Sejak 3 - 4 bulan kebelakangan ni aku rasa harapan yang dulunya bersisa kini bersinar kembali. Dulu aku hanya berjaya memperolehi 42.5kg sebagai berat maksimum yang pernah dicapai di mana kebiasaannya berat badan aku hanya akan berdiam kaku di angka 40kg tanpa bergerak.
Kini, segalanya telah berubah. Berat aku dah konsisten antara 43 - 44kg setiap kali timbang. Wehooo... inilah yang aku cari2 selama ni. Sekarang aku hanya perlu 1kg je lagi untuk mendapat berat badan yang ideal dengan ketinggian. Tapi kalau tak dapat pun aku dah cukup berpuas hati dengan pencapaian setakat ini. Bukan senang wooo aku nak dapat 43 - 44kg. Bertahun2 aku usahakan sampai putus asa le. Malas nak fikirkan lagi macam mana nak tambah berat yang sangat sikit tu. Akhirnya, aku berjaya tanpa berusaha.
Betul. Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh capai berat sekarang. Aku tak pernah buat apa2 exercise mahupun mengambil apa2 makanan tambahan untuk mencapai impian nan satu ni. Semuanya terjadi secara semula jadi. Aku hanya sedar dan mula menimbang apabila ramai orang menegur mengatakan aku nampak berisi. Setelah lebih dari 3 orang membuat teguran, barulah aku mula menimbang setiap 2 - 3 kali seminggu untuk melihat betul ke apa yang orang cakap tu. Sah! Memang aku dah bertambah berat dari biasa. Berita yang sangat menggembirakan setelah sekian lama.
Cuma satu saja yang merisaukan apabila impian aku tercapai ni. Kerisauan yang biasa. Apa lagi kalau bukan muka aku yang makin bulat nih. Agaknya 2 - 3kg yang bertambah tu, entah2 kat bahagian pipi je kot? Dagu aku pun dah terasa macam nak berlapis. Nampaknya kena selalu la aku gosok2 kat bawah dagu macam gosok kucing tu pasni. Huhuhuhuu. Tapi aku terasa jugak yang pinggang kain/seluar yang aku pakai terasa sedikit ketat.
Lagi satu perkara yang meyakinkan bahawa berat aku main bertambah ialah aku dapat makan banyak daripada dulu. Kiranya kalau ikot hati, sumbat banyak mana pun aku boleh masuk la berbanding dulu yang mana aku tak boleh makan banyak2 at one go. Agaknya perut aku dah elastic kot sekarang ni? Ini dapat dibuktikan apabila aku masih mampu makan nasi pada jam 1 tengah hari walaupun pukul 12 aku melantak mihun/mee/kueytiow sepinggan. Kalau sebelum ni, memang tobat le aku tak boleh makan lagi dah kalau perut dah kenyang.
Seminggu dua ni memang rezeki murah je sebab ada sesi temu duga kat pejabat. So, tiap2 hari aku la jadi tukang habiskan makanan kat sebelah aku ni. Tu belum campur jadi foodtaster lagi. Kadang2 kawan2 sebelah bilik aku ni pun suka bagi makanan tiap2 pagi. Baru2 ni lagi lah, pagi2 buta mengadap nasi beriyani, tengah hari makan nasi, pukul 6 kat rumah membelasah nasi himpit pulak. Aku pun terkejut dengan kebolehan diri sendiri pada hari berkenaan. Entah2 ada jin tak? Huahuahua...
Mungkin juga selaras dengan peningkatan usia, kadar metabolisme aku makin menurun kot yang menyebabkan aku berjaya kekal di angka 43 -44kg. Lagipun sekarang ni aku mana buat aktiviti yang mengeluarkan peluh langsung. Dok kat office mengalahkan dok kat London, balik rumah terus mengangkang tengok tv sampai tertidur. Memang tak sempat la kulit aku jamah matahari, apatah lagi nak berpeluh walau setitik pun.
Orang2 kat negara yang miskin, terlibat dengan perang, bencana alam semuanya kekurangan makanan. Tapi kat Malaysia, silap2 haribulan ada orang yang mati sebab terlebih makan. Apa2 pun, hidup mestilah bersederhana. Nafsu perlu dikawal agar tidak merana di kemudian hari.