Tuesday, December 21, 2010

The Green City Part 2

Lepas breakfast yang disediakan iaitu teh dan roti berserta jem dan mentega, kitorang pun check-out. Sebelum memulakan langkah ke tempat lain, kitorang berposing2 di sekitar Arab Street. Memandangkan hari masih pagi, kedai2 yang ada kat situ belum ada yang dibuka lagi.


Seterusnya kitorang berjalan kaki ke stesen MRT dan turun di Raffles Stesen. Di sini kitorang menyusuri Singapore River sambil bergambar dengan bangunan2 di sekitar yang berasaskan seni bina Inggeris. Boleh le setakat nak feeling2 berada di London huhu. Antara bangunan sekitar yang kitorang pergi ialah Asian Civilisation Museum, Victoria Memorial, Fullerton Hotel, Cavenagh Bridge.


Orang memang tak ramai di sekitar kawasan ini walaupun ini ialah antara tumpuan utama di sekitar kawasan Marina Bay ni. Mungkin masih awal kut. Jalan2 sambil mengambil gambar sangat bebas kerana orang tak ramai yang mengganggu angle nak pose.

Dari situ kitorang berjalan menuju ke Merlion Park. Kalau pi Singapore tapi tak pergi ke Merlion Park yang ada patung gergasi Merlion ni memang tak lengkap lah perjalanan ke sana. Kat sini orang sangat ramai terutama gerombolan pelawat2 yang datang menaiki bas pelancongan.


Penat berjalan, bergambar dan meloncat2, kitorang berhenti di bawah jambatan. Kat bawah ni ada cafe untuk minum. Berhenti mengambil nafas, berehat dan makan. Cuaca hari ni memang sangat2 terik dan panas.

Lepas berehat, kitorang kembali menaiki MRT dan turun di Bugis Street untuk mengambil bas kembali ke Malaysia (Johor Bahru). Tempat2 shopping seperti Orchard Road memang tak termasuk dalam senarai lawatan kitorang. Yelah, bukannya nak shopping barang2 branded pun. Shopping complex kat Malaysia pon tak tershopping katanya. Lagipun kalau nak shopping dengan murah di Singapore ni, silalah datang sewaktu hujung tahun atau lebih tepatnya sewaktu Christmas Sale. Memang sangat2 murah.

Stesen bas untuk kembali ke Malaysia terletak tak jauh je dari tempat kitorang menginap. Tambang tiket (tak ingat) rasanya dalam RM2 lebih kut. Perjalanan kembali menaiki Tambak Johor kejap je sampai. Dalam 15 - 20 minit saja. Sampai di sempadan, kena turun untuk cop pasport dan kembali menaiki bas semula. Kalau tak sempat nak naik bas yang sama, kita boleh naik mana2 bas dari company yang sama dengan syarat jangan buang tiket bas tadi. Kalau tak, kena la bayar tiket semula.

Dari imigresen Singapore, akhirnya kami sampai di Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ). Nak lepas kaunter imigresen Malaysia ni memang sangat2 seksa. Bukan seksa dengan kerenah, tapi seksa dengan orang yang sangat ramai. Mujurlah kat autogate untuk rakyat Malaysia agak smooth kerana hampir 80% manusia yang berduyun2 kat kaunter adalah rakyat Singapore yang berbondong2 nak masuk ke Malaysia sempena cuti Wesak ni.

Kitorang sampai di Malaysia lebih kurang jam 3 petang. Perut sangat2lah lapar kerana masih belum makan tengah hari. Tanpa berlengah, terus terjah City Square dan makan puas2. Malamnya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki KTM dan sampai jam 6.30 pagi esoknya.

Sekianlah pengembaraan saya ke bumi Singapore The Green City walaupun sekarang ni keadaan di sana aku rasa tak lah sebersih dan sehijau dulu. Puntung rokok dan sampah pun dapat juga dilihat di mana2. Mungkin kena tukar kepada Singapore, The Not So Green City Anymore kut heheheeh.