Friday, December 24, 2010

Ho...Ho...Ho...Holiday


Jingle bells, jingle bells
Jingle all the way
Oh, what fun it is to ride
In a one horse open sleigh

Yeahhh... Christmas 2010 is coming. Merry Christmas to my Christian friends.

Selain dari Krismas, kebiasaannya pada setiap hujung tahun boleh dikatakan ramai orang yang mengambil peluang untuk bercuti panjang. Tak kiralah sama ada menyambut Krismas mahupun bagi penganut agama2 lain yang tak ada kaitan dengan Krismas. Kiranya hujung tahun adalah fenomena biasa bagi orang ramai bercuti selain budak sekolah dan cikgu2. Yang lagi best, kebanyakannya bercuti hingga ke tahun baru.

Bila dah ramai yang bercuti, maka produktiviti di pejabat pun agak menurun sedikit la. Segala perancangan pada hujung tahun akan dibuat terlebih awal atau ditangguhkan hingga ke tahun baru. Nak2 pula bila hujung tahun ni masuk musim hujan dan musim orang kahwin. Memang pergi pejabat pun hanya 50% je la kut yang semangat nak kerja, lagi 50% entah ke mana2 semangat itu pergi. Sejuk2 macam ni, otak pun boleh beku. Tu baru takat sejuk aircond je, belum lagi sejuk salji macam orang kat Europe yang dilanda salji yang lebat hingga menyebabkan kapal terbang pun tak boleh mendarat dan berlepas.

Hujung2 tahun macam ni, soalan yang paling sering aku terima dan naik menyampah pula bila didengar ialah "kau tak cuti ke hujung tahun ni?". Yer... jangan terkejut, aku memang boring gila bila orang tanya soalan ni kat aku. Mana tak boringnya, agak2 le nak tanya soalan pon. Aku ni kan ke tak ada anak sekolah, husband aku pun bukannya kerja cikgu, buat apa aku nak sibuk2 cuti time hujung2 tahun ni. Aku kalau cuti tak kira time, kalau rasa nak cuti aku cuti je. Yelah, buat apa aku nak berebut dan sibuk juga cuti time2 puncak macam ni, biarlah ibu bapa yang ada anak sekolah je cuti bawa anak2 berjalan mahupun siapkan persiapan untuk persekolahan. Sah2 la kat sana sini situ orang ramai berebut2. Baikla aku cuti time suasana tenang dan reda.

So, peringatan aku kepada orang2 yang masih bujang, yang anak2 masih kecil mahupun yang anak2 dah besar2 belaka, boleh tak korang bagi chance kat ibu bapa yang ada anak2 sekolah je yang cuti hujung2 tahun macam ni? Ni tak, semua pun sibukla nak cuti time2 macam ni. Macamkan dari bulan Januari hingga bulan Oktober tu tak ada masa nak cuti kan. Nak2 pula yang kerja Kerajaan, bukannya pejabat akan ditutup pada hujung tahun pun macam setengah2 pejabat swasta. Sila jangan kalut boleh?

Okla, itu pandangan aku je. Kalau korang tak setuju dan tak terima pun aku tak kisah, bukannya menjejaskan aku pun kan. Kepada yang bercuti, selamat bercuti. Adios...