Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa
Terasa diri dipersenda
Di mana berakhirnya nanti
Permainan sandiwaramu ini
Sesungguhnya aku tak mengerti
Huahuahua mukadimah jiwang. Saja layan. Hari ni genap 24 jam aku kehilangan binatang peliharaan aku. Kalau nak report polis dah boleh dah ni. Siap aku boleh bagi senarai suspek lagi kalau polis tanya.
Pagi semalam datang je kat office, aku tengok ular aku dah tak ada di tempatnya. Berkeliaran kat seluruh kawasan bilik aku ni aku cari, tapi haram tak jumpa. Oh! Sedih dowhhh... Ular tu aku jumpa waktu sibuk mengemas bilik aku minggu lepas. Maklumla tak lama lagi office aku nak buat 5S, so aku pun siap2 le bertungkus lumus kemas awal2 supaya tak kelam kabut nanti. Lagipun bos aku takde, senang sikit aku nak sepah2kan bilik.
Tengah dok kemas2 tu lah aku terjumpa ular yang berwarna oren hitam ni. Ular ni kalau tak silap aku dah 4 tahun umurnya. Ia diberi oleh kawan aku waktu aku di bahagian lama dulu. Lepas tu bila dah pindah ke tempat sekarang, aku pun tak ingat langsung pasal ular ni hinggalah aku kemas barang hari tu.
Sejak hari tu aku letakla ular aku tu kat pokok di depan bilik aku ni, suruh dia jaga pokok tu sambil2 tengok2 kan aku hehehehe. Di samping sebagai peneman kepada pokok tu, sempat la juga aku buat statistik. Statistik mengira berapa orang yang terperanjat bila nampak ular atas pokok. Boleh tahan ramai juga lah yang jadi mangsa. Mangsa pertama ular aku ni ialah big boss aku huahuhaua. Mujur beliau tak maki hamun aku sebab terkejut. Cumanya ketua bahagian kat office aku ni je yang 3 - 4 kali baling ular aku sebab bengang kerana terkejut. Asal dia lalu je depan bilik aku, mesti ular tu kena baling melantun2 di sini sana.
Big boss aku cakap, suruh letak rama2 instead of ular. Ala, pokok aku tu bukannya ada bunga nak letak rama2, so letak ular sesuai lah kan. Seorang CC pulak suruh aku letak siput babi kat situ. Huhh.. kalau aku ikut semua, tak pasal2 pokok tu jadi zoo negara pulak. Ada ular, rama2 dan siput babi. Tapi yang paling lawak, ada sorang CC juga, dia lari macam kena kejar dengan hantu bila ternampak ular aku. Langsung tak pandang belakang dah. Memang takut habis. Teringat aku pada seorang kawan lelaki aku yang memang anti, geli dan takut dengan ular hatta ular mainan sekalipun. Macam tu lah beliau lari lintang pukang bila nampak ular mainan.
Mangsa terakhir ular aku ni ialah big big boss (lagi besar) aku. Siap patah balik dan skodeng pelan2 nak tengok ular aku. Ingat lagi ayat beliau dengan loghat Kelantan "sapo ye naka letak ulor sini". Tak larat wei aku nak gelak time tu.
So, sampai hari ni aku rasa memang ular aku kena curi. Bukan disembunyikan oleh kawan2 aku untuk main2kan aku. Sebabnya kawasan bilik aku ni takdela ramai benor orang yang lalu lalang kecuali orang2 yg biasa. Waktu aku balik kerja pukul 5 petang memang elok lagi ular tu ada kat tempat dia, tapi datang office pagi2 jam 7.30 dah tak ada. Semua orang pun tak tau dan tak nampak mana ular tu berjalan pegi. So, kitorang semua suspek yang curi ular itu ialah budak2 technician luar yang datang buat wiring network kat office aku je lah. Sebab diorang je antara orang2 terakhir yang berada di kawasan ni waktu kitorang semua balik.
Semalam pagi waktu diorang sambung buat kerja, ada juga la aku tanya2 sama ada nampak atau tidak ular tu, tapi tak ada yang nampak sementelah yang datang pagi semalam adalah orang yang lain daripada orang yang datang petang sebelumnya.
Huwaaa... hilang sudah ular aku. Bengang betul aku dengan kecurian tersebut walaupun ia hanyalah ular mainan. Bukannya ada pulangan yang tinggi pun kalau kau jual kat pasaran. Kenapalah gatal sangat tangan nak ambil ular tu, bukannya dia ganggu sapa2 pun kat atas pokok tu. Yang aku bengang gila2 bukan sebab ular hilang, tapi sebab dicuri. CURI. Boleh tak kaalu hidup ni jangan menyusahkan orang? Dasar perampokkk!!! Huh!!! Aku sumpah sapa yang amik ular tu akan mimpi dibelit ular selama sebulan. :P