Mujur bas tak tinggal. Kalau kena tinggal bas, aku akan salahkan Benayoun si Israel tu heheheehe.

Naik2 atas bas, dengan badan yang panas berlekitnya, dengan bendera Chelsea masih di tangan, mesti orang atas bas tu separuh pitam agaknya dengan bau aku. Hehehhe sorry uols, tak sengaja. Duduk je di kerusi, sembang sepatah dua kata dengan kawan aku, terus tiup bantal leher dan pasang shade. Tak sempat sampai ke Serdang lagi pun aku dah selamat belayar. Hanyut terus, tak sedar apa yang terjadi.

Aku hanya sedar bila dah hampir separuh jalan dah kot, tapi tak pasti kat mana sebab aku tak buka mata pun. Aku sedar bas tu terhoyong hayang je. Dah rasa macam naik bot. Seriously memang tak selesa nak tido sebab gegaran bas tu bleh tahan laaa kuatnya. Mujur disebabkan kepenatan melampau, aku masih boleh sambung tido walaupun dalam situasi sedemikian. Sedar2 bas dah berhenti di Stesyen Bas Mersing. Mula2 ingatkan berhenti rehat je, rupanya memang dah sampai sana. Kitorang sampai tepat jam 3.45 pagi. Menurut kawan2 aku, memang pemandu bas tu bawak laju malam tu, sebab tu bas terhoyong hayang. Eee nasib baik tak buka mata, kalau tak mesti seram.

Kedai2 di stesyen bas semuanya tutup. So, kitorang plan nak tido je kat situ sementara tunggu pagi untuk naik feri. Pusing2 kat situ, ada satu kaunter feri ke Tioman yang dibuka. Lepas beli tiket, makcik kaunter tu suruh anak lelaki beliau hantar kitorang ke jeti.

Sampai kat jeti dah ada ramai manusia dah pun kat sana. Feri pertama akan bertolak ke Tioman pada jam 5 pagi. Kiranya tak perlulah kitorang nak tido ataupun tunggu lama kat jeti.

Feri dari Jeti Mersing ke Tioman mengambil masa selama 2 jam lebih. Mula2 kawan aku dah suruh spare ubat mabuk kot2 mana le tau tetiba mabuk laut plak kan. Tapi memandangkan beliau hanya pesan suruh aku bawak ubat mabuk waktu aku dah ada dalam stadium, memang tak dapat le nak bawak. Aku pun risau la jugak mana tau kot2 mabuk dalam feri plak kan walaupun sebelum ni tak penah lagi ada sejarah mabuk dalam feri.

Dapat je duduk dalam feri, tak tunggu lama lagi dah, terus aku tutup mata. Hangin jer kawan2 aku dengan aku sebab asik tido je kejenya. Kiranya antara kitorang berlima aku yang terlebih tido sejak dalam bas tadi. Diorang tido2 ayam je.

2 jam lebih dalam feri sangat menyiksakan sebab sakit pinggang dan tulang bontot. Mana taknya, seat feri tu tegak jer. Tido pon memang tak selesa lah. Apa nak buat, tahan je lah, takkan nak berenang plak kan. Dalam feri ni ada le seorang pakcik yang beria2 promot suruh kitorang pegi ke kebun durian beliau. Last2 kawan2 aku buat2 tido je, malas nak layan pakcik tu.

Jam 7 lebih kitorang selamat sampai di Salang, Tioman. Wehooo... bestnya rasa. Suasana yang segar bugar memang terbaeeekkklah. Nak2 plak di hening pagi gitu. Sampai2 je, benda pertama yang dituju ialah kedai makan. Masing2 dah kebuluran. Serbu nasi lemak sambil lepak2. Nak terus ke chalet kang takut takleh nak check in awal plak.

Dalam pukul 9 kitorang pun pergilah ke tempat penginapan yang dah ditempah iaitu Salang Pusaka Resort untuk mencuba nasib dan ternyata nasib memang menyebelahi orang2 yang comel. Maka dapatlah kitorang check in. Chalet kitorang plak dok di lokasi yang paling depan, dekat dengan tempat makan.


Masuk dalam chalet tak pandang kiri kanan dah. Terus terjun atas katil. Tido lagi huahauauaua. Nak2 plak cuaca sepoi2 dan suhu pun sedap2 je, memang lena dibuai mimpi lah jawabnya.


Pukul 12.30 keluar untuk terjun ke laut. Elok sangatlah tu, tengah hari rembang panas buta gitu pi terjun ke laut. Memang terbaiklah untuk menghitamkan kulit. Seriau gak takut aku balik KL kang orang ingat aku adik S. Kunanlan plak kang. Tapi, laut punye pasal, apa adahal dengan panas? Takat nak hitam kulit, paling lama pun 2 minggu nanti ok lah balik kan. Bukan hari2 pun nak mandi laut.


Memandangkan orang takde yang mandi time2 gini, memang kitorang je lah yang conquer laut hari ni. Rendam badan lah, terapung lah, terjun tiruk lah, selam lah. Semua buat. Best. Sempat jugak buat istana pasir. Berangan jadi budak2 balik. Layannn.


Balik chalet mandi beramai2 dalam bilik air pulak. Jadi orang gila kejap huahauaahuhaua. Kata nak enjoy cuti2 kan. Haruslah bergumbira je. Penat mandi tido lagik. Astagaaa... apa nak jadik nih.


Petangnya bila terjaga dari lena dan perut pun menjerit2 minta diisi barulah masing2 terpikir untuk keluar. Mula2 gi jalan2 cari pakej untuk mengelilingi pulau keesokan harinya. Kemudian diikuti jalan2 di persisiran pantai melihat orang sedang mandi manda, snorkeling. Tak kurang juga kanak2 pulau yang bermain. Aku pun join sekali tengok diorang dok tangkap ikan dengan ketam. Syok je tengok diorang. Kecik2 tapi lasak kemain. Takat terjun laut tu tak heran langsung. Aku yang tua bangka ni sampai sekarang tak reti2 berenang.


Kemudian kitorang lepak2 kat kedai makan sambil menikmati pemandangan mentari senja yang melabuhkan tirainya. Malam ni pekena seafood kat salah sebuah restoran kat sini. Waktu lepak2 ni ternampak plak penyanyi Nita Hamzah baru balik dari diving. Dah rentung kulit beliau. Mesti dah dua tiga hari berjemur nih. Skodeng gak kot2 beliau datang dengan skandal ke, pengganti Zahid ke, tapi takde plak.

Kenyang menikmati pemandangan senja dan mengisi perut, singgah menjamu mata kat gerai2 cenderamata yang terdapat di kawasan berdekatan. Hari ni belum nak shopping lagi, baru survey je lah dulu.

Balik ke bilik tukar uniform, kemudian lepak kat kerusi bawah pokok yang terdapat kat depan chalet kitorang sambil makan kuaci. Memandangkan chalet kitorang berdepan dengan tempat makan yang hampir 80% didatangi oleh pelancong Mat Salleh, dapatlah melayan perasaan dengar lagu2 yang dipasangkan. Nak2 plak diorang pasang lagu2 oldies dengan lagu2 omputeh zaman2 90an. Pergkhhhh... rasa terawang2 plak. Layar besar juga terdapat kat sini untuk menayangkan siaran tv.