Wohoo sekali lagi. Kejadian ni juga berlaku semalam. Salah seorang wakil jabatan yang datang untuk menjadi panel temu duga di pejabat aku selama seminggu mendapat rezeki terpijak. Sesudah selesai sesi temu duga untuk hari semalam, beliau ke MAHA 2010 di Serdang. Dengan tidak disangka2, beliau telah terpilih menjadi pengunjung ke 1.5 juta di mana beliau dihadiahkan dengan tiket penerbangan ke Australia, lima biji nangka gergasi bernilai RM3,000 dan seekor kambing kacukan Boer.
Tadi bila ditanya, katanya dia dah jual kambing tu di MAHA juga. Yelah, cemana nak angkut bawa balik Kuantan kan. Kang satu kereta bau kambing. Nak2 plak dia bawa kancil, memang tak muat lah.
Aku selalu berangan2 dapat rezeki macam ni. Kiranya pegi ke mana2, tiba2 ada orang serbu dan bagitau aku adalah pengunjung ke 100 ke, ke sejuta ke dan dapat hadiah. Tak kisahla hadiah apa pun, janji dapat. Tapi setakat ni tak pernah lagi angan2 aku tu jadi kenyataan huhuhuu.