Sunday, December 5, 2010

Kalau Takut Dilambung Ombak...

Yeahh... setelah 3 tahun pejabat aku tidak mengadakan Hari Keluarga, akhirnya tahun ni ia berjaya juga diadakan nun di Desa Waterpark. Waktu sampai kat sana jam 8.45 pagi kereta dah sangat2 banyak, nak cari parking pun susah. Ini semua disebabkan terdapat lebih kurang 7 buah pejabat yang mengadakan Hari Keluarga di sini.

Mengikut jadual asal, acara akan bermula jam 9.30 pagi, tapi atas faktor teknikal ia dimulakan sedikit lewat. Permulaan acara ialah ucapan perasmian daripada Penaung Kelab dan dituruti oleh acara bersarapan dalam hujan pagi. Kami dijamu dengan nasi lemak, pulut kuning + rendang, kuih donat dan karipap.

Setelah selesai bersarapan, hujan pun berhenti dan acara permainan dimulakan diselangselikan dengan acara cabutan bertuah. Semua acara yang dipertandingkan semuanya aku masuk kecuali pertandingan mewarna untuk kanak2 dan Tarzan in Town yang dikhususkan untuk lelaki sahaja. Dan lagi best, semua acara yang aku masuk semuanya aku dapat hadiah. Acara Catch the Ballon (no. 3), Fire Fighter (no. 2), Turtle Race (juara) dan Tarik Tali Dalam Air (juara). Heheh tarik tali tu mengelat je. Dalam group aku ada 4 orang jejaka yang gagah perkasa, so aku dan sorang lagi member perempuan sekadar pura2 tarik je huahauhua. Yang penting, mak menang uols. Cabutan bertuah pun aku dapat juga, hamper.


Sesudah makan tengah hari iaitu nasi beriyani, barulah aku mandi dan main air puas2. Waktu acara berlangsung tadi sekadar main air sikit2 je, kat kawasan kolam kanak2. Bila acara selesai barulah aku mandi dan main air beria2. Paling teruja main ombak le, berapa kali tube aku terbalik. Ombak yang non-stop tu paling best, time ni lah kadang2 kaki aku kat atas kepala orang, kaki orang kat badan aku. Semuanya dah tak terkawal. Paling kesian kat budak2 ler, berapa kali diorang menjadi mangsa pelanggaran tube aku, sampaikan kadang2 budak2 tu hilang kat bawah tube. Err.. bukan salah aku yer adik2. Aku pun berapa kali minum air kolam huhuhuu.

Jam 5.30 petang barulah aku beredar balik. Kiranya aku antara 4 orang yang terakhir dari pejabat aku yang meninggalkan Desa Waterpark hari ni manakala yang lain2nya dah cabut balik awal dah sebaik sahaja selesai majlis. As a conclusion, though my family day was not so perfect, but I still enjoying the moment happily.