Friday, January 28, 2011

Semanis Limau Seputih Arnab

Tahun Baru Cina dah nak menjelang minggu depan. Aku yakin minggu depan hampir semua pejabat akan kesunyian bukan sahaja pejabat yang ramai kaum Cina tapi juga lain2 bangsa terutamanya bagi pejabat2 di Wilayah Persekutuan. Confirm ramai yang bercuti direct seminggu tak terkecuali aku lah.

Ramai yang mengambil kesempatan cuti panjang bersambung ni untuk balik ke kampung. Tak kurang juga yang pergi bercuti di dalam dan luar negara. Nak2 pula Airasia asik dok promo jualan tiket murah je ni. Memang agak mencabar keimanan aku le. Mana tak, tak cukup dengan emel, siap SMS lagi pasal promo tiket murah ni. Dah gigil2 tangan aku nak tekan. Tapi bila kena tarbiah dan ceramah dengan kawan aku, terus la sedar diri dan cepat2 kembali ke alam nyata. Tekanannn!!!

Minggu ni aku mabuk limau. Hari2 makan limau. Mula2 dapat limau dari kedai service kereta. Pastu seperti biasa aku kembali menjadi Santa Claus mengedarkan limau dan kacang kepada orang2 di pejabat. Kentut pun bau limau. Balik kampung ni lagi lah, sure berkotak2 limau yang bapak aku angkut.

Esok pagi2 buta sebelum subuh aku akan kembali ke kampung halaman tercinta. Harap2 jalan tak jem la. Ada sesapa nak ikot tak? Boring la balik sorang2. Adik aku balik lambat sebab dia tak cuti hari Wilayah. Kawan aku 2 orang yang nak ikut balik pun tak jadi sebab sorangnya dah balik minggu lepas, sorang lagi pulak ada event yang nak diselesaikan. Maklumlah beliau kan event manager, memang tak boleh nak buat apa2 le huhuhu. Balik sini nanti barulah ada kawan aku sorang yang akan ikut. Husband aku pulak outstation hingga hari Ahad, so aku kena tunggu dia balik Malaysia barulah balik rumah mentua sambut raya kan. Mami, daddy... tunggu yer, nanti kitorang balik petang raya. Tak sabar nak makan kuih bakul yang mami buat tu. Opsss... sori, terlajak tak sedar diri plak. Panggg!!!



Minggu depan dah boleh ucapkan selamat tinggal kepada harimau yang garang dan mengucapkan selamat datang kepada arnab yang comel. Tak sempat pulak nak google apa ciri2 tahun arnab. Yelah, kalau ghimau tu paham le, dengan semangat waja, dengan garangnya dan lain2 ciri keperwiraan lah kan. Tu pasal tahun lepas Harimau Malaya menang lawan bola, semangat sempena tahun harimau lah tu. Baru je aku feeling2 nak sokong pasukan Harimau Muda yang hensem2 dan boleh dibuat stok anak ikan untuk Liga Super tahun ni, tup2 Dato' Ahmad Shabery Chik kata pasukan dan pemain kebangsaan mungkin tak boleh bertanding dalam Liga Super untuk membuat persediaan dengan pertandingan yang lebih kompetitif dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012. Huhuhuu... dah le ramai ahli pasukan kebangsaan dalam skuad Harimau Muda. Kensel lah kalo gini heheheh.


Apa2 pun, selamat balik kampung, selamat bercuti dan selamat tahun baru kepada semua. Moga semuanya baik2 saja. See you next year.

Wednesday, January 26, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Dari petang semalam aku rasa macam nak maki dan sumpah seranah orang je. Sampaikan aku balik rumah rasa nak demam, terus seram sejuk. Mujurlah housemate aku jamu buah naga, terus seram sejuk tadi bertukar menjadi panas berapi2 macam mulut naga.

Ingatkan tido malam bila dah bangun boleh lupa, tapi hari ni still rasa macam nak maki/marah/carut/ceramah orang lagi. Tapi takat rasa je lah. Kalau nak buat memang tak le kot. So, penyelesaiannya, luah kat blog je la huhuhuu.

Entahla, tak tau nak cakap macam mana. Cumanya sekadar nak buat ingatan dalam blog ni. Ingatan untuk diri sendiri dan juga untuk sapa2 yang rasa nak jadikan ia sebagai panduan pon bulehla. Pesanannya... kalau hidup tak boleh membahagiakan orang lain, cukuplah jika tidak menyusahkan orang. Kalau sendiri ada masalah sila jangan heret orang lain yang tak bersalah ke dalam masalah ko di mana akhirnya orang tu pulak yang kena tanggung dan ko boleh buat2 lupa dan buat2 tak bersalah. Sangat gampang!!!

Sumpah aku tak tolong dah orang macam ni. The rest is history.

p/s: saya nak duit saya balikkkkk... pulangkan! pulangkan!

Monday, January 24, 2011

7-11

Ni bukan cerita pasal kedai serbaneka 7-11 tu tapi ni cerita pasal my superhero la kan. Tak payah tulis nama siapa pun mesti korang dah tau la kan huahauauaua. Semalam beliau berjaya merangkul aku ehhh... merangkul kejuaraan Super Series Malaysia Open 2011 untuk kali yang ketujuh. So, 7-11 la kan.

Seperti dua tahun lepas, untuk tahun yang ketiga berturut2 aku menjejakkan kaki ke Stadium Putra untuk menonton Badminton Malaysia Open. Campur dengan Thomas Cup, kira 4 kali la aku terjah ke sana.

Sampai sana dalam hujan. Terus laju2 aku lari ke kaunter tiket, meninggalkan kawan aku dua orang kat kereta. Mamat dua orang tu tukar baju dulu kot. Kang kalo aku tunggu tengok kang, ada plak yang tak masuk dalam stadium kang huahauaua. Lagipun time tu dah lambat, kena la lari laju2. Memangla time tu pemain Malaysia belum beraksi, tapi tetap kena masuk cepat, kang takde seat yang menarik plak.

Masuk dalam memang dah penuh orang kat area betul2 tengah tu. Dapat je seat, terus bergilir dengan 2 orang lagi kawan aku untuk membeli makanan sebagai bekalan tenaga untuk sesi menjerit jap lagi.

Waktu aku keluar membeli makanan, tup2 ternampak la pulak 2 orang pemain badminton Jepun sedang bergambar dengan peminat. Adehh... tension!!! Mana tak tensionnya, time ni aku keluar sorang2, kawan2 aku kat dalam. Kalau aku pun lari pi serbu, sapa nak tolong amik gambo aku huhuhuuu. Nasib baik pemain Jepun. Kalau pemain Malaysia (tak kiralah siapa pun) konpem aku lari masuk dalam heret kawan aku keluar jugak suruh amik gambo aku.

Lepas tu aku merayap2 le ke arah depan stadium meninjau2 gerai yang ada kat situ. Sempat juga nampak Nur Mohd. Azryin, pemain badminton junior baru sampai dengan kawan2 dia. Dia ni juga adalah adik kepada salah seorang peserta rancangan Keynote iaitu Nomad.

Kali ni kitorang dok kat premier seat, so peluang nak masuk tv macam waktu Thomas Cup dulu tak berapa nak ada sangat le sebab geng2 FAMEMAS dok di kawasan yang sama iaitu di lower tier. Kalau dok dengan diorang konpem masuk tv. Takpela tak masuk tv pon, janji dapat tengok game di jarak yang lebih dekat macam kat tv tu.

Waktu tengok Zakry dengan Thien How tu harapan hanyalah 50-50 je. Biasanya kalau waktu suku akhir macam ni tiap2 tahun aku pegi mesti ada Dato' dan pasangan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Memandangkan tahun ni diorang kalah di pusingan pertama, memang takdela. Mujurlah Zakry dengan Thien How buat kejutan mara ke suku akhir. Kalau tak, harap tengok Dato' sorang je lah. Tan Boon Heong ada le masuk dalam tu kejap dengan gf beliau. Habis je game Zakry dan Thien How terus diorang blah. Yang lain2 tak nampak muka pun. Segan nak pegi sebab kalah awal gamaknya?

Selain dari itu, kelibat Winnie K pun ada jugak kat sana. Biasala, kalau ada game yang melibatkan Taufik Hidayat, tak sah la kalau dia takde kan. Tak lama kemudian nampak Tun Dr. Siti Hasmah pun ada kat tempat duduk VIP.

Pandang je kat belah kiri stadium, tup2 mata aku tertangkap satu makhluk Tuhan. Rasanya orang Indonesia kot. Aku agak le, tak pasti betul ke tak. Sebabnya dressing beliau memang lain macam. Macam nak pegi konsert kekdahnya. Dengan tudung tinggi blink2, dress separa lutut dan stoking hitam panjang. Langsung lari dari tema ke acara sukan ok. Mekap pulak tak hengat, mengalahkan pengantin. Pastu dia pose ayu sambil tengok pemain beraksi. Sangat kontrol macho. Adoilaa... tak tahan okeh.

Tengok Zakry dengan Thien How memang tidak la menaruh harapan yang tinggi. Nak2 plak lawan dengan ninja Jepun yang kurus tu. Memang tak terlawan le kedua2 pemain kita yang "comel" tu. Kesimpulannya, walaupun hari2 exercise pagi dan petang, tidak menjamin yang berat badan kita akan turun dan kurus. Mungkin perlukan formula lain. Bela jin misalnya heheeh.



Tak lama kemudian, terdengar pengumuman menandakan perlawanan antara musuh nombor 1 Dato' Lee Chong Wei iaitu Lin Dan menentang Chen Long di court sebelah. Berkobar2 la aku nak tengok Lin Dan. Sekali... pengumuman tu mengatakan Lin Dan telah menarik diri ekoran kecederaan dan memberi kemenangan percuma kepada Chen Long. Argkhh... satu stadium hampa huhuh. Tak habis2 dengan taktik yang sama.

Waktu kemunculan Dato' Lee Chong Wei, terus automatik stadium jadi padat. Ramai orang yang berdiri di belakang dan duduk di tangga. Nak tunggu Dato' keluar punyelah lama walaupun nama telah diumumkan. Macam nak tunggu Micheal Jackson buat persembahan kekdahnya. Kemunculan hero yang dinanti2kan dalam debaran dan gemuruh gitu. Rupa2nya beliau lambat keluar kerana bertemu dengan Tun Dr. Siti Hasmah yang turun dari tempat duduknya ke belakang stadium berjumpa Dato'. Mungkin memberi kata2 hikmat agaknya.

Bila dia keluar je, terusla stadium riuh rendah menjerit2 dengan kompang bertalu2. Mujurlah aku dapat jugak menatang kertas berbentuk tapak tangan daripada Osim tu. Tahun ni tak dapat plak clappers, so nak ketuk beria2 pun tak best sangat. Boleh la tepuk dengan tapak tangan kertas tu berbanding tepuk tangan. Lagi lah sakit dan tak best.

Bukan takat penonton menjerit2 nama Dato' Chong Wei je, nama Dato' Misbun pun bergema satu stadium di saat beliau memunculkan diri di kerusi jurulatih tu. Semua pun tahu kan kenapa kemunculan beliau dinanti2kan. Rasanya sewaktu kali pertama beliau muncul di pusingan kedua mesti suasana lagi meriah kot. Yelah, sedangkan Chong Wei sendiri pun terkejut, apatah lagi penonton kan.



Seperti dijangka, beliau menang mudah ke atas Nguyen Thien Minh. Sebaik tamat perlawanan, terus Dato' Misbun berjalan keluar sambil melambai tangan ke arah peminat dan menghilangkan diri. Takdela macam selalu, beliau akan tolong angkatkan beg Chong Wei.

Lepas keluar, sempatla membelek2 kereta Proton Lekir, Jebat dan Kasturi yang dipamerkan di luar stadium. Waktu aku tengah ralit mengambil gambar Lekir, tup2 ada orang memetik jari betul2 depan mata. Nasib baik tak melatah. Rupa2nya kawan aku yang biasanya menjadi penjaga garisan dalam perlawanan. Tapi kali ni beliau tak bertugas. Mungkin akan bertugas sewaktu GP Gold di Johor Bahru nanti. Lepas sembang2, terus balik ke rumah.
Sewaktu separuh akhir dan akhir aku hanya tonton kat rumah saja. Suasana kat stadium nampaknya begitu gamat sekali. Sekiranya anda selalu menonton pertandingan badminton terutamanya Super Series yang sering ditayangkan, dapat diperhatikan perbezaan jika pertandingan itu dijalankan di Malaysia, Indonesia, China dan lain2 negara. Biasanya ketiga2 negara ni je yang penontonnya meriah. Tapi tetap tak boleh lawan Malaysia lah. Memang penonton sangat happening berbanding lain2 negara. Apatah lagi di negara2 Eropah yang mana penontonnya menonton macam menonton wayang je. Sangat tak best. Tepuk pon ala kadar je.

Waktu tengok pertandingan akhir AFF Suzuki Cup di stadium dapat kawan baru, kali ni tengok Malaysia Open pun dapat kawan baru. Yang bestnya, kawan baru yang aku dapat di Stadium Putra ni adalah kawan kepada kawan baru yang aku dapat di Stadium Nasional dulu. Hahaah... kecik betul dunia nih. Semuanya gara2 kawan baru di Stadium Putra yang ternampak aku di FB kawan kat Stadium Nasional tu. Mamat ni rupa2nya dok kat belakang aku waktu menonton badminton. Pergkhh... kuat betul ingatan beliau. Ataupun mungkin sebab tak ramai perempuan yang menonton badminton kot sebab tu dia senang cam aku. Nak2 pula perempuan Melayu yang bertudung. Badminton ni banyak peminat dan penonton di kalangan kaum Cina. So yang Melayu, perempuan dan bertudung memang obvious la.

Esok, akan bermula Super Series paling mahal iaitu Terbuka Korea yang menawarkan hadiah paling lumayan iaitu USD1.2 juta untuk keseluruhan. Semoga para pemain Malaysia dapat merebut hadiah yang ditawarkan dan mengungguli kejohanan tersebut.

Kepada Hafiz Hashim yang akan bergelar pemain profesional mulai 1 Februari ni pun aku ucapkan selamat maju jaya la ye. Pasni semua benda akan diuruskan sendiri kerana bukan lagi di bawah BAM. Err... kalau perlukan khidmat PA silalah hubungi nombor telefon aku yer, kita boleh bincang. Kawan aku ada ajak untuk berkecimpung dalam kerjaya sebagai PA kepada mana2 pemain badminton profesional ni. Tapi aku kena pertimbangkan dulu. Maklumla, kalau jadi PA diorang banyak benda yang aku nak kena belajar selain daripada uruskan jadual latihan, perlawanan termasuk tiket penerbangan, penginapan. Tu semua takpe, sebab dah biasa kat office kan. Tapi bab2 nak uruskan kontrak dengan pihak penaja, nak uruskan kewangan ni aku kena belajar lagi. Maklumla, matematik aku kan sedari azali memang lemah. Huahauahuaua.

p/s: kepada kawan aku, nanti kita study lagi dengan gigih yer tawaran untuk jadi PA pemain badminton ni. Tapi kalau jadi bini pemain badminton aku rasa aku tak perlu pikir panjang lebar lagi dah. Aku setuju je kih kih kih.