Monday, February 20, 2012

Orang Biasa, Basikal Tua

Asian Cycling Championship telah pun menutup tirainya pada hari Sabtu lepas. Acara trek tamat lebih awal iaitu pada hari Ahad minggu lepas manakala acara lebih raya yang bermula hari Selasa berakhir hari Sabtu di Putrajaya. Malaysia mengutip 3 pingat emas kali ni memperbaiki rekod tahun lepas di Korat dengan pingat emas tunggal diperolehi oleh Rizal Tisin melalui acara 1KM ujian masa.

Tahun ni Velodrom Cheras telah membutirkan emas pertama melalui Mohd Edrus Yunus, bidan terjun dalam acara 1km ujian masa menggantikan tempat Rizal Tisin.

2 lagi emas diperolehi oleh Fatehah Mustapa dan Josiah Ng dalam acara keirin. Pocketrocketman pula dapat pingat perak. Sekali lagi aku terharu dan meremang bulu roma dengan kemenangan mereka. Kali ni sempat meremang bulu roma je, tak menitis air mata sebab aku tengok ulangan, tak dapat tengok live, ada kenduri ex-boss aku di Klang. Separuh akhir je lah sempat tengok live.

Acara lebuh raya di Putrajaya sempat aku skodeng pada hari pertama je. Tu pun kebetulan aku ada urusan di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tapi time tu pelumba kegemaran aku Mohd Adiq Husainie Othman belum berlumba. Acara beliau adalah pada hari Jumaat. So, tak dapatla aku menengok beliau berkayuh.

Gambar Adiq letak lebih sikit hehehheh

Hari terakhir tu pun mula2 plan nak pegi tengok, tapi memandangkan Adiq takde acara hari tu, so aku pun malas jugak nak bangun awal. Lagipun hari Jumaat malam aku balik lambat dari office. Demi tugas pada negara katanya. Walaupun...

Okey, ayat2 di atas dah umpama baca berita dalam ruangan sukan la pulak kan. Tu mukadimah je. Sekarang baru aku nak sampaikan apa yang sebenarnya intipati aku tulis blog hari ni. Ceritanya aku menyampah membaca status2 di facebook pada hari Jumaat lepas berkaitan dengan acara lumba basikal ni lah.

Ada le 2 - 3 orang letak status pasal jem di Putrajaya ni akibat penutupan jalan sempena acara lumba basikal. Ada yang siap post gambar dari bangunan pejabat lagi. Memang nampak ketara la kereta beratur panjang untuk keluar dari kawasan Putrajaya.

Mungkin sebagai seorang yang tidak terlibat dalam kesesakan lalu lintas tu aku tak patut cakap banyak sebab aku tak berada dalam situasi yang dihadapi oleh mereka. Tapiii....ada tapinya. (tetap juga aku nak membebel perangai manusia khenn). Setahu aku lah, Perbadanan Putrajaya dah siap2 emelkan kepada hampir kesemua Kementerian di Putrajaya ni mengenai penutupan jalan tersebut. Bahkan disertakan sekali dengan peta laluan2 mana yang ditutup. So, perlu ke nak marah2 maki hamun kat facebook?

Even ada yang cakap takde pulak diorang terima emel pasal penutupan jalan tu. Ok fine, tak dapat emel. Tapi sepanjang minggu lepas korang tak baca paper atau tak tengok tv ke? Takkan tak tau langsung pasal apa yang berlaku kat Malaysia ni kan?

Ok, kalau kau tak minat sukan mungkin kau tak baca ruangan sukan di belakang suratkhabar ataupun mungkin tak tengok berita segmen sukan jam 8.45 di TV3. Tapi... takkan kau tak sedar hari2 jalan di depan office kau memang ditutup kan? Ok lagi sekali... hari Selasa hingga Khamis acara habis awal sebelum orang balik kerja. Yela, mostly acara ujian masa je dalam hari2 tersebut berbanding hari Jumaat untuk acara lepas beramai2. But still... perlu ke kau nak meroyan macam orang takde akal di facebook hanya semata2 jalan ditutup untuk acara sukan. Eh jalan tu ditutup hari2 ke? Sepanjang tahun ke kau balik kerja kena hadap jem macam tu? Hanya kerana satu hari kau balik lambat sikit/kena pusing jauh sikit daripada biasa kau dah macam orang hilang pedoman. Tah hape-hape ntah.

Yang post status2 di facebook tu pulak bukanlah orang yang tak pergi sekolah sampai tak boleh fikir, tapi orang2 yang ada diploma, ijazah bahkan yang ada master pun 2x5 jugak. Sempat jugakla aku sound sedas kat kawan aku yang kebetulan tengah online time tu. Yang lain2 tak sempat nak sound. Heheheeh nasibla kan. Mujurlah setelah aku sound tu baru dia tersedar keterlanjuran tu. Moral of the story, think before you type. Peace no war.

Start Jumaat ni (24 Februari 2012) Le tour de Langkawi bermula di Putrajaya. Harap2 takde la lagi orang yang akan meroyan di facebook. Kalau meroyan jugak, tak tau le nak kata apa. Lu pikir la sendiri kat mana patutnya otak diletakkan sama ada di atas kepala atau di kepala lutut. Sekian dari saya yang meroyan hari ini.

Good luck untuk pasukan negara yang akan berlumba bagi LTDL 2012. Tak lupa juga kepada pelumba2 negara yang mewakili pasukan2 lain selain daripada pasukan kebangsaan. Semoga Anuar Manan mampu jadi juara pusingan dan Adiq Husainie dapat naik podium lagi sepertimana tahun lepas.