Monday, December 13, 2010

The Green City

Dah nak habis tahun dah pun baru aku nak cerita pasal percutian aku yang dah hampir 7 bulan berlalu. Nak cerita ni kena betul2 fokus sebab nak ingat kejadian2 dan tempat2 yang dilawati walaupun sekadar 2 hari 1 malam je aku ke negara seberang tambak.

Ini adalah kali kedua aku menjejak kaki ke Singapore. Biasanya aku takkan pergi ke tempat yang sama 2 kali, tapi yang ni kira pengecualian la. Bukan sebab best gila2 di Singapore tu, tapi pemergian kali kedua ni adalah disebabkan aku nak pi ke Universal Studios. Tahun 2007 dulu mana ada lagi Universal Studios. Yang ada pun hanyalah Sentosa Island.


Kali ni aku hanya melancong berdua saja dengan kawan aku. Kitorang menaiki penerbangan jam 8 pagi dengan Tiger Airways dan sampai di sana 50 minit kemudian. Dari Changi International Airport kitorang menaiki MRT ke Bugis Street untuk check-in di tempat penginapan yang telah ditempah iaitu Sleepy Sam Bed & Breakfast yang terletak berhampiran dengan Masjid Sultan. Lepas check-in kembali menaiki MRT ke stesen Harbourfront. Dari situ menaiki bas di hadapan Vivo City untuk ke tempat yang dituju iaitu Universal Studios.




Hari ni adalah hari bekerja, so orang tidaklah terlalu ramai. Tiket masuk berharga SGD66 telah siap2 dibeli secara online sebab takut tak sempat. Ini adalah kerana Universal Studios mengehadkan kemasukan pengunjung setiap hari untuk memberikan keselesaan dan mengelakkan orang terlalu ramai pada satu-satu masa. Dengan tiket tersebut kita akan mendapat voucher untuk membeli makanan kat dalam tu sebanyak SGD10 dan apa2 je barangan yang dijual dalam tu juga SGD10.

Masuk2 je kat dalam tu dah ternampak si Woody Wood Pecker dok tercongok situ. Apalagi... serbuuuu!!! Lepas tu terus menjelajah semua games2 yang ada kat dalam tu. Masuk dalam ni sama je suasananya macam masuk ke Disneyland dan juga Lotte World. Tapi dah tentulah Lotte World jauh lagi besar dari Disneyland Hong Kong dan Universal Studios Singapore. Cuma ketiga2 taman tema ni memaparkan karakter2 dan watak2 kartun yang berbeza la. Paling best dalam Universal Studios ni bila masuk ke dalam set penggambaran filem Hollywood dan juga persembahan ala2 perang secara live siap kuar api bom bagai kat dalam air tu. Ada le jugak 2 - 3 tempat yang membuatkan kitorang basah atau sekurang2nya terkena percikan air.

Memandangkan waktu kitorang masuk kat sana lebih kurang 12 tengah hari, cuaca memang sangat2 panas. Nak buka mata pun susah sebab terik. Dengan voucher yang diberi, kitorang makan tengah hari hidangan ala India. Lega rasanya dapat makan nasi sebab dah penat main, berjalan kat dalam tu. Boleh dikatakan hari ni ramai pengunjung berbangsa India yang datang ke Universal Studios. Tak pasti sama ada India Singapore, India Malaysia atau India dari India. Kemungkinan besar India dari India la kot, sebab kebanyakannya memakai sari. Lepas makan sambung main lagi sampai letih. Sebelum balik, beli fridge magnet Universal Studios menggunakan voucher yang ada. Itu je la pun benda paling murah untuk dibeli. Kalau beli barang lain, kena tambah duit pulak.


Bila dah puas main dan bergambar, kitorang pun meninggalkan Universal Studios dengan penuh kepuasan kerana misi berjaya. Destinasi berikutnya yang juga menjadi misi ialah Hard Rock Cafe Sentosa. Singapore mempunyai 3 buah Hard Rock Cafe iaitu di lapangan terbang, di Orchard Road dan di Sentosa yang terletak bersebelahan dengan Universal Studios. Dapat barang yang dihajati, kitorang kembali menaiki bas ke stesen MRT.


Destinasi pada malam ni ialah untuk membeli belah di Chinatown. Kat sini ala2 pasar malam yang menjual kain baju dan juga cenderahati. Tak ada apa sangat yang dibeli pun, sekadar jalan2 cuci mata sebelum kembali ke penginapan.




Sampai di Bugis Street, singgah solat di Masjid Sultan. Malam ni meriah kat masjid sebab ada orang kahwin. Kalau di Malaysia kita sekadar buat upacara akad nikah je kat masjid, tapi kat sini siap ada kompang dan nyanyi2 sekali. Lepas solat, kitorang makan mee bandung di kedai kat depan masjid sambil dihiburkan dengan nyanyian dari majlis kahwin tersebut.

Hostel kitorang duduk ni adalah rumah kedai 2 tingkat. Bilik tidur kat atas manakala tingkat bawah adalah tempat makan, tv, beberapa buah komputer untuk melayari internet dan juga bilik mandi. Bilik yang kitorang duduk ni adalah untuk 5 orang. Disebabkan kepenatan berjalan dan bermain siang tadi, aku tak sempat pun beramah mesra dengan roommate yang lain, terus tido dan pengsan.