Wednesday, December 22, 2010

Nothing to Worry

Kementerian aku ada anjurkan sesi pemeriksaan kesihatan pada minggu lepas dan minggu ni. Minggu lepas ada dua pemeriksaan iaitu gigi dan mata. Pukul 11 pagi aku dengan 3 orang lagi rakan seangkatan dah terjah ke auditorium. Lepas ambil borang terus kena panjat lori bergerak. Pemeriksaan gigi dibuat di dalam lori (bukan macam lori barang tu, tapi lori ala2 perpustakaan bergerak) Pusat Kesihatan Setapak. Jauh tau diorang datang ke Putrajaya, walaupun Setapak je.

Bila doktor dah check, ok tak ada masalah dengan gigi2 aku dan semuanya cukup 32 batang. Fuh lega. Padahal tadi sebelum naik lori ni berdebar nak mampus. Standard la kan, dari kecik lagi boleh dikatakan kebanyakan dari kita memang takut nak jumpa doktor gigi. Last aku jumpa doktor gigi pun 5 tahun lepas.


Turun dari lori, masuk ke dalam auditorium. Tulis nama kat buku kedatangan, dapatle air mineral sorang sebotol dan kuih 2 ketul. Huahuahua... pegi check pun dapat makanan. Ni yang aku suka nih.

Kali ni check mata pulak. Pun ok jugak, sekadar check baca tulisan kat dinding tu je. Bagi sesiapa yang pakai spek, dia akan check sama ada power kita tu masih sesuai lagi ke atau patut tukar cermin. Disebabkan umur aku yang masih muda, habis kat situ je pemeriksaan. Bagi golongan yang dah berusia diorang teruskan dengan pemeriksaan glaukoma.


Tengah hari semalam waktu lunch kat kafe, ternampak la pulak beberapa orang nurse kat depan perpustakaan. Kenyang je perut terus terjah kaunter ni untuk check. Mula2 ukur tinggi dan berat. Sesuatu yang dah lama aku idamkan untuk dengar akhirnya berjaya juga didengari kat sini. Buat pertama kalinya berat badan aku ideal. Diulang... IDEAL ok. Fuh, terus muka aku bersinar2 rasa nak peluk nurse tu heheeh.

Lepas tu jumpa nurse yang kedua pulak untuk check tekanan darah. Darah aku okey, normal saja. Tapiii... nurse yang kedua ni cakap aku kurus sangat huhuhuhuuu. Yelah, berat aku cukup2 makan je lepasi tahap berat badan ideal pun. 18. Sebelum ni selalunya 17 (underweight). Nurse suruh aku banyakkan makan mayonis dan mentega untuk naikkan berat badan. Pastu aku tanya la dia, kalau makan mentega banyak2 kang kolesterol plak tinggi. Tapi dia kata, kolesterol boleh turun dengan makan oat. Aku juga bagitau masalah aku iaitu kalau berat badan aku naik, hanya tertumpu kat bahagian pipi je. Dia kata itu normal sebab berat akan naik di kawasan yang berminyak. Bagi kaum wanita selain pipi, biasanya akan naik berat di dada dan punggung. Ooooo.... barula aku paham kenapa selama ni pipi aku je yang gemuk. Kenapalah tak turun kat dada dan punggung sekali huhuhu. Mungkin kena makan lagi banyak kot. Bila pipi dah takleh tampung lagi, baru turun kat dada dan punggung kan? Hmmm... bilalah dada dan punggung aku nak mantoooopppp ni.



Disebabkan tekanan darah aku okey dan aku masih muda lagi bak kata nurse tu, aku tak perlu lagi buat pemeriksaan glukos. Tapi disebabkan nurse yang check glukos tu lelaki, aku pi jugak tadahkan jari untuk beliau ambil dara... errr maksud aku darah.



Darah aku pun normal, tak ada lebihan gula. So, tak perlula aku join Persatuan Diabetes Malaysia. Kesimpulannya, setakat ni aku sihat dan tak perlu nak risaukan apa2 pasal tahap kesihatan walaupun aku sangat pemalas nak exercise, sekadar turun tangga dari tingkat 3 je setiap hari. Boleh la tu, daripada takde langsung huhu.