Monday, February 20, 2012

Orang Biasa, Basikal Tua

Asian Cycling Championship telah pun menutup tirainya pada hari Sabtu lepas. Acara trek tamat lebih awal iaitu pada hari Ahad minggu lepas manakala acara lebih raya yang bermula hari Selasa berakhir hari Sabtu di Putrajaya. Malaysia mengutip 3 pingat emas kali ni memperbaiki rekod tahun lepas di Korat dengan pingat emas tunggal diperolehi oleh Rizal Tisin melalui acara 1KM ujian masa.

Tahun ni Velodrom Cheras telah membutirkan emas pertama melalui Mohd Edrus Yunus, bidan terjun dalam acara 1km ujian masa menggantikan tempat Rizal Tisin.

2 lagi emas diperolehi oleh Fatehah Mustapa dan Josiah Ng dalam acara keirin. Pocketrocketman pula dapat pingat perak. Sekali lagi aku terharu dan meremang bulu roma dengan kemenangan mereka. Kali ni sempat meremang bulu roma je, tak menitis air mata sebab aku tengok ulangan, tak dapat tengok live, ada kenduri ex-boss aku di Klang. Separuh akhir je lah sempat tengok live.

Acara lebuh raya di Putrajaya sempat aku skodeng pada hari pertama je. Tu pun kebetulan aku ada urusan di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tapi time tu pelumba kegemaran aku Mohd Adiq Husainie Othman belum berlumba. Acara beliau adalah pada hari Jumaat. So, tak dapatla aku menengok beliau berkayuh.

Gambar Adiq letak lebih sikit hehehheh

Hari terakhir tu pun mula2 plan nak pegi tengok, tapi memandangkan Adiq takde acara hari tu, so aku pun malas jugak nak bangun awal. Lagipun hari Jumaat malam aku balik lambat dari office. Demi tugas pada negara katanya. Walaupun...

Okey, ayat2 di atas dah umpama baca berita dalam ruangan sukan la pulak kan. Tu mukadimah je. Sekarang baru aku nak sampaikan apa yang sebenarnya intipati aku tulis blog hari ni. Ceritanya aku menyampah membaca status2 di facebook pada hari Jumaat lepas berkaitan dengan acara lumba basikal ni lah.

Ada le 2 - 3 orang letak status pasal jem di Putrajaya ni akibat penutupan jalan sempena acara lumba basikal. Ada yang siap post gambar dari bangunan pejabat lagi. Memang nampak ketara la kereta beratur panjang untuk keluar dari kawasan Putrajaya.

Mungkin sebagai seorang yang tidak terlibat dalam kesesakan lalu lintas tu aku tak patut cakap banyak sebab aku tak berada dalam situasi yang dihadapi oleh mereka. Tapiii....ada tapinya. (tetap juga aku nak membebel perangai manusia khenn). Setahu aku lah, Perbadanan Putrajaya dah siap2 emelkan kepada hampir kesemua Kementerian di Putrajaya ni mengenai penutupan jalan tersebut. Bahkan disertakan sekali dengan peta laluan2 mana yang ditutup. So, perlu ke nak marah2 maki hamun kat facebook?

Even ada yang cakap takde pulak diorang terima emel pasal penutupan jalan tu. Ok fine, tak dapat emel. Tapi sepanjang minggu lepas korang tak baca paper atau tak tengok tv ke? Takkan tak tau langsung pasal apa yang berlaku kat Malaysia ni kan?

Ok, kalau kau tak minat sukan mungkin kau tak baca ruangan sukan di belakang suratkhabar ataupun mungkin tak tengok berita segmen sukan jam 8.45 di TV3. Tapi... takkan kau tak sedar hari2 jalan di depan office kau memang ditutup kan? Ok lagi sekali... hari Selasa hingga Khamis acara habis awal sebelum orang balik kerja. Yela, mostly acara ujian masa je dalam hari2 tersebut berbanding hari Jumaat untuk acara lepas beramai2. But still... perlu ke kau nak meroyan macam orang takde akal di facebook hanya semata2 jalan ditutup untuk acara sukan. Eh jalan tu ditutup hari2 ke? Sepanjang tahun ke kau balik kerja kena hadap jem macam tu? Hanya kerana satu hari kau balik lambat sikit/kena pusing jauh sikit daripada biasa kau dah macam orang hilang pedoman. Tah hape-hape ntah.

Yang post status2 di facebook tu pulak bukanlah orang yang tak pergi sekolah sampai tak boleh fikir, tapi orang2 yang ada diploma, ijazah bahkan yang ada master pun 2x5 jugak. Sempat jugakla aku sound sedas kat kawan aku yang kebetulan tengah online time tu. Yang lain2 tak sempat nak sound. Heheheeh nasibla kan. Mujurlah setelah aku sound tu baru dia tersedar keterlanjuran tu. Moral of the story, think before you type. Peace no war.

Start Jumaat ni (24 Februari 2012) Le tour de Langkawi bermula di Putrajaya. Harap2 takde la lagi orang yang akan meroyan di facebook. Kalau meroyan jugak, tak tau le nak kata apa. Lu pikir la sendiri kat mana patutnya otak diletakkan sama ada di atas kepala atau di kepala lutut. Sekian dari saya yang meroyan hari ini.

Good luck untuk pasukan negara yang akan berlumba bagi LTDL 2012. Tak lupa juga kepada pelumba2 negara yang mewakili pasukan2 lain selain daripada pasukan kebangsaan. Semoga Anuar Manan mampu jadi juara pusingan dan Adiq Husainie dapat naik podium lagi sepertimana tahun lepas.

Thursday, February 2, 2012

Persahabatan

Persahabatan...
Biar jujur ikhlas di hati
Janganlah dikhianati
Kepada temanmu... kawan

Ceh nyanyi lagu 4U2C plak. 2 hari berturut2 aku turun Bukit Jalil mengisi masa lapang menonton perlawanan persahabatan antara pasukan Olimpik menentang Selangor dan juga Harimau Malaya menentang Kelantan.

Hari pertama tu masuk adalah percuma. Masuk pula melalui pintu utama stadium. So bolehla feeling2 macam VIP. Nak dok kat seat VIP pon takde hal, redah je. Tapi orang dah penuh, aku takdela dok kat seat VIP tu. Game okla, orang pun ramai jugak dan kebanyakannya adalah penyokong Selangor.

Habis game kitorang kuar lambat sebab malas nak rebut. Sampai kat seat VIP aku sibuk dok amik gambar kat terowong player keluar tu. Nampak la wartawan Nadi Arena dok interview Gary Steven Robart dengan Ong Kim Swee kat bawah sambil kitorang dok mengukur pengadang kat depan seat VIP tu.

Pusing belakang nak keluar pintu tup2 ternampak adik saya Syahrul Azwari kat situ. Jeng jeng jeng... Dapat juga berjumpa adik saya kat sini. Lepas amik gambar dengan beliau ternampak plak si tinggi melayut Izzaq Faris. Terjah la jugak dah alang2 depan mata. Fadhli Shas je tak sempat bergambar.

Esoknya pulak gi menonton pasukan senior Malaysia melawan Kelantan. Suasana harusla lagi meriah kan. Biasala kalau melibatkan pasukan Kelantan, penonton memang la ramai. Kiri kanan depan belakang dengar orang kecek Kelate je, rasa macam ada kat Kota Bharu plak huahuahua.

Tapi game kali ni cam bongok sikit sebab penonton masih lagi bermentaliti kelas ke-80. Masih ada lagi monyet2 yang baling botol air ke dalam padang. Suluh laser, pun ada. Malah lagi seekor monyet siap baling menatang flare ke tengah padang. Buduh mangkuk ayun yang baling tu. Yela, lawan persahabatan je pun. Lagipun bukannya lawan pasukan luar, lawan pasukan negara plak tu. Bengong takleh nak buat apa dah bila ada lagi perangai2 manusia babun macam ni.


Agaknya sebab tu la kot bila perlawanan akhir Piala Malaysia ke, Piala FA ke, Sumbangsih ke, macam2 kejadian yang kita dengar. Sebab tu aku tak penah berminat nak pegi perlawanan yang melibatkan pasukan negeri. Memang harukkk sekor2.

Game kali ni pun kecoh bila tiba2 ada sesi kejar mengejar di kawasan penonton. Tengah khusyuk mengadap padang, tup2 nampak seorang brader yang tadinya elok je ke hulu ke hilir menjual burger dalam stadium. Laju gila dia lari bila dikejar oleh 2 orang pengawal stadium. Tak pasti plak apakah punca yang menyebabkan beliau dikejar sebegitu rupa. Hmm macam-macam.



Monday, January 30, 2012

Simply The Best

Semalam AJL ke-26 telah dilangsungkan. Aku setuju je dengan semua keputusan tanpa sebarang rasa tak puas hati. Cuma aku nak kongsikan apa yang aku suka dengan AJL tahun ini.

1. Aku suka sebab lagu yang aku gemari Beribu Sesalan nyanyian 3 Suara membawa pulang salah satu hadiah pada malam ni iaitu sebagai pemenang tempat kedua.


2. Aku suka sebab penyanyi kegemaran aku Faizal Tahir pun dapat salah satu hadiah iaitu pemenang tempat ketiga walaupun lagu Karma ni bukanlah antara lagu yang aku minat dari album Adrenalin. Tapi dah rezeki dia, aku setuju je hehehehhe.

Ngapela kau dah takmo join AJL tahun depan Faizal oiiii... Dah le Anuar Zain takmo join, Dato' Ct takmo join, dah tu tahun depan dan depan depan lagi nak tengok sapa je kat AJL kalo semua dah pakat2 takmo join. Huhuhuuu.

3. Aku suka tengok baju dan mekap Jac bagi lagu Sedetik Lebih. Baju dia nampak elegan terutama dengan detailing kat bahu tu. Mekap pun sweet je, kiranya dengan baju dan mekap ni Jac nampak berseri dan cantik di mata aku. Mata aku le, mata korang aku tak tau.

4. Vokal yang paling aku tunggu2 nak dengar ialah Hafiz. Hafiz ni kalau dia menyanyi, kita pejam mata sure takleh nak beza dia nyanyi live atau suara yang dirakam. Memang perfecto lah. Kemenangan Hafiz dalam kategori vokal terbaik buat kali kedua berturut-turut memang sangat tepat.

T-shirt yang dipakai Hafiz pada AJL ke-26 ... (nama aku pon ada dlm baju ni hehehe)
5. Gabungan 3 Suara versi lelaki-lelaki yang pernah bertemu dengan Pakcik Husin (Meet Uncle Husin) ni pun aku tunggu2 sangat. Ketiga2 penyanyi aku suka dengan vokal diorang bila di atas pentas. Cuma lagu2 tu macam tak berapa menarik sangat (no offense) so agak kurang sikit rasa teruja tu. But still layanzzz.. Kan best kalau diorang bertiga nyanyi dalam 1 lagu. Konpem meletop kebabommmm...

6. Aku suka dengan konsep persembahan para penyanyi tahun ni. Sebab bagi aku konsep diorang tahun ni simple, tak serabut dan tak terlalu berdrama mahupun beraksi silap mata macam tahun lepas. Rasa rimas plak. Kali ni just nice. I loiikeee.

7. Tahniah kepada semua pemenang.