Wednesday, July 4, 2012

Paris - Venice

Naik je atas bas, tak perlu tunggu lama2 lagi dah nak tengok pemandangan bagai, harus aku terus membongkang tido.  Mula2 aku dok sorang je, selepas 3 - 4 kali berhenti barula aku ada jiran kat seat aku.  19 jam perjalanan yang diharungi bila dengar memang macam tak masuk akal je, tapi inilah yang aku lalui.

Kali pertama berhenti kitorang dinner kat tempat ala2 R & R la.  Tapi aku tak tau apa nama tempat tu.  Singgah minum menghilangkan sejuk dan makan2 untuk mengisi perut.  Time ni dah pukul 8 malam tapi masih terang lagi cuma cuaca bertambah sejuk je.

Lepas makan, perjalanan diteruskan.  Ada le lagi berhenti 2 - 3 kali untuk ambil penumpang di bandar2 utama Perancis tapi aku tak buka mata pun, tido je sehinggalah bas memasuki ke sempadan Itali.  Time ni bas berhenti sebab anggota polis naik ke atas bas cek pasport kitorang.  Waktu ni rasanya pukul 1 - 2 pagi kot.

Jam 5 pagi mata dah segar bugar, lagipun hari dah makin cerah.  Buka curtain mengadap tingkap... wallaweyyyy.. indahnya pemandangan di kaki pergunungan.  Sungguh saujana mata memandang bila melihat gunung ganang berwarna hijau kebiruan di mana di puncaknya pulak diliputi salji.   Terasa sungguh tenang dan mendamaikan pemandangan Banjaran Alps ni.  Rasa nak panjat je sambil lepak2 guling2 main salji huhuuu.. Lepas dah abis pemandangan di sempadan Switzerland ni, aku sambung tido balik sehinggalah bas berhenti di Milan. 

Lepak setengah jam kat Milan sambil breakfast dan menunaikan hajat seterusnya bas bergerak hinggalah ke destinasi yang dituju iaitu People Mover, Venice yang betul2 terletak di tepi laut.  Fuhhh leganya dah sampai... Mula2 sampai dah nganga mulut dulu bila tengok kapal2 besar ala2 titanic kat pelabuhan.  Terus terasa teringin nak melancong naik cruise.  Tu pun kalau kaya le, masalahnya bila ntah nak kaya ni.

Dari People Mover naik train ala2 monorel tu ke bandar Venice.  Ciput je pon jaraknya, kalau jalan kaki memang sampai, tapi tak larat ler sebab nak angkut beg kan.  Dari Venice bermulalah pencarian hotel yang ditempah.  Tragedi di Amsterdam berulang kembali apabila cari hotel tak jumpa.  Sebelum pegi memang dah aware dah dengan kekeliruan dengan bangunan2 di Venice ni sebab selalunya memang orang akan sesat sebab nombor2 bangunan tu disusun ikut suka hati.  Kat row ni nombor 500 tup2 row sebelah nombor 2000, tak ke pening nak mencari.  Tu yang sampai dekat sejam lebih bergilir 2 orang pegi mencari sambil mencari, sorang lagi lepak tunggu beg, then tukar orang plak.  Sehinggalah akhirnya bertemu dengan tempat yang dituju setelah seorang pakcik ni bagitau dalam bahasa Itali.  Haaa kelas tak kau, kalau cakap English cari tak jumpa, bila cakap Itali terus kitorang jumpa.  Pakcik tu cakap Itali, aku pon belasah cakap Melayu... hah senang.  Padahal tadi dah 5 - 6 orang tanya pun tak jumpa2 lagi.

Sampai kat hotel lepak2, segarkan badan dan makan.  Petang barulah start berjalan menuju ke pesisir laut.  Venice adalah satu2nya bandar di dunia yang pengangkutan utama adalah jalan kaki.  Yer, memang takde transport dalam bandar Venice ni, semua orang berjalan kaki.  Transport yang ada adalah water taxi dan gondola, tapi jalan kaki lagi senang la.


Jalan2 di sekitar tempat2 menarik dan popular di Venice ni sambil cuci2 mata, beli lah apa2 souvenir yang patut dan yang penting sekali, dapat makan aiskrim.  Gelato/aiskrim adalah makanan yang popular di Italy, dan rasanya 5x lebih sedap daripada Buskin Robbin dan harganya hanyalah sekadar EUR1.50 - 2.00 saja.
  

Malamnya kitorang singgah ke kedai pizza.  Gila datang Itali kalau tak merasa makan pizza kan, harusla tak lengkap sebab makanan utama orang Itali adalah pizza dan spaghetti.  Sebab tulah kita kat Malaysia selalu makan Bolognese Spaghetti, haa tu spaghetti tu berasal dari Bologna le, bandar di Italy habaq hanggggg...

Pizza ni memang la made in Italy, tapi dibuat oleh orang Arab la.  Mak oiiiii mintak satu slice je tapi saiznya sama dengan 3 slice pizza kat Malaysia nih.  Gila punye besar, nak menangis jugakla nak habiskan 1 slice.  Kalau mintak sebiji harusla saiznya sebesar dulang huhuuuu.


Monday, June 18, 2012

Run! Run for your Life!

Semalam aku mencemar duli buat kali kedua menyertai acara larian.  Kali pertama dulu tahun 2001 (11 tahun lepas) time Sukan Sea, kali ni up sikit.  Sukan Olimpik London 2012 okeh.  Uols mampu??? 

Ni semua gara2 kawan2 aku yang keje kat TM le nih.  Diorang dok hasut aku masuk acara ni sebelum aku pegi melancong dulu.  Kebetulan pulak kalau masuk ni dapat baju ghimau (panthera jersey) yang aku suka tu, so aku pun amik je lah kesempatan join.  Sebab utama adalah nak baju tu huhuuuuu.  Segala urusan pendaftaran semua diorang yang buat, aku hanya pegi serah diri je.

Minggu lepas semua peserta kena pegi amik running kit kat Wisma Majlis Olimpik Malaysia di Jalan Hang Jebat tu.  So, aku pon berkobar2 la kan nak pegi amik baju idaman.  Time ambik baju tu, saiz yang diberi ialah saiz M walaupun waktu daftar dulu aku minta saiz S.  Bila tengok je baju display saiz M, mula lah muka aku pun bertukar jadi warna oren macam baju tu.  Mana taknya, walaupun saiz M, tapi dah macam saiz L dah sebab besar.  Sempat jugakla aku bising2 kat situ.  Kebetulan kawan aku lagi 2 orang pun senasib jugak, so kitorang bergabung meletop le.  Tapi nak buat macam mana, bukan kitorang bertiga je yang hadapi masalah tu, ramai lagi peserta yang lebih awal pun dapat saiz yang besar sebab saiz S dah habis.  Baju saiz M tu kalau pakai memang dah hampir ke lutut labuhnya.  Kitorang cakap kat urusetia TM tu, nak letak talipinggang and off you go...  (walaupun hangin sempat lagi buat lawak bangang).  Aku tengok urusetia2 kat situ terkebil2 serba salah antara nak gelak atau tidak.  Yelah, tengah marah katakan.  Kang silap gelak aku gi terbalikkan meja tu pulak.  Ceh, macam le berani.

Sudahnya diorang amik maklumat kitorang, dan akan cuba dapatkan penukaran saiz jika stok masih ada.  Menurut diorang semua cawangan pun memang takde stok saiz S.  Diorang nak bagi saiz kanak2 XL kat kitorang pun dah habis.  Akhirnya pasrah je la amik saiz M tu.  Tapi aku bagi jugak baju aku kat kawan aku yang keje kat Menara TM tu, kot2 la dia dapat tukar baju kitorang.  Malangnya kat Menara pun takde, dah habis stok.

Balik rumah aku dok mengarang ayat komplen kat page FB Team Malaysia.  Biasala, kalau marah kenala cakap omputeh kan.  Siap panjang lebar aku mengarang huahauuau.  Lewat malamnya diaorang balas kata tunggu meeting esok dan akan hubungi aku secepat mungkin.  Ok, aku pun tunggu... nampak macam ada harapan la kan.  2 hari sebelum hari kejadian, aku tulis lagi message kat page Team Malaysia setelah takde apa2 feedback lepas meeting tu.  Siap kuar ayat sadis "is there still any light at the end of the tunnel for me?".  Haaa amekawwww... mengharap sangatla kan takmo pakai baju sampai ke lutut.  Tak lama pastu diorang jawab dengan jawapan yang sungguh mendukacitakan bahawa stok baju tu takde.  Tapi diorang ada le bagi nombor telepon suruh cuba contact tanya.  Huhuuuuu...hilang semangat aku nak lari untuk menyokong atlet olimpik.

Terus aku sms kawan aku, suruh beliau telefon nombor tu dan maki dalam telepon.  Maklomla, aku mana reti maki orang sangat heheeh.  Yelah, bengangnya sebab waktu daftar tu beria2 mintak saiz, sekali saiz habis.  Lainla kalau waktu daftar tak mintak saiz, kalau habis pun tak sakit hati sangat.  Patutnya diorang bilang siap2 le berapa orang perlukan saiz ini, berapa orang saiz itu kan.

Tak sampai 2 minit, tup2 kawan aku telefon bagitau orang TM ada hubungi dia suruh pegi tukar baju di Dataran Merdeka esok hari.  Elok dia letak je, telefon aku pulak berdering menandakan panggilan dari TM masuk.  Hoyeahhhh.... semangat perjuangan yang hampir hilang sebentar tadi muncul kembali.  Terus rasa nak cium gagang telefon. Maka dengan itu terselamatlah juga dosa maki hamun orang kat telefon sebab tak sempat call, diorang dah call dulu.  Berkat hari Jumaat

Hari Sabtu sebelum pegi melepak di KLCC, aku dah awal2 sampai kat booth TM di Dataran Merdeka.  Semangat ok nak amik baju, takut tetiba saiz habis pulak kan.  Dah dapat baju tu, barulah boleh senyum sampai ke telinga.

Hari Ahad pukul 5 pagi dah siap bangun ni.  Mujur malam tadi bola sepak Euro group A, tak menarik.  So tak perlula aku tido lambat.  Sampai kat Menara TM jam 6.45 dan terus amik tren menuju ke Masjid Jamek.  Kat stesen Kerinchi pun dah nampak beberapa orang harimau yang turut naik tren bersama2 kitorang berempat.  Sampai stesen Masjid Jamek je, memang dah meriah dengan hitam oren.  Umpama harimau2 yang terlepas dari zoo berkeliaran di train station.  Meriah.

Kat Dataran Merdeka ramai orang dah menunggu.  Cina, Melayu, India bahkan Mat Salleh pun ada jugak yang berlari untuk menyokong atlet olimpik ni.  Tua, muda, kecil, besar, baby pun ada.  Aku masuk acara 3km je, tu pun seram jugak dengar sebab dulu aku lari 1km pun jenuh.  Satu lagi acara adalah untuk 7km.  Turut memeriahkan larian ialah YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Ibrahim, KP MSN Dato' Zolkples Embong, Chief de Mission Malaysia ke London Tun Dr. Ahmad Sarji dan atlet2 kebangsaan seperti Chai Fong Ying, Bibiana Ng, Si Chuan, atlet hoki wanita dan beberapa lagi yang menunggu di tapak pelepasan.  Tapi diorang tak lari le.


Tepat pukul 8 pagi pistol dibunyikan dan bermulalah kitorang berlari.  Wah, semangat ok aku lari.  Rasa macam nak bagitau kat semua orang je "lihatlah dunia, aku lari hari ni".  Tapi dalam dok lari tu memang pantang la kalau nampak kamera.  Tak kira le kamera video ke, kamera gambar ke, semua aku pose.

Lari kejap, berjalan kejap, sambung lari pastu berjalan lagik.  Tengok langit tetiba dah gelap.  Apa lagi, semua pakat pecut melarikan diri.  Semua nak cepat sampai ke finishing line sebelum hujan turun mencurah.  Tapi apakan daya, hajat tak kesampaian.  Hujan turun tiba2 dengan lebat sekali.  Semua pun mandi hujan dan basah lecun dalam pelarian hinggalah sampai di finishing line ke Dataran Merdeka balik. 

Sampai2 je, terus dapat pingat dan sijil.  Fuhh.. walaupun kau lari2 ayam terkedek2, tetap dapat pingat emas ok.  Warna je la emas.  Lepas tu masing2 pegi serbu booth goodies untuk ambil goodie bag yang disediakan.  Dalam tu ada sekotak jus, karipap, pisang, bingka ubi dan roti.  Ada juga voucher bernilai RM120 untuk membeli kasut Brook, losyen mandian, ubat gigi, pencukur bulu pon ade kauuuu.  Sambil2 lepak tunggu acara boleh berjemaah cukur bulu kaki.

Minum air 100plus dalam hujan memang nikmat.  Yelah, air tu dah bercampur dengan air hujan sekali.  Lepas amik kerusi dan duduk di port paling depan sekali kat pentas, kitorang pun bukala makanan masing2.  Kawan aku yang ralit dok menikmati pisang sampai kena tegur dengan pengacara majlis Hafizal Hamad sebab dia menikmati pisang dengan sungguh asyik tak pandang kiri kanan dah.  Dah kena tegur dari pentas tu, terusla terkebil2 menahan malu.

Antara atlet veteran yang menyerikan majlis ialah raja bola iaitu Dato' Ghani Minhat, Zaiton Othman dan beberapa lagi olimpian yang aku pun tak kenal diorang dan diorang dah masuk olimpik waktu aku belum lahir lagi huhhuuu.  Artis pun ada juga buat show antaranya Kay AF9, Adilla AF7 then artis Sabah serta sorang artis Cina.  Artis2 yang turut datang tapi diorang buat sesi bertemu peminat di booth iaitu Liyana Jasmay, Mia Sara, Fizo Omar.

Lepas menunggu dengan penuh sabar dan berdebar, akhirnya nombor kitorang langsung tak bertuah.  Maka tak dapatla nak bawa balik salah satu daripada 9 hadiah cabutan bertuah yang antaranya ialah rice cooker, printer, iPad dan tv Panasonic 42 inci berserta dvd player sebagai hadiah utama huhuuuu.

YB Timbalan Menteri minta acara ni diadakan secara tahunan walaupun Sukan Olimpik 4 tahun sekali.  Tapi tahun depan kita ada Sukan Sea, kemudian Sukan Asia, Sukan Komanwel dan kembali kepada Sukan Olimpik.  Kiranya kalau buat tiap2 tahun pun memang ok sangat le kan.  Boleh la aku join lagi lepas ni.  Jom!!!

Tuesday, June 12, 2012

Paris

Sampai je kat rumah kawan aku, terus mandi dan lepak2 menghilangkan lesu di badan.  Lepas makan kitorang keluar jenjalan di sekitar Kota Paris sebab kawan aku yang seorang tu belum sampai lagi ke Paris ni.  Aku dengan kawan aku dah penah ke sini tahun lepas, so kitorang berdua jadi la tourist guide bawak beliau pusing2 Paris.


Tempat pertama yang dituju mestila melawat menara tersohor tu, Eiffel Tower.  Orang seperti biasa tetap melingkau2 barisan yang beratur menunggu untuk naik ke menara.  Memandangkan tahun lepas dah naik dan kawan aku pun malas nak naik, kitorang berposing2 kat sini je.

Lepas puas bergambar, terus mencari crepe.  Apa barang datang ke Paris tapi kalau tak makan crepe kan.  Penjual crepe ni orang Nepal, kawan dia pulak orang Thailand.  Dah tak pasal2 sambil buat crepe sambil kitorang belajar bercakap bahasa Thai dengan bahasa Melayu pulak.


Makan2 sambil jalan2 untuk ke destinasi berikutnya.  Kali ni tak nampak pulak warga2 kulit hitam yang membuka pusat judi kat kawasan ni.  Dah kena angkut dengan penguatkuasa kot? Atau masih belum memulakan aktiviti sebab hari masih awal, aku pun tak pasti.

Dari Eiffel kitorang berjalan menuju ke Arc de Triomphe.  Pun sekadar untuk bergambar2 depan tu.  Dari situ jalan lagi menyusuri sepanjang kawasan Champ Elysees hingga ke butik LV sinun.  Cuaca sungguh panas hari ni sampai hilang mood aku nak jalan.  Terang benderang, nak buka mata pun susah.


Pukul 3 petang kitorang pon naik metro kembali ke rumah kawan aku untuk bersiap2 nak menuju ke Porte de Bagnolet.  Kitorang keluar rumah jam 4 lebih bersama2 kawan aku yang nak pegi bersiar2 bawak anak2 berjalan2 mengambil angin petang.

Tepat jam 6.30 petang bas berlepas dari Galleini untuk menuju ke destinasi berikutnya yang mengambil masa 19 jam perjalanan.  Ye, tak salah taip.  Memang 19 jam aku akan harungi perjalanan ini.  Zassstttt....