Wednesday, December 8, 2010

1Malaysia 1 Ummah 1432H

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru. Lagi 23 hari lagi sekali lagi akan sambut tahun baru. Fuhhh... how time flies so fast.

Detik2 akhir 1431H, terima lagi FB mesej dari orang itu. Semoga beliau berjaya dalam perjuangannya di Hong Kong. Kali ni dah tak terkejut nak pitam nak pengsan semua dah, sebab dah biasa keh keh keh keh.

Petang tahun baru disambut nun di atas bukit dengan menikmati keindahan alam sekitar. Panorama Kuala Lumpur katanya. Sebelum ni selalu aku tengok gambar2 di dalam FB kawan aku je. Tapi kali ni aku sendiri berjaya berada di tempat kejadian.

Sampai kat sana memang tak ada orang lagi, jadi orang pertama le ke Panorama tu. Tak sabar nak tengok bunga api tahun baru kan. Banyak la kau punye bunga api... nak kena panah petir? Makin gelap cuaca makin sejuk dan diiringi oleh kabus yang makin menebal. Rasa macam kat Cameroon eh Cameron Highlands plak. Tapi kan, aku tak rasa sejuk pun walaupun orang lain sejuk. Setelah ditegur oleh kawan aku, barulah aku perasan yang sekarang ni aku macam kurang sensitif dengan cuaca sejuk. Kiranya aku dah immune la nih. Mungkin sebab hari2 selama 8 jam aku berada dalam "peti ais" menyebabkan aku dah lali dengan keadaan sejuk gamaknya.

Makanan kat sini mostly adalah western. Harganya pulak kategori boleh tahan la (boleh tahan mahal) bagi tempat yang kitorang pergi tu. Mungkin mengambil kira lokasinya yang paling tinggi kot. Sempat la aku merasa makan Hawaiian Chewing Gum Pizza hari tu sambil menikmati keindahan lampu2 yang bergemerlapan di seluruh ibu kota. Ada juga beberapa orang yang datang angkut kamera besar untuk merakamkan pemandangan tatkala mentari terbenam dan malam di Kuala Lumpur.


Hari tahun baru hanya dihabiskan di rumah saja sementelah aku berpuasa hari ni. So, mengadap tv untuk mengikuti siaran langsung sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dari PICC je. Nak juga skodeng kot2 nampak muka kawan2 aku masuk tv kan. Tapi haramm tak nampak pun, cuma sekali je nampak baju diorang... tu pun dari jauh. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang menjadi wanita pertama menerima Tokoh Maal Hijrah. Akhirnya berjaya juga tengok beliau berbahasa Melayu.


Selain dari tu aku hanya menghabiskan masa dengan melayan youtube dan dvd saja hinggalah ke petang sebelum sambung dengan Piala AFF Suzuki. Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Harapan aku semoga tahun baru ni memberi banyak kebaikan kepada kita semua. Diharap semua orang di Malaysia akan menghentikan sebarang sengketa yang hanya menguntungkan setengah pihak tapi merugikan banyak pihak sahaja. Kadangkala kita kena juga fikirkan tentang masa depan yang masih jauh untuk dihadapi daripada keuntungan diri sendiri untuk hari ini saja. Apa2 pun, pilihan di tangan anda dan buatlah pilihan yang terbaik demi kesejahteraan sejagat.