Argkhh tensen!!! Hari ni aku cipta rekod dari rumah ke pejabat mengambil masa 45 minit dan penyudahan kepada rekod tersebut ialah aku lewat 4 minit huhuhuuhu. Seperti yang semua sedia maklum, kesesakan yang teruk berlaku akibat daripada pembukaan lorong bas pada jam 7 hingga 8.30 pagi setiap hari bekerja. Percubaan ini akan berlangsung sehingga 14 Januari 2011.
Aku rasa orang yang paling teruk mengharungi kesesakan ini ialah bagi mereka yang tinggal di Presint 9 terutama di Jalan P9G. Kecualilah kalau dia keluar melalui jalan belakang (depan kedai mamak), kurang la sikit sesak. Bagi penduduk2 perumahan teres dan apartment Fasa 1, 2, 3 dan 4 Presint 9, memang sangat seksa sebab itu je lah satu2nya lubang nak keluar ke jalan besar (selain depan kedai mamak). 20 minit masa yang diambil untuk aku keluar dari rumah ke jalan utama.
Tapi takpe, kita jangan cepat melenting dan melatah kerana ini adalah hari pertama percubaan tersebut dan semua orang masih belum dapat klu lagi tentang keadaannya. Mungkin esok dan lusa keadaan akan beransur baik. Menjelang bermulanya sesi persekolahan nanti, aku tak boleh la nak bayang macam mana keadaan kelak. Kalau seperti apa yang berlaku pada hari ni (cuti sekolah), aku rasa aku kena keluar rumah jam 6.45 la kot kalau taknak terperangkap. Huwaaa...
Ok, tutup bab sesak tu dan cite bab lain yang lagi panas. Korang ada dengar tak Panggilan Hangit di radio HotFM pagi tadi? Adoii... anak sapa la si Nana ni? Ohh... yang pasti bukan anak kawan aku yang nama Nana jugak le, sebab dia baru nak masuk darjah 1 heheh. Budak ni umur 15 tahun tapi mulut sangat longkang ok. Bercakap dengan orang tua langsung takde adab. Bukan takat takde adab je, tapi tak guna otak rasanya. Sumpah aku rasa nak lempang je budak tu pagi2 buta nih. Aku pasti ni bukan salah mak bapa lagi dah, tapi salah diri sendiri atau mungkin dipengaruhi oleh rakan2 sebaya la nih. Peer influence kata orang kampung aku. Sebabnya kalau diri sendiri sorang2, tak jadi gitu perangainya. Dan lagi, kalau kawan2 dia jenis sopan santun dan berbudi bahasa, takkan dia sorang2 je jadi gitu kan.
Entahlah, takut aku dengar perangai dan tingkah laku anak muda zaman sekarang ni terutamanya remaja belasan tahun. Yang pasti, diorang ni depan mak bapak confirm cover baik punye, tapi kalau belakang mak bapak, syaitonnirrojim pon takut nak hampir. Lagi dasyat dari diorang.
Cabaran menjadi ibu bapa zaman sekarang bukannya mudah apatah lagi dengan pelbagai teknologi masa kini yang bukan sahaja memudahkan kehidupan, tapi juga turut memusnahkan kehidupan jika disalahgunakan. Berapa ramai anak muda yang sudah hilang dara/teruna? Eh...tapi Aku Masih Dara tauuu!!! (Rasa macam nak kawen esok je bila tengok Ashraf Muslim jadi hero dalam filem tu. Kalau dapat dia, sumpah tak cari yang lain).
Bukan setakat rosak dari segi akhlak dan moral saja, tapi bilangan remaja yang terlibat dengan salah laku jenayah pun makin meningkat. Kadang2 aku tak faham, apa yang diorang kejar dalam hidup ni? Tak sabar sangat ke nak jadi orang dewasa? Kalau tak sabar nak jadi dewasa, paling utama kenalah dewasakan pemikiran tu dulu. Ini semuanya mengikut nafsu dan hati semata2, tu yang rosak belaka tu.
Macam mana lagi ye nak didik anak2 supaya jadi orang berguna? Kalau tak berguna pada masyarakat, bangsa, agama dan negara sekalipun, jadilah orang yang berguna pada diri sendiri. Mak bapak dah didik anak2 dengan penuh kasih sayang, korbankan wang ringgit dan harta benda semata2 nak lihat anak2 berjaya dan menjadi 'orang', tapi kesudahannya lain yang jadi.
So, anak2 muda, kalau anda terbaca entry ni, tolonglah fikirkan apa yang baik untuk diri sendiri dan tidak menyusahkan orang lain serta menconteng arang di muka ibu bapa ye. Ingatlah, hidup kita bukan setakat untuk berjoli dan bergembira pada hari ini saja, tapi perjalanan masih lagi terlalu jauh. Moga anda tidak menyesal di kemudian hari.